Showing posts with label jengah. Show all posts
Showing posts with label jengah. Show all posts

Thursday, 19 July 2012

Tahlil

2 hari sebelum ramadhan.

Hari ini ada tahlil. Aku dah lama tidak menyertai majlis tahlil.
Hari ini aku bersama-sama rakan sepejabat ramai-ramai berzikir
LA ILAHA ILLA ALLAH
Berkali-kali...berulang-ulang.
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
Berkali-kali...berulang-ulang..

Satu perkara mendatangi minda aku.

KALAU AKU BERTUHANKAN ALLAH...mengapa aku selalu sangat menjadikan dunia sebagai 'tuhan'. Oh sesal..sesal.. 
Allah boleh tunggu. TV tak boleh.
Allah boleh tunggu. Kerja tak boleh.
Allah boleh tunggu. Makan tak boleh.
Apa nak jadi..Maya??

Allah MEMANG boleh tunggu. Tapi banyak ke lagi masa yang kita ada??

Saturday, 26 May 2012

krik krik bunyi cengkerik!

Lamanya tak menulis di blog! rupanya dah 3 bulan..muahahaa

Tidak menulis di sini bermakna saya sedang hidup gembira di alam nyata. Jadi biarlah alam maya ini sunyi seketika. Biarkan cengkerik sahaja yang bersuara.

Beberapa bulan ini saya sedang sibuk menjelajah pelusuk Semenanjung Malaysia..mencari limau dan kerabatnya untuk dibuat eksperimen. Projek Master saya bergantung kepada aktiviti ini.
InsyaAllah bulan Julai akan selesai. Doakan saya!!!

Tata!!!

Thursday, 29 September 2011

Three in two years

Reminders from the Vice Chancellor of UPM during Oath Taking Ceremony this afternoon:

3 things all scholars should target upon graduation:
  1. Originality of your work, findings (new/novelty)
  2. How does your work/findings contributes to body of knowledge (filling the gaps, expanding new knowledge)
  3. It must be publishable.
Last but not least, HAVE FUN along the way...ok!

Friday, 9 September 2011

ada tapi tiada

biar tentu tiada
hilang bikin seksa..
biar tentu putus
kasih tak haus..
biar tentu kosong
boleh cari penyewa..
biar tentu habis
dosa tak ditulis..

berat sungguh ujian ini..kalau lah teriakan boleh menyelesaikan, dah lama aku berteriak. namun atmaku masih rasional..cuma rasionalku kadang-kadang hilang rakan karibnya yang namanya sabar..

Friday, 5 August 2011

Basah

Ya Allah..
Banyaknya aku menangis hari ini..

Terima kasih Ya Allah..
Aku takut hati ini keras..
Sehingga tidak boleh menangis lagi..

Terima kasih Ya Allah..
Kerana beri aku peluang untuk bertemu Ramadhan tahun ini..
Tahun depan belum tentu lagi..

Semoga ada peluang untuk aku masuk syurga melalui pintu Rayyan..
Amin ya Rabb..

:)

Merajuk

Selama 2 tahun saya follow dia di facebook..
Entri blognya saya follow selalu..
Seronok follow dia kerana dia sentiasa bawak saya balik pada realiti.
Kata-katanya amat ringkas, padat dan yang penting..sampai mesejnya.
Hidup rasa lebih fokus dan terurus secara emosi dan spritual apabila baca nasihat dia..

Hari demi hari berlalu..
Tiba-tiba saya perasan sesuatu
Mana dia ya? Dah lama saya tak nampak berita dan update darinya
Dia sakit mungkin..
Bila saya periksa rupanya saya bukan lagi kawannya

Rasa terbuang..

Huhu..sedih berhari-hari..
Merajuk..
Tapi tiada yang pujuk
Kerana dia tak kenal siapa saya
Saya cuma mengikutnya dari jauh

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil..
Saifulislam.com
Saya tahu saya tak patut merajuk
Tapi hati saya sedih sebab saya tak layak jadi kawan Ustaz..
Bukan marah Ustaz, tapi marah diri sendiri
Diri sendiri yang tak layak jadi kawan ustaz barangkali..

Lama dah saya merajuk..
Blog Ustaz pun saya tak jenguk..
Hati kata pergi la jenguk..
Banyak ilmu di situ..
Tapi Ustaz, saya masih sedih..

Sekarang saya dah ok sikit..
Dah mula jenguk balik blog ustaz..
Belum baca, tapi jenguk je..
Tengokla nanti..
Time heals..

Doakan saya ya..
Saya cintakan ilmu..
Saya mahu jadi orang cemerlang..
Dunia akhirat..

Sekian...

Thursday, 28 July 2011

soh seh soh seh

di suatu petang..di balai berlepas klia..

m: apa hal tadi balik umah, demam ke?
kpop: tak demam. tapi selsema tiba-tiba
m: ooo..yeke..
kpop: ntahla maya..banyak sgt mkn ayam kot (semasa outstation)
m: ooo..so awak kena selsema burung la ni..(dengan nada berseloroh)
kpop: (buat muka blur..)
m: (tunggu dia gelak, tapi ia tidak berlaku. tapaham lawak aku kot..sabo jele)
hehe..sekian.

posted by blackberry..tq


Wednesday, 22 June 2011

Panggilan..











Panggilan..








Helloo Maya...


  1. Awak..Jangan lupa datang graduation tau~

  2. Aku nak bertunang..

  3. Awak..Kite nak kawen...

  4. Awak..Kite nak pegi interview nih..

  5. Awak...Kite dapat kejeeee!!!!

  6. I'm pregnant...


Itu berita gembira..



Hello Maya...



  1. Aku eksiden..tergolek dalam longkang..

  2. Mak kite meninggal..

  3. Ayah aku dah takde..

  4. Awak..Bapak kite dah takde...

Juga berita sedih..



Terima kasih sahabat, kerana aku yang kalian cari ketika suka dan duka. Ketahuilah aku akan sentiasa berada di sisi kalian di kala suka duka..dengan izin Allah.



Sahabat, suara ceria juga duka kalian tak usah dibendung..bahu ini untuk kamu..untuk kamu lepaskan tangisan..tangan ini juga untuk kamu..dikala kamu perlukan kekuatan..



Rasa kehilangan itu tak dapat aku ungkap, kerana belum merasai. Jadi doa aku buat kamu, supaya diberikan Tuhan kekuatan luar biasa untuk menghadapi segala cabaran hidup.. InshaAllah ada jalannya...

Thursday, 17 March 2011

sape ade gen ni angkat kaki!!

erm..sape ade gen ni??

GEN KELAKAR

Ade?
Ade?

Hari ni saya tepon bahagian urusan korporat...cakap belum sampai dua minit, orang di corong sana berkata..."Kelakar betul awak ni..."
aku rase aku blum buat lawak, baru bertanya soalan...hehehe...

Teringat kenangan lama di Universti..baru selesai orientasi (freshies gituh..). lepak kat tangga kolej dengan akak senior dan beberapa kawan2 lain. Ntah ape la yg aku cakap tetiba kawan sebelah aku cubit sambil berkata.. "Awak ni kelakar la...." errr...perlu ke cubit..?huhu... :P
tapi pastu pencubit tu jadi kawan saya sampai sekarang..

biarlah..janji happy..

Tuesday, 15 March 2011

nnt awak tak sms sy lagi

hallo..loo..loooo..loooooooo (echo echo echooooo)

wahhh...4 bulan punya sawang di blog ini...

ok ini tricky question. aku x reti..
ada orang bagi aku pinjam pen (bukan objek sebenar).
katenye bila2 jumpa lagi pulangkan..
aku yg bz ngalahkan professor ni everytime tgk pen tu tingat kat tuan pen..
teringat janji nak pulangkan pen..
sekali sekala sms remind tuan punya pen bile bole pulangkan pen
sekali tuan pen jawab..sebenarnye tak perlu pulangkan pen
sbb kalo da pulang, aku x sms dia lagi.
simpan pen = ingat tuan pen
apekah?? sweet ke ni..?? hahahaaha

ape kata anda pinjamkan saya sebiji BMW, saya pasti akan ingatkan anda..heheehe

Tuesday, 2 November 2010

KELAKAR ke aku nih??

Aku memang suka ketawa..
Suka buat orang ketawa...

orang cakap aku kelakar..

Tapikan perasan tak isi kandungan blog ni SERIUS belaka???
SERIUS ni..
Aku tak pandai karang citer kelakar kot...

Wednesday, 28 April 2010

Taglines..can u understand??

Merhaba Dunya..

Today i met more than 2 dozens of new faces..in a so-called strangers-get-together kinda thing.
So i came up with these taglines...for ice breaking purpose..

"Hi, the name is Maya, as in Maya Karin, but EXTRA LARGE.."

Disclaimer: Only applicable in Malaysia and places where they know who Maya Karin is..

In case people are speaking to you about self-discovery, you can menyampuk with..

"I tried to google myself yesterday, but couldn't find any.."
And whenever you are trying to make up after being so anoyying, you can say..

"I am so sengal, I need somebody to paste a KOYOK on my brain.."

I really need some sleep..because i just gone through a very interesting, eye-opening experience in one day..need to do a temporary shut down to recover all the data..Nite peeps!!

Thursday, 22 April 2010

andai dapat ku hentikan masa!

aku tak pandai nak tweet tweet kat tweeter..
jadi aku masih kena buat posting..heheheh
kecamuk la kepala ni..
aku rase nak lari..penat arr...
bukan jogging..hehehe
nak lari dari kesibukan ni buat seketika..
sebab kesibukan ini tak akan berhenti..

pastu aku rasa aku takde masa untuk diri sendiri..
takde masa nak khidmat untuk ibu ayah..
takde masa nak khidmat untuk masyarakat..

aku yang tak pandai mengurusnya sebab Allah yang Maha Adil tu beli semua orang 24 jam, tidak lebih tidak kurang!

rindu masa-masa terluang dulu yang banyak digunakan menghadiri ceramah, kelas tafsir Al-Quran semasa cuti semester..rindu zaman-zaman salu buat kerja sukarelawan..rindu saat-saat ada masa meluah rasa di atas kanvas dengan pelbagai warna..

i need to break this CYCLE OF EXHAUSTION!!!

Wednesday, 21 April 2010

ikan bilis sabah lawan nasik..

aku tgh pintal nasik dgn ikan bilis goreng dikawankan dengan bawang dan kentang goreng..
huish, berhantu lauk ni, tiga kali tambah nasik..bila tambah lauk, nasik habes..bila tambah nasik, lauk habes..tu yang tak habes2 makan tu..ekekeke..

aku baru sampai dari Alor Star..kelaparan dan kepenatan..rasa nak rehat sampai ujung minggu tapi banyak plak panggilan mesyuarat minggu ni..
aduh..penat btul perjalanan kali ni..demam..hilang suara..dan UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA SANGAT PANAS...kalo panas tapi berangin takpe gak..basah lenjun baju..
dalam keadaan tubuh badan yang tak berapa sihat, semua jadi serba tak kena..huhuh...
boleh dikatakan trip kali ni yang paling mencabar..
kerana apabila kudrat dan suara yang sepatutnya menjadi aset utama kerja tak dapat digunakan sebaiknya..

ntah ape nak citer sbenarnye dah lupe..rase nak tido plakk..zzzZZZ!!

Thursday, 15 April 2010

Ter Tak Sengaja

Tadi tertengok blog Cik Airadiana,
Pastu tersuka template blog dia,
Pastu tercarik designer blog dia,
Pastu terpilih skin baru blog saya,
Dan akhirnya tertukar skin blog Maya..

Hahahaha,
Juga tertukar lagu..
Jemu juga tema black and white dan lagu flightless bird tu..

So, here it is, Dark brown and Pink..
a very tasty combination..Reminds me of Chocolate and Strawberry !

Thursday, 26 November 2009

Mix and match!

October 2009
Lawa kan?
Baju kurung dengan kasut boot..(leather ok)
ni gara gara pinggang 'jam' seminggu. nasib baik tak pakai selipar jepun kan??
November 2009
Same dress, different shoe. wedges to be exact (leather still..my fave)
Ni masa pinggang dah OK!
Kesimpulannya jaga pinggang anda.
Berhati-hati ketika mengangkat pokok
yang beratnya berpuluh kilo.
Jangan perasan anda BADANG.

Saturday, 21 November 2009

Maghrib

Semalam aku pulang lewat kerana mesyuarat tamat jam 6 petang. Kemas bilik, solat dan sebagainya...aku keluar dari pejabat jam 6.40 petang. Tetiba teringat kain baju di dobi belum diambil..YA aku hantar baju kat dobi sebab sekarang musim hujan dan aku pantang betul kain baju aku bau masam sebab tak kering, plus aku baru balik out station jadi laundry memang sudah luar biasa banyak..hehehee

Tiba di Dobi, azan berkumandang..aku teruskan niat aku nak mengambil pakaian..
sambil menunggu pekerja tu mengembalikan duit baki bayaran (7kg=RM14..not bad haa..murah la) datang seorang jejaka..berkain pelekat dan sejadah di bahu, dia juga singgah sebentar di dobi..menanti pekerja dobi itu..
aku lihat wajahnya..terus tertawan..ewah..serius..betul ni..sejuk mata memandang..wajahnya masih basah dengan wudhu'.. dia bicara bahasa Indonesia. selesai urusanku dan urusannya, kami bawa haluan masing-masing..Semoga dia dirahmati..who ever you are.. :)

Perasanggg!!

Semalam aku perasan cantik sebab ramai betul puji aku putih..
Semalam aku juga dikatakan kurus..(geli hati aarr..) mungkinkah kerana aku menggayakan
baju yang sedikit berbeza..warnanya juga kot..
Ye aku tahu selalu aku hitam sebab selalu main tengah panas..
Muka lebam aje..seminggu dua ni aku banyak 'berteduh'..
Ketahuilah sebenarnya aku putih..hahahaha..jangan tertipu..

p/s: biar muka hitam, jangan HATI HITAM..huhu

Saturday, 12 September 2009

Sahur! Sahur!

pagi tadi sekitar jam 4.45 pagi aku sedang memerut bertafakur dalam bilik air.. telinga aku terdengar suatu bunyi yang asing..


tong tong tong!! tong tong tong!!
(bunyi periuk diketuk2)
Sahur!! Sahur Sahur!!

tong tong tong!! tong tong tong!!
(bunyi baldi plak diketuk2)
Sahur!! Sahur!! Sahur!!


aku ni dari kecik sampai besar dok bandar, jadi sebelum ni aku tengok kat tv jer..mase cite "TAIN"..si tain naik basikal kejut orang kampung bersahur...terima kasih adik-adik..harap2 adik2 pas kejut orang sahur jangan "langgar" waktu subuh pulak ye..hehehe

p/s: kalau ada yang mengejut untuk Qiamullail-"mari cari Lailatul Qadar"....lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii baguss...hehehehe