Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Wednesday, 15 February 2012

A bookworm~down the memory lane.. :)


Saya sepatutnya menulis 'review paper' tapi saya rasa sentimental saya sedang memuncak, jadi saya perlu meluahkannya di sini. Saya memang sentimental orangnya. Saya tidak mahu lupa daratan, saya tahu di sini saya mendapat pelbagai ilmu dan pengalaman.

Perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Sudah beberapa hari saya berulang alik ke Universiti Malaya untuk mencari rujukan untuk menyiapkan review paper saya. Selama beberapa hari ini jugalah tiap langkah saya ditemani kenangan..

'Tempat Gembira' saya ialah Perpustakaan Universiti Malaya. Sebagai warga UM, saya bangga kerana UM ada 12 perpustakaan. Banyak kan?? Saya regular di 6 perpustakaan tapi kesukaan saya pastinya Perpustakaan Utama.

Catatan Usman Awang di laluan masuk perpustakaan..

"Perpustakaan Tercinta Ini
Pelabuhan Kebudayaan Peradaban Zaman
Gedung Akal Laut Bicara Manusia
Mutiara Pendeta Tasik Pujangga
Kota Kebenaran Penaung Kebebasan Ucapsuara
Dari Ruang Ini Bersinar Keagungan Pemikiran
Menghayati Teluk-liku Zaman Demi Zaman
Tanpa Prasangka Apa Tanpa Batas Benua
Kekal Bersama Angin Yang Mengusapi
Abadi Bersama Langit Yang Memayungi
Dikeramatkan Untuk Anda Menghirup Segala
Di Perpustakaan Tercinta Ini”                              
                                      
Usman Awang                                                                            
Januari 1970 

Wednesday, 1 September 2010

Salah juga lagi??

Dulu..ada orang nak lamar aku..tapi dia bukan Islam..aku cakap kat dia..

“Cintakan Islam dahulu, baru cintakan saya..”
aku beri masa.. tetapi hidayah Allah masih belum jadi miliknya..jadi aku pun pergi meninggalkannya supaya tidak dibelenggu bersalah membiarkan orang menyimpan harapan..

Cakap pasal hidayah, aku terbaca artikel ni ‘Bintang Ramadan di Tanah Kepulangan’ di saifulislam.com. Tersentuh betul hati aku bila baca artikel ni (bacalah! Baru faham ape yang aku cuba nak sampaikan). Abu Saif telah mengIslamkan 18 orang (based on the date of the article) . Aku tanya diri aku.. Dah berapa orang, Maya? Huhu…Aku ada simpan azam, dalam kehidupan ini aku akan cuba mengIslamkan sekurang-kurangnya seorang manusia.. InsyaAllah..kena teruskan usaha..

Masih bercakap pasal hidayah..

Betapa terbukanya Islamic Centre di perantauan.. boleh dilawati oleh manusia pelbagai bangsa dan agama.. mereka boleh berada bersama orang yang solat, memerhati cara kita solat, asalkan mereka berada dalam keadaan yang bersih..

Betapa kesalnya aku dengar drama di media berkenaan orang bukan Islam tidak boleh masuk rumah agama Muslim.. siapa yang jumud sekarang? Transformasi menjadi lebih jumudkah? Dalam hal ini, aku setuju dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang menyatakan perkara ini bukan isu yang patut diperbesarkan..hanya orang yang ‘tidak tahu’ yang akan mengeluarkan tuduhan melulu sebegini..

Islam itu indah, jadi jangan jelikkan ia dengan kejahilan kita sendiri. Manusia di luar sana ramai yang ingin tahu tentang Islam, mengapa mesti kita tutup jalan itu? Biarlah mereka hanya datang untuk menyampaikan sumbangan untuk bulan Ramadhan. Tengok, even bulan ramadhan itu sendiri boleh jadi satu tarikan kepada Islam. Jadi mengapa kita mesti tutup jalan itu? Berada di dalam masjid mungkin akan memberikan satu perasaan yang tersendiri buat mereka yang mencari kebenaran, Jadi mengapa kita mesti tutup jalan itu? Dakwah itu dengan hikmah kan? Urusan hidayah itu adalah urusan Allah, tetapi kita mesti terus menyampaikan..dan bagaimana mesej ‘keamanan’ ini dapat disebarkan jika kita sentiasa menutup jalan-jalan yang ada??

Jadi apa masalah kita wahai rakyat Malaysia?


Bertanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak tahu..

Jangan buat-buat tahu, melatah, nanti malu (pada Allah)..

Friday, 21 May 2010

450ml bendalir merah

Salam..

Hari nih aku berjaya derma darah..
Cubaan sebelum ini iaitu pada bulan Januari penuh drama..
Drama: Jururawat terkial-kial, banyak masalah..darah tak keluar, tangan bengkak..aku naik hangin

Hari nih aku pergi lagi..
Kali ni aku ade strategi..cuba elakkan jururawat yang sama..(setelah melihat makcik tu ade..huhu) aku buat2 telefon bile die datang approach aku..aku tunggu sampai dia attend orang lain baru aku ambik tempat..hehehe..
Alhamdulillah, everthing went well..sebab Jururawat lain yang attend aku.. yeaaayyyyy!!
Bila selesai, aku tengok budak 'malang' yang dicucuk oleh makcik tu bengkak jugak..siap kena sapu ubat...ahah!!! tapi mungkin kebetulan..anyway aku happy OK~

Membelek-belek buku derma tu, dah SEMBILAN tahun aku berkongsi bendalir merah yang suam-suam mengalir ke dalam beg khas tu..aku tengok sekeliling..
syukur sebab ramai yang sudi menderma..tak mengira bangsa..

Biar apa pun warna kulit kita, darah kita tetap sama..merah warnanya..yang membezakan hanyalah jenisnya, A,B,AB dan O. Kalaulah kita ni kedekut, jadi kita dermalah untuk kerabat sebangsa kita sahaja..kan? kan? Buat ape derma untuk orang lain kan? Kalau dah benci bangsa lain, jangan terima darah mereka..cari la kaum kerabat sebangsa kita tu..
Tapi kita tak kisah darah kita pergi pada siapa kan..? asalkan ia bermanfaat untuk menyelamatkan nyawa mereka kan..? Pasti kita juga berharap, jika suatu hari nanti kita pula yang memerlukan bantuan yang sama..berbeg-beg bendalir merah menanti kita juga.

Jadi janganlah kita ni mudah membenci kerana hakikatnya kita sama sahaja..darah kita sama.
Jangan kedekut! Mari Menderma!!!!

Monday, 3 May 2010

frankly pranko

Pranko tu setem (Bahasa Indonesia. Bibik aku ajar..)..
Ada kawan aku yang aku suka panggil dengan nama tu, teringat plak kat die.. :P

Hari ni nak citer pasal berterus-terang..
sejauh mana kemampuan aku..??
mari kita mulakan..

Disclaimer: Ini cerita benar. Jadi saya harap orang itu tidak baca..

Pada suatu malam, aku bersama ibu dan abang pergi menghadiri satu konsert amal..

Maka ada sorang Macha ni jadi MC untuk konsert tersebut..Macha ini sangat kami kenali kerana suaranya sering ke udara di corong-corong radio..dan gaya macha ini selalu menjadi bahan ketawa kami adik beradik..
(Disclaimer: Gayanya sahaja yang menjadi bahan ketawa..)

Wednesday, 3 March 2010

what's the matter with blue eyes??

I myself have this experience and i did my thinking tooo (not a thousand times though)..so just becareful. Looks like I need to find a local man..*wink*
----------------------------------------------------------------------

By Shaza Dzulkifly, 3/1/2010

Rais Yatim says: think "a thousand times" before entering a mixed marriage
According to studies only three out of ten mixed marriages work. In response, Information, Communication and Culture Minister, Rais Yatim has cautioned that young people should think “a thousand times” before committing to such unions.

The minister cautioned that incidents of marriage breakups involving Caucasians (coloquially referred to as mat salleh) happened more frequently, as compared to thove involving other ethnics group.

Saturday, 12 September 2009

Sahur! Sahur!

pagi tadi sekitar jam 4.45 pagi aku sedang memerut bertafakur dalam bilik air.. telinga aku terdengar suatu bunyi yang asing..


tong tong tong!! tong tong tong!!
(bunyi periuk diketuk2)
Sahur!! Sahur Sahur!!

tong tong tong!! tong tong tong!!
(bunyi baldi plak diketuk2)
Sahur!! Sahur!! Sahur!!


aku ni dari kecik sampai besar dok bandar, jadi sebelum ni aku tengok kat tv jer..mase cite "TAIN"..si tain naik basikal kejut orang kampung bersahur...terima kasih adik-adik..harap2 adik2 pas kejut orang sahur jangan "langgar" waktu subuh pulak ye..hehehe

p/s: kalau ada yang mengejut untuk Qiamullail-"mari cari Lailatul Qadar"....lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii baguss...hehehehe


Thursday, 11 June 2009

Am I that big or the seats are very small??

Erm...just found this article couple of minutes ago. It answered my curiosity regarding this issue. it was a pain in the *ss to be on an airplane for 17 hours when it felt like you were put in a small box..serious..!! It was really disappointing since I was on one of the most famous carrier in the world..but now, i knew that most of the service providers are doing the same thing..so we just have "live with it"...
Source: THE WALL STREET JOURNAL

If you thought legroom on commercial airlines was already cramped, get set to be squeezed some more.

New Boeing 737-800s now being delivered to American Airlines have the same-size cabins as the existing 737-800s in American's fleet. But the new planes have 12 more coach seats, pushing the total number of seats to 160. Delta Air Lines Inc. has also added 10 seats to its 737-800s, raising the total to 160. So has Continental Airlines Inc.

The seat squeeze shows how airlines are aggressively cramming more seats into jets. The trend has been going on for years, but has picked up momentum of late as airlines take food galleys out of airplanes since they've stopped serving free meals. Some carriers also are replacing seats with new ones made with slimmer frames and cushions, creating additional rows.

Slimmer seats free up space. But instead of giving it to customers, airlines are using it to try to make their fleets more profitable, taking all those inches and adding more seats to jets. A few extra passengers on each trip can spell the difference for tight-margin airlines between losing money and making money.

In American's case, some customers will lose some legroom. The airline says it standardized the "seat pitch" -- the distance from a point on one seat to the same point on the seat in the next row -- at 31 inches throughout the coach cabin. Some rows in the old configuration had as much as 33 inches of seat pitch, and American's Web site says the old configuration averaged 32 inches.

Exit rows still have more legroom in the new layout -- about the same 39-40 inches as in the old configuration. But "bulkhead" seats in the first row of the coach cabin won't be as roomy as frequent fliers are accustomed to. A spokesman for American says there's a "slight reduction" in legroom for the first row of the economy section.

AMR Corp.'s American says the room for the two added coach rows was freed up by several changes besides just newly designed seats with thinner seatbacks squeezed closer together. Two service-cart storage cabinets behind the last row of seats were eliminated because, well, there's not as much food and beverage service onboard flights these days. The space between the two cabins was shrunk using a new contoured divider.

Despite the squeeze, American believes the new seats won't feel more crowded to travelers. The seat bottoms pivot forward a bit like movie-theater seats to give the person behind you more knee room when reclining.

"The new seat design does not make you feel cramped," said spokesman Charles Wilson. "It has everything to do with a combination of both the way the seat reclines and the new material used for the seat cushions."

There are other benefits as well. The new 737s come with regular power ports available at all seats, bigger overhead bins and 20 drop-down LCD video units for entertainment programming. The 737-800s will also burn 35% less fuel per-seat than the MD-80s they replace.

Still, seat pitch at 31 inches may well feel tight to many travelers. American once had 34 inches in coach when it marketed itself as the "More Room" airline from 2000-2005. The MD-80s being phased out in favor of the 737-800s will replace MD-80 jets that have 31- to 33-inch pitch in coach.

While some low-cost airlines still offer 32-34 inches of seat pitch on planes, 31 inches has become the standard in coach at many carriers. Delta, for example, had 32 inches in its 737-800s when it had 150 seats. A reconfiguration completed last summer on all 71 737-800s in Delta's fleet pushed that to 160 seats, using slimmer seats. But seat pitch did decline: The first seven rows in coach have 32-inch pitch, but the 15 rows behind the exit doors have 31-inch pitch.

More passengers on a plane means more travelers competing for the same overhead bin space. And bathrooms, too. Most 737-800s are delivered from Boeing with three bathrooms -- one in the front for first-class passengers and two in the rear for coach customers.

Continental and Alaska Airlines are notable exceptions. Continental opted to add an extra mid-cabin bathroom to some of its 737-800s and use those planes primarily on trans-continental flights. That version also has an extra row of first-class seats and carries a total of 155 seats.

The bathroom retrofit began after the airline's president at the time, Greg Brenneman, was quoted in a 1999 page one story in this newspaper acknowledging that the new 737-800 was "one bathroom shy of what it needs." With only two lavatories in the rear for then 140 coach seats (and today 144 coach seats), lines for the bathroom, especially when movies end, can be long.

Alaska, a unit of Alaska Air Group Inc., received its first three 737-800s from Boeing with 160 seats and three bathrooms, but customers complained there weren't enough bathrooms. So Alaska decided to remove three seats and add an extra bathroom in the rear of the plane.

American will have to add a flight attendant on flights with the new layout compared with staffing on its current 737s. The 148-seat version gets three flight attendants. The new layout, with 160 seats, requires four since federal rules require one flight attendant for every 50 passengers.

To keep the two versions separate, the newly delivered 737s with the dozen added seats will be based in Chicago, American says. Right now they are flying between Chicago and Los Angeles, Las Vegas, Denver, Fort Lauderdale, Philadelphia and Minneapolis.

The airline started taking 737 deliveries again in March after a hiatus of more than seven years, and the first two planes with the new configuration went into service on April 14. American plans to take delivery of two or three per month until its order of 76 is complete in the first quarter of 2011. The 77 737-800s already in American's fleet with the older seat configuration will eventually be upgraded to the new design, the airline says.

Thursday, 4 June 2009

Message to all Photography LoVerS!!!

7,700 Euros await winners
ACB invites photographers to zoom in on biodiversity

Calling all professional, amateur and student photographers! The ASEAN Centre for Biodiversity (ACB) is now accepting entries to the First ASEAN-wide photo contest
“Zooming in on Biodiversity”

In partnership with the European Commission, ASEAN Member States, and the Asian Institute of Journalism and Communication, the photo contest seeks to popularize the values of biodiversity through the medium of photography.

ACB Executive Director Rodrigo U. Fuentes said only a small fraction of the global population, mostly scientists and environmentalists, understands the role that biodiversity plays in humankind’s survival.
“This lack of knowledge often translates to the lack of care for the very environment. There is an urgent need to popularize biodiversity and one effective way is to use the power of photos. By translating biodiversity and its relationship with health, food security, climate change and other everyday human issues into powerful images, we can generate a greater awareness for this often-difficult-to-grasp concept,” Fuentes said.

The contest will run until 30 August 2009 with a total of 7,700 Euros total prize at stake. First placers in the three categories will have an opportunity to exhibit their winning photos and attend the ASEAN Conference on Biodiversity in Singapore on 21 – 23 October 2009 for free.

Open to all residents of ASEAN Member States Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, and Vietnam, the contest welcomes entries which are exclusive to the contest, unpublished, and not submitted to previous contests.

Entries should capture various images related to biodiversity (plants, animals, marine life, ASEAN Heritage Parks) or the many benefits that biodiversity brings to human beings, its importance, the threats biodiversity face (deforestation, climate change), or how biodiversity affects lives. Photos showing initiatives to protect biodiversity resources such as plants, animals, and marine species are also welcome. Entries can also depict biodiversity as source of food (food and agriculture); biodiversity as source of medicine (health and medicine); biodiversity as source of shelter; biodiversity and climate change; the aesthetic value of biodiversity; biodiversity as source of livelihood; and biodiversity and ecotourism.

Sunday, 3 May 2009

of courselah!!

Bagaimana pula dengan rakyat Malaysa yang jatuh cinta kepada Turki?? I found this article in Berita Harian (today)

Duta Turki jatuh cinta kepada Malaysia
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

Barlas Ozener

Barlas Ozener mempunyai darah Greece di sebelah neneknya, manakala datuknya berasal dari Russia dan mahu dirinya dirujuk sebagai orang Asia beragama Islam

UNGKAPAN 'of courselah' yang biasa kedengaran di kalangan sesetengah rakyat negara ini yang bercakap Inggeris, tetapi bernada Malaysia, terpacul dari mulut Duta Turki ke Malaysia, Barlas Ozener.

Maglish atau bahasa Melayu campur bahasa Inggeris tidak ketinggalan melanda Ozener yang berkhidmat di Kuala Lumpur sejak empat tahun enam bulan lalu dan jika diberi pilihan, mahu terus berkhidmat di negara ini.

Ozener, 63, sebenarnya sudah lama jatuh cinta terhadap Malaysia. Ketika bertugas di Beijing pada 1981, beliau berkesempatan ke Club Med di Cherating, Pahang.

“Ketika itu, Malaysia belum begitu maju dan saya belum melihat potensi pelaburan di negara ini. Namun, ketika saya memohon ditugaskan ke Malaysia pada 2004, negara ini sudah mencapai kemajuan mengagumkan.

“Bagaimanapun, saya masih melihat kehijauan di mana-mana,” katanya yang gemar pelbagai jenis makanan tempatan seperti sate, roti canai, rendang dan tom yam.

Anak kelahiran Ankara, Ozener sebenarnya mempunyai darah Greece di sebelah neneknya, manakala datuknya berasal dari Russia. Saya? Ozener lebih suka merujuk dirinya sebagai orang Asia beragama Islam.

Katanya, beliau adalah antara warga Turki yang kebanyakannya lahir daripada campuran pelbagai budaya.

Kedudukan Turki yang terletak di benua Asia dan Eropah serta susur-galur penduduk yang berasal dari pelbagai negara menjadikan kebanyakan warga Turki bersikap lebih terbuka dan bertolak ansur dalam kebanyakan perkara.

Adakah sikap keterbukaan menyebabkan Turki dianggap sebagai negara sekular? Ozener tersenyum apabila dikemukakan soalan itu.

Wajahnya tetap tenang dan memberitahu bahawa sekularisme dalam pentadbiran tidak boleh disamakan dengan pegangan agama penduduknya. Sekularisme adalah pentadbiran Turki, tetapi secara peribadi, beliau percaya politik dan agama tidak boleh digabungkan.

“Biarkan agama berdiri sendiri dan jangan dicampur aduk dengan politik. Kalau bersalah, saya berdosa. Kalau buat baik, saya dapat pahala. Ia adalah antara kita dan Allah serta tidak perlu diperlihatkan kepada orang lain,” katanya.

Katanya, Islam di Turki dan Malaysia adalah sama kerana dibawa oleh ahli sufi yang bersikap lebih terbuka.

“Turki melalui banyak peradaban. Sejarah Turki merekodkan mengenai kegemilangan Empayar Ottoman dan negara ini juga mempunyai sejarah berkaitan Kristian dan Yahudi. Kepelbagaian budaya dan agama menjadikan warga Turki lebih terbuka,” katanya.

Sikap keterbukaan, kepelbagaian budaya serta sejarah panjang Turki, katanya adalah aset yang unik dan baik untuk sektor pelancongan. Lantas, keunikan itu menjadi sebahagian kempen pelancongan Turki di Asia dan Eropah.

Hasil kempen mengenai keunikan Turki, katanya bilangan pelancong asing ke Turki antara Januari hingga Ogos lalu adalah seramai 18.5 juta, meningkat 15 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya, pelancong Malaysia juga memberi sumbangan besar kepada industri pelancongan Turki apabila kedatangan mereka meningkat dari hanya 6,000 orang pada 2003 kepada 23,850 orang tahun lalu.

“Orang Melayu di Malaysia dan warga Turki mempunyai banyak persamaan. Oleh itu, tidak susah mempromosi Turki di kalangan orang Melayu. Namun, mempromosi Turki bukan hanya kepada orang Melayu, tetapi kaum lain di negara ini. Kami perlu lebih bijak mencari kecenderungan pasaran,” katanya.

Sebagai duta, Ozener berpendapat beliau bukan hanya membawa Turki ke Malaysia, tetapi membawa Malaysia ke Turki.

Beliau memuji strategi kempen promosi pelancongan Malaysia yang menarik perhatian dan wajar ditiru negaranya.

“Di Turki juga ada perlumbaan Formula One (F1), tetapi hanya berlumba sajalah. Habis lumba, balik. Tetapi di Malaysia, perlumbaan F1 dipakej dengan pelbagai daya tarikan pelancongan lain, ia sungguh menarik,” katanya.

Berkhidmat di negara ini, Ozener juga melalui pengalaman mendapat perhatian masyarakat negara ini dan antarabangsa apabila ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim `mendapat perlindungan’ di Kedutaan Turki.

Walau apa pun tanggapan pihak lain, katanya setiap kejadian yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Apa yang berlaku dulu adalah situasi yang rumit, tetapi perlu ditangani dengan bijak dan lembut,” katanya yang menegaskan beliau dan negaranya tidak mahu campur tangan dalam hal ehwal negara ini.

“Saya tidak ada masalah dengan kerajaan Malaysia dan hingga kini, saya senang berkhidmat di negara ini, malah menunggu peluang jika perkhidmatan saya boleh disambung,” katanya.

Profil Barlas Ozener
Nama: Barlas Ozener
Asal: Ankara, Turki
Status: Berkahwin dan memiliki dua anak
Pendidikan: Graduan Sains Politik, Universiti Ankara, Turki

Monday, 23 March 2009

iPhonesss!!!


iPHONE..
oWH..
iPhone..
Mengapakah kau menjelma di kala daku berada jauh dari Malaysia..mengapa? mengapa?
Sudah lama ku nantikan dirimu yang tidak kunjung tiba..
uuuu...lambat nye bulan Julai nak balik Malaysia nk beli iPhone..
Aku hampir-hampir membeli iPhone di Turki mengenangkan LAMBAT nye iPhone nak masuk Malaysia..
dah beberapa kali survey, seb baik belum beli..
nantikan kepulanganku wahai iPhone..

Yang Benar,
Insan Penasaran.

Tuesday, 13 January 2009

sama tapi tak serupa

Keadaan blog ni agak tegang, jadi kita perlukan sedikit senyuman.. =)

Agak-agaknya la..korang boleh tau tak apa perkaitan di antara dua imej nih..??
Nenek saudara saya kata..
"Cantik nya KLCC ni, putih bersih macam periuk kukus siam.."
Agak-agaknya la.kalo kita susun periuk kukus ni tinggi-tinggi memang boleh..jadi Menara Berkembar Tiga Kuala Lumpur. Ngeh..ngeh..ngeh...

Wednesday, 2 July 2008

hibernate?? no no no..


Salam...!!

Wah..ada jugak yang datang menjengah blog ni kan...?? sorry la kawan2..
i'm not hibernating hehe...,but my biochemical, neurochemical and biophysical processes were toooo active..

meh nak update..

sejak balik dari Kamphaeng Saen, keje banyak siuttt...siang malam keje. ini pun curik2 menaip kat notepad dengan harapan esok boleh la post kat blog..

terkini di malaysia, harga petrol baik 40%. aku sedih btol dengan kenaikan nih, dulu isi 50 hengget penuh tangki minyak tapi sekarang separuh jek..takpe la..keperitan ni ditanggung bersama ye paklah...cheiiitt...semalam dan hari ni isu hangat, DSAI sekali lagi dituduh dengan tuduhan yang satu ketika dahulu menggegarkan Malaysia. ish ish tatau la nak cakap..pastu aku hari ni sibuk menghantar laporan kerja setengah tahun, untuk urusan kenaikan gred Q44, dengar citer saingan hebat, doa-doa la aku dapat..kengkawan tulun doa aku dikalangan yang berjaya yer....

duplicate germplasm nangka, cempedak, limau, nak wat collection spesies limau di seluruh semenanjung malaysia, nak kena g Cameron highland under project macroecology, bench work project pisang, xpdc kenyir, pelan induk genebank,buat report thailand,EGM PKKM,half year monitoring...hoho...ape lagi?? ape lagi?? hoho...tulun.. i need a break...brake!! brake!! hahaahaha

Thursday, 23 August 2007

50th Merdeka~~Putrajaya~~

Posted by Picasa
first glance..awesome!!!!
we had a great nite..semalam enjoy tengok fireworks
putrajaya, thanks to my bro..Fiqri..
well..semalam beriya la bawak kamera nak amek pic, tripod plak
tertinggal dan bateri plak habes..alhamdulillah ade SE K610i kesayangan..
sape kate henpon takleh generate gambar lawa..(aku la kate..ihik!)
tengok la, rase cam nk pegi lagi bawak adek beradek yang lain..
sape yg blom berkesempatan..sile2..25 Aug, 31Aug..until early september..
p/s:cam boring je kena out station kat terengganu till 31 Aug..
ape ade kat t'ganu kite?? keropok lekor je le..
Yang benar,
MIssHAq Merdeka..

Wednesday, 15 August 2007

Tuesday, 7 August 2007

A thousand words...

A picture is worth a thousand words..
i'm in the mood for some pictures..hihi..

this is my auntie Ahlam.my father's cousin. i just luv her name..since the 1st time i heard of it. she's living in Saudi. she loves Malaysia..walaupun tak reti ckp melayu..anak tiga,suami satu..hehe..atuk punya abang dok sane, kawen sane,anak die 17 orang. auntie ahlam anak bongsu..walaupun jarang berjumpa, terpisah laut merah ke laut api ke..muka tetap same..(same ke??) hikhikhik..the power of inheritence..subhannallah..


Semangat merdeka..sahutlah seruan Pakcik Rais Yatim..kibarkan jalur gemilang..bukan susah pun..kat umah, kat kete, seme ade bendera..PROUD to be MALAYSIAN!! 50 tahun merdeka..sekali merdeka selamanya Merdeka! Merdeka!!!

Friday, 6 April 2007

DXN trip

23-25 March 2007
Kedah Darul Aman..
(LUv the paddy fields...!)
Well, it went well..puas hati la dapat ikut trip nie..
DXN ni ialah sebuah syarikat ubatan alternative-herba yang my mum sangat suka akannya..Malaysian product..that’s the spirit. DXN ni low profile n sempoi je..tapi dalam senyap2 dah masuk ke 90 negara..tak caye?
http://www.dxn2u.com tengok kat cni..
Ummi saya suka berniaga dan die suka sangat DXN ni sebab sambil berniaga dia dapat tolong orang..supaya kekal sihat insyaAllah..

Kilang DXN ni terletak di Kedah..bukit wang,HQ DXN kat alor setar..
Since I’m a biologist, this trip meant a lot since I was exposed to all kinds of herbs..and industrial-scale proceses to produce all this product in a very sophisticated way..
Kalo ikutkan canggih, rasenye DXN boleh jadi lebih canggih daripada yang ada sekarang maksudnya boleh guna machine 99.9% tapi tu mcm selfish la plak kan..at least kalo semi-depended ni ada banyak la peluang pekerjaan dapat diwujudkan..

Penghasilan besar-besaran kulat ganoderma nie sangat menarik..aku ni selalu jugak tengok kulat ni..nak tahu katne? Kat contaminated culture media..hahhaha!!! sila rujuk gambar di bawah ye..besar kulat nie..kulat merah aka ganoderma..media kultur die habuk kayu+kapur (organic) pastu media nie akan jalani pembasmian kuman aka sterilization. Autoclave machine tu sangat la besar..bole masuk 5000 beg kultur sekali proses.panjang betol…kat lab tu kan bese nye kecik je..besar mesin basuh..yang ni panjang cam 2 gerabak keretapi..haha..

Haa..ni tempat pengeraman/kultur…tempat di mana kulat2 ni akan membesar dengan sihat dan gumbira..Kulat yang kami boleh lawat ni hanya akan menghasilkan produk kegunaan luaran eg: sabun, syampu.. kalo yang nak digunakan untuk makan, tempat tu takleh masuk..lagipun lokasi nye berbeza..jauh daripada manusia..

Satu fakta menarik tentang penghasilan kulat ni ialah media kultur tadi bila dah harvest kulatnya akan dibuat baja..haa..rupenya siap ade usaha menghasilkan baja kompos..siap bela cacing tu..tapi masalah yang belom dapat diatasi ialah plastic pembungkus tu..plastik kan susah nak degrade..erm..maybe I can help them on producing this biodegradable plastic..in the future laa…hehe..i like this environment-friendly effort, at least they have the awareness to save the planet, not like other selfish companies..ikut suka depa nak buang hape2..eiiii..geram!

Then, kitoang melawat tempat penghasilan kopi..wah..sedap baunya..bau kopi..n I like DXN coffee very much..sebelum ni aku tak minum kopi pun, tapi kopi ni berjaya menambat hati..hehe..gambar takde la sbb takleh amek gambar dalam tu..
Then lawat kilang penghasilan RGGL..dalam tu siap kena pakai uniform khas..yang tutup badan, muka, siap dengan sarung kaki..haha..kat ctu dapat tengok cara ubat masuk kapsul, ubat jadi tablet, packaging proses..n it is interesting to see that every country has their own packaging..contoh, kalo kopi tu, Malaysian suka dalam kotak, org Filipina suka dlm plastic, indo pun same..pastu kalo ubat2 ke UAE-arab botol besar-besar..ade packaging warna gelap..terang..macam2..

Pastu singgah gudang untuk export kopi plak…bangga plak tengok phrase “PRODUCT OF MALAYSIA”. Besar gak gudang tu..penuh..dan tour guide tu kata 55% KOPI yg dah tersedia tu untuk ke Filipina..suka btol, orang Filipina nie..bagus..bagus..

Then we spent the night at SERI MALAYSIA alor setar..

Esok tu singgah Bukit Kayu Hitam,, nothing much..until I found this duty free chocolate heaven..haa..borong la ape lagi..then beli buah2 skit..citer pasal buah..ni ade skit gambar buah mangga yg sangat besar..cuba tengok gambar mangga yg kecik tu..haa tu saiz mangga yg kite bese tengok..pastu buah kundang..wane oren..sedap btol..manis.. buah kundang ni tak same species dgn mangga tapi sedara level genera..kome paham ke idak..naseb le..aye maleh nak translate ke bahasa awam nie..

Kesimpulannya trip ni amatla bermanfaat..bole kenal lebih ramai orang..belajar banyak benda..fahami banyak perkara…yg paling penting dapat jalannnnnnn2 dengan mak saya yg memang cantik lagi sporting..luv u ummi..mmuuuaahhhhsss!!!
ade sesape nak melawat?? just give me a buzz ok..

Monday, 29 January 2007

journey to the SOUTH..

assalamualaikum!
awal2 tahun nie..banyak meeting, banyak laporan, banyak borang kena lengkapkan..semuanya banyak.plus banyak main..huhuhu
arini nak tulih pasal pengalaman ke Batu Pahat JOHOR sebagai sukarelawan Al-Nidaa' last saturday. 27/1/2007 mencatat sejarah maya dan ijan menjadi sukarelawan. dan sememangnya kami sudah jatuh cinta dengan keje nie. definitely!
semuanya bermula dengan pontengnya maya ke tempat kerja pada hari rabu kerana terlalu lambat bangun maka beliau mengambil keputusan untuk bercuti pada hari tersebut (penat memandu USJ-Cheras-Wangsa Maju, sampai kol 1230 mlm)
maka ummi tersayang mengajak beliau untuk mengikutinya ke kelas agama kira2 jam 9.30 pagi. di akhir kelas, ummi zahariah promote 'the journey to the south'..mak aku encourage soh pegi.. aku tanya pak din (penganjur) ade nak bawak ape2 ke..??dia jawab 'just bring a smile'. aku ajak ijan pegi sekali. ijan ni best fren aku yg sangat kecil orangnye, tapi tulang besi urat dawai.. hehe..
sampai di Al-Nidaa' (TTDI) jam 7.35 pagi..kami disambut dengan tugasan yg memerlukan kekuatan tangan..mengangkat lebih kurang 40 kotak sabun basuh. (setiap kotak dekat 10 kg.) pastu angkat ntah hape hape lagi..termasuk berpuluh2 rice cooker, cerek, bihun berkilo2, air mineral, beras,pakaian dan sebagainya. memang best..hehehe..menggeletar la tangan cik ijan kite lepas angkat seme benda tu..aku nye tangan dah kena conditioning mase kickboxing..so dah tak sakit mane..

kami bertolak kira2 jam 8.45 pagi..1 bas yg dipenuhi dgn jiwa yang berkobar2 nak membantu..termasuk pelajar UM n ibu2 n bapa2 yang best2..dua biji bas yg membawa pelajar UKM, UIA dan UITM join kami tak lama selepas itu menjadikan 3 bas semuanya..sepanjang perjalanan kami berkenalan antara satu sama lain..menambah jaringan ukhuwwah.. (^_^)
kami diberi penerangan tentang tugasan dan perjalanan aktiviti..
rombongan kami disertai oleh 106 orang. destinasi kami ialah BATU PAHAT ( parit yaani dan kg. seri medan)
sekitar jam 12++ tengahari kami tiba di SRJK (C) Parit Yaani. jejaka2 mula memunggah barang2 untuk diberikan kepada mangsa banjir..
lebih 200 orang ditempatkan kat sekolah nie..cina ada, melayu ada..india tak perasan plak..ade la keluarga india muslim..banyak btoi budak2..seronot tgk budak2 nie, happy always. as long as they have frens n ample space to run n play..that should do it..ada pakcik, makcik, nenek, atuk, rakan sebaya, newborn babies..n kids. dah cukup sebulan diorang ditempatkan kat ctu. bayangkan hari2 makan nasik kawah, tido atas tikar..sehari dua tahan la..kalo dah sebulan?? budak2 masih belom sekolah.. diri ini harus banyak bersyukur..kesian btol tengok keadaan diorang..
pastu kami ditugaskan untuk pegi ke kawasan tugasan, membantu mengemas surau, tadika..nasib kumpulan kami tak berapa baik sebab tak dapat jalankan tugasan kerana air masih belum surut..kata ketua kampung tu " takde maknanya bantu bersihkan rumah kalau air masih takat buku lali, lutut. mesti kering betul2 sbb air yg bertakung tu air karat..so kena tunggu kering btul2.." lima kali kami naik turun bas, tapi masih belum berhasil. jadi akhirnya ketua kampung tu ambil keputusan untuk membawa kami balik ke sekolah tadi. " kita semua balik ke sekolah.maybe boleh tolong kemas kawasan sekolah, sampah2 sarap, n yang paling penting BERAMAH MESRA dengan mangsa2..banyak yg stress sbb hilang harta benda, letih dan sebagainya" so kami pun berpecah la. aku approach la ada tiga wanita usia emas.. sorang tu terbaring, sakit kepala katanya..so aku pun picit la kepala nenek tu sambil sembang2..kata nenek tu rumah die air naik sampai pinggang..yang sorang lagi mengadu umah die habis barang2..rice cooker hanyut katenye..yang sorang lagi tu warga istimewa..diam je. bila salam dengan die, die peluk kite..peluk btul2 plak tu..tapi diam je..dah tua dah makcik tu..sempat jugak aku main2 dengan baby comel..

then aku berpindah ke kantin, bantu diorang sediakan makan malam. tiap2 hari diorang ganti2 sediakan makan. so malam tu diorang rehat kitorang tolong siang ikan, kupas bawang, potong sayur..masak nasik, proses cili..wah..bukan skit, kalo kobis tu seguni, bawang setengah guni..ikan sure berkilo..hehehe..
bila dah siap masak, ade sesi bergambar beramai2..seronok btol..gambar selit sane cni..ngan atok nenek n all those kids..mcm2 posing ade..pastu kitorang pun makan2 bersama2..lauk ikan masak asam pedas, ayam sambal, sayur kobis n coeslaw (btul ke eja ni..hantam je la hehe)

jam 7.00 malam.tiba masa untuk berpisah..kena balik la..ujan mase tu..dengar2 akan ade gelombang banjir ketiga. so, kami pun bersalam-salaman..budak2 tu pun bagus, salam semua orang..ade sorang nie (girl), mase bergambar tanak masuk..malu katanya..puas pujuk tapi tak nak..tapi mase nak balik tu aku peluk die, n tiba2 die cium aku..haha.. cair!! cair!! makcik2 pun cium aku..haha..kiut agaknya..(perasannnn..) wah..makin la hati ni rasa sayu..
kami pun bertolak pulang..alhamdulillah tiba semula di TTDI jam 1100 mlm..pengalaman manis yang tak mungkin dilupakan.n jika ada peluang pasti nak join lagi..mase muda ni la nak berbakti..kudrat yang ada jangan dipersia..dah tua nanti lain citer.. diri ini harus banyak bersyukur n kurangkan mengeluh, kerana ramai lagi yang kurang bernasib baik..ingat tu maya..!!!!
lastly, all i wanna say..."it started with a smile and ended with a kiss!"
Rebutlah peluang mendapatkan keampunan dan Rahmat Allah seperti dijanjikan :
"...maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari Kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" (Surah al-Baqarah [2]: 148

"Dan orang-orang yang beriman dan beramal saleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri
mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan."

Wednesday, 18 October 2006

puasa..

puasa: menahan diri dan nafsu..erm..nafsu ni ade macam2 jenis..
tapi selalu je tinggal lapar dan dahaga.. itulah kata Nabi..

2 hari lepas mase aku dok tengok Buletin Utama, ade la satu slot Dr. Fadzilah Kamsah.. kata die "kalo dah tak tutup aurat, memang tak dapat ape-ape melainkan lapar dan dahaga.." aku ketawa masa tu sebab teringatkan orang yangbaca berita tu pun tak pakai tudung..sebijik kena kat die la.. betul jugak tu..sebab pose tu bukan setakat tak makan n minum, tapi mesti solat, tutup aurat..dan lain2 lagi..

semalam, aku ifthar dengan rozaina, kat subang parade..ade la dua budak pempuan yang sangat la mendedahkan aurat..singkat lagi ketat..aku bersangka baik, ingat depa non-muslim.. so, kitorang dok sembang2 la sambil tunggu waktu berbuka..haha..mase nie budak dua orang nie pun berbuka same..maka terngiang2 kata2 Dr. Fadzilah Kamsah sekali lagi..

i bet that they didnt pray too..huhu..

so, tinggallah lapar dan dahaga..maybe pada diorang kena pose supaya boleh la beraya kot..
ape nak jadi...?? astaghfirullah..

Wednesday, 20 September 2006

treasure hunt..

win a treasure hunt??
never in my life..
treasure hunt selalu nampak bosan bcoz i have this hard time finding things..

but this one is quite interesting bcoz u have to use ur brain more than using ur eyes..haha i like that very much..infact we got the 5th place..not bad!


so the story begin..
SR juniors..

hehe..iye sangatla aku nak tulih
panjang2..tak reti la..

Facts on TASik Kenyir Treasure Hunt 2006
1. maya still having hard time finding the answer..haha!!
2. aziz is very good in maths, fizik, bio, psikologi..but he didn't know that Losong is a name of a place..Losong feri is a place, not a keropok..haha!
3. keropok losong amaat sedap..
4. team euphoria : >> Ct and ziana best..Dr razali cool..
5. azuan still having hard time taking pics.. =)
6.azuan and maya succeeded in impressing aziz about a place called kerteh..the limelight was great..
7. SR juniors can join other treasure hunt and win..huahua
8. tasik kenyir is awesome!!! the best word to describe it.. SUBhanallah..





Tuesday, 29 August 2006

cakap bior teranggg...

i answered some surver questions..
and it made me think..

is it so confusing..??

Malay is the race.
Muslim is the religion.
Indian is the race.
Hindu is the religion.
Chinese is the race.
Buddhist is the religion. etc..

salah satu soklan survey..
Do you consider yourself to be...?
Sikh
Protestant
(Baptist,
Lutheran, Presbyterian, Methodist, Episcopalian, Church of England
etc.)
Jewish
Jehovah's Witness
Mormon
Catholic
Buddhist
Taoist
Hindu
Muslim
Agnostic (Those that believe it is not possible to say for definite that a God exists or does not exist)
Atheist (Those that do not believe in the existence of a God)
Other
aku pegi Mydin USJ aritu..jalan2..survey nak beli barang untuk kegunaan di office.. setelah selesai membayar pembelian sebijik mentega dan sebatang bendera aku telah menyinggah di sebuah stall ****. ade sorang mamat india ni sembang dengan sorang budak cina..bercerita tentang Murthi-the Everest man-and his controversial issues- ade plak mamat india tu cakap lebih kurang begini la bunyi nye.."itu murthi sudah jadi 'malay' so kena tanam..tak boleh bakar. ada kata dia 'india', ada kata dia 'malay'..lu cina kasi bakar ka tanam ka..?? " rupanya depa dok sembang cara nak semadikan encik murthi @ muhammad tu.. penggunaan istilah yang salah kerana 'malay' tu bangsa bukan agama..ayoyo..!! kengkadang benda camni la yg buat orang pening..puncanya salah istilah..yang membawa kepada timbulnya isu2 yang tak sepatutnya timbul..disebabkan aku ni 'malay', diorang pun beralih tempat sembang kat sudut lain..maybe ade citer lain yang depa tanak 'malay' ni dengar..hehe..
chiao!