Monday, 12 January 2009

lihat tangan itu..

Kelmarin Rendra tunjuk pada kami gambar-gambar dia..
kelakar btul dia nih..tunjuk gambar muka dia jek..tapi takpe la..layan..
gambar dia ada yang dok tunjuk No. 1.
so Rendra bercerita..mase dia nak pi print gambar2 tu, orang di kedai tu tanya.. "Orang lain amek gambar tunjuk 'PEACE--dua jari", apsal awak punya gambar semua tunjuk satu?"
Rendra jawab.."Tuhan tu Satu kak.."

Lihat gambar ini (banyak lagi di sini), anda fikir apa yang sedang saudara (yang mati syahid) ini hadapi ketika ajalnya sampai..?? tangannya menunjukkan "satu"..saya bersangka baik bahawa beliau sedang mengucapkan "Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah"
Mati syahid--sebaik-baik cara untuk kita kembali kepada Tuhan..semoga beliau di kalangan syuhada' yang gembira bertemu denganNya..

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang" "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " (89:27-30)

Sunday, 11 January 2009

boikot 729

JIKA anda masih lagi makan di McD, anda sepatutnya
MALU pada diri sendiri..
teguklah Coke yang
dingin itu..sedapkan?? memang la sedap, sebab tu darah saudara-saudara kita di Palestin..


keadaan di Gaza masih tidak menunjukkan tanda akan reda
rejim zionis gila semakin gila
menjanjikan Holocaust terhadap rakyat palestin
lebih 900 rakyat palestin telah terkorban semasa saya menulis posting ini

saya benci Israel..
saya akan cuba sebaik mungkin untuk memulau produk2 Israel dan Amerika..

Ramadhan yang lepas, saya telah bergaduh dengan seorang kawan (bulan puasa nih..ishh..dah cuba untuk tidak bergaduh, tapi sabar ada batasnya..)

beliau bersunguh-sunguh untuk mempromosikan produk kesihatan buatan Amerika kepada saya..saya agak tertarik dengan produk yang dipromosi, saya tetap menolak untuk membeli produk tersebut kerana ia adalah buatan Amerika.

Pendirian saya ketika itu adalah untuk memulau produk-produk yang secara langsung dihasilkan di Amerika, saya agak berdiplomasi dengan produk2 Amerika yang dibuat di Malaysia, dengan menggunakan konsep lebih "kurang" mudharatnya (less severity)..kerana jika ia dibuat di Malaysia, ia adalah sumber rezeki kepada penduduk negara ini dan secara langsung menyumbang kepada pembangunan negara.

Kawan saya ini, tidak boleh menerima pendirian saya, lalu melabelkan saya sebagai HIPOKRIT. terima kasih kawan, kerana telah melabelkan saya begitu..labelkan saya apa saja, saya tetap dengan pendirian saya..
"saya tidak mahu menghantar peluru kepada saudara-saudara saya di
Palestin.."
makin menjadi-jadi marahnya pada saya..dia kata saya hina dia..bagaimana pula saya menghina dia, sedangkan saya cuma menjelaskan mengapa saya tidak mahu..

persahabatan kami terjejas kerana insiden ini..tapi saya redha kerana saya lebih sayangkan saudara-saudara saya di Palestin..

pendirian saya sedikit berubah sekarang. saya akan cuba sebaik mungkin..

tidak lagi menggunakan konsep "less severity", saya akan guna konsep "pasti ADA ALTERNATIF". jika dah kemaruk nak minum Coke, nak makan KFC klik sini. siapa kata tiada alternatif???

JADI MARI KITA BOIKOT!!

kepada 'kawan' saya..
harap2 awak dah paham maksud peluru tu..sebab peluru kiriman awak dah sampai di Gaza..

malu dan emosi

salam

saya malu dengan posting sebelum ini.
saya malu mengeluh dengan apa yang Allah uji pada saya..
saya malu kerana saya sepatutnya redha dengan ujianNya...
saya malu kerana saya sepatutnya cekal dan yakin bahawa ujian ini adalah kerana Allah masih sayang pada saya

Thursday, 8 January 2009

PROMOTED and dented

today: we got our promotion~from Grade 41 to 44. Alhamdulillah (",)
today: my savvy got dented. A lousy old man in his lousy mercedes simply bumped into the driver door..and as usual, all this happened with me not in the car..my mum borrowed my car for she had an appointment with a dentist (since her car is still in the workshop, also dented-got hit by a wildboar).
tak mood ah..

nak pergi turki ni, keje pun byk nk kena setel b4 pegi..tambah plak, kete kemek, hujan air masuk kot pintu...aduh..nk parking kat mane nih..kena pinjam parking Dr. Usop la camni..ekeke..
i wish i have a companion to help me sort this thing up..dah penat urus seme benda seorang diri.. erm..tapi kalo ada lousy companion same jugak..kena buat sendiri..

sekian terima kasih..

Wednesday, 7 January 2009

Manusia jahat!! Manusia ke depa ni??

Surah AL-Fath ayat 26 dan 27:
Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliah(yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegangkepada "Kalimah Takwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Takwa" itu serta menjadi ahlinya dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

DOA QUNUT NAZILAH
Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman,penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.

Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.

Dari Abu Hurairah RA :"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi
Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).

Qunut Nazilah - Doa memohon perlindungan dan menangkis balik kejahatan musuh.

"Ya Allah, kami letakkan kamu di batas leher musuh kami, dan kami
berlindung denga-Mu dari kejahatan mereka, ya Allah! leburkan kumpulan mereka, cerai beraikanlah akatan mereka, goncanglah pendirian mereka, hantarkan anjing-anjing kamu ke atas mereka, wahai Tuhan yang penuh raksaksa, wahai Tuhan yang gagah perkasa, wahai Tuhan yang bersifat murka, ya Allah, ya Allah, ya Allah, wahai Tuhan yang menurunkan kitab, wahai Tuhan yang mengerakkan awan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami keatas mereka"

Tuesday, 6 January 2009

Panjang umur..

hurm..

siapa tanak umur panjang?
angkat tangan..hehee

but for me, pendek atau panjang masa yang tuhan beri, keberkatan sepanjang tempoh tersebut tidak kurang pentingnya.
umur panjang, tapi dosanya pun sama panjang..takde gunanya..huhu.

tiga minggu lepas Pak Yeop berkongsi tips panjang umur...
kata Pak Yeop...

Panjang umur ni, bukan pada berapa tahun kita hidup..
Panjang umur ni, terletak pada berapa banyak amalan yang kita boleh buat..diterjemahkan dalam bentuk umur..

mari kita amek satu contoh mudah..

Lailatul Qadar, Allah janjikan bagi hamba yang mencari malam tersebut..kebaikan lebih dari seribu bulan..

1000 bulan = 83.3 tahun (wow!!)

bayangkan jika setiap tahun kita berusaha sebaik mungkin untuk mencari malam Al-Qadar..

1000 bulan X 10 tahun = 833 tahun

bukan ke panjang umur namanya tuh??

hurm..fikir-fikirkan...

bila kromosom Y menjadi ukuran.

Mungkin aku ni terlalu banyak pikir benda yang aku tak perlu pikir..
tapi nak pikir gaks..

masyarakat kini sentiasa di'ajar' tentang kesaksamaan di antara lelaki dan perempuan. dalam erti kata, peluang dan apa saja akan diberikan secara adil, tanpa mengira gender..

tapi situasi sebaliknya tetap berlaku..berikut adalah petikannya..

Encik ABC: haa...ada pun awak..puas dah saya cari PEGAWAI LELAKI..tapi
sorang pun takde..
Cik XYZ: Kenapa Encik ABC? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
Encik ABC: Takde...ni haa..saya nak minta cop dan tandatangan 'certified
true copy'
Cik XYZ: Hah?? (Dalam hati) sambil tersenyum dan terus
menyampaikan hajat Encik ABC.

Persoalannya..kenapa isu gender timbul dalam benda kecik camnih? Cop dan signature perempuan kurang kualiti atau kurang impak ke???
(kepada lelaki2 yang membaca posting ini, persoalan di atas hanya ditujukan untuk Encik ABC. harap maklum)

amatlah terserlah selama ini aku ni memang last choice die..last resort..tak paham2 lagi..? bile dah takde orang lain, baru carik AKU ( AKU yang dinafikan hak konsessi kromosom Y sbb kuota kromosom aku dah didominasi oleh dua kromosom X...) dah lame perasan tapi aku nafikan..sebab sebelum ni aku dok pikir ape la kekurangan aku..aku nak perbetulkan la..

dah..toksah pikir lagi..TITIK!

dia yang bermasalah. bukan aku...

ibu kepada ibu saya..

24 Disember 2008--opah saya telah kembali ke Rahmatullah.sebaik2 tempat kembali.
opahku sayang..tiada kata dapat diucapkan..segalanya masih segar dalam ingatan..
rupa-rupanya opah ke Kuala Lumpur kali ini untuk ucapkan selamat tinggal pada kami..
"di mana ni?~rumah siapa ni?~ada nasik?"
bila umur opah panjang..opah banyak mengajar..masih segar dalam ingatan setiap kali sampai di tangga rumah opah, kami cuba berjalan senyap-senyap di atas lantai kayu tu..kelihatan lampu terang di dapur, opah tengah sibuk menyiapkan santapan untuk kami walaupun kami tiba jam 3 pagi.bila nk balik KL, opah hadiahkan kami pelbagai bekalan..seronok bila tolong opah kemaskan bekalan..
bila opah 'tersedar' dari nyanyuknye..muka opah pasti berubah, senyum..sambil mata memerhati dan meneliti..
bila opah terlantar hari tu, tercungap-cungap..opah haus..tapi tak boleh cakap..opah demam..aku bantu semampunya..aku masuk bilik nanges sorang2..sedih..
bila opah dah tak bergerak lagi, sayu btul..
bila mandikan opah, kafankan opah..sayu lagi..mengenangkan kita semua pasti menuju ke 'sana' juga..
bila opahku tidurnya panjang..tenang sekali..
terima kasih opah..sebab lahirkan ummi..kami rindu opah..tunggu ye opah, kite jumpa di Jannah nanti..

..opah's legacies..

~EID 1429H~kampung kota tampan ayor, lenggong, perak..

Tuesday, 2 December 2008

when you are what you are..

I'm a scientist..
the workload is phewwwwwwww...dont even ask..
i went to see the doctor yesterday, he said my BP is at the border line..what??
definitely NO NO to High Blood Pressure..
i need to relax..
can i??
its easier to work alone...hampeh punye statement. of course u can work alone, but how far can u go..? answer it yourself, maya..
but when it comes to delegate the task..u expect people to follow the plan, but No...they like to ikut kepala sendiri..bile ditegor ada aje jawapan nye ni..bengang la nih..

banyak2 la sabor..kalo robot bole la re-format..re-schedule, re-synchronize..hahaha!!

what ever i said just now, are normal..dont even bother..i just need time to rationalize and move on..i'm STRONG..hahaha!!

so i want to share a very short and sweet story..
it happened last week, on my collecting mission in the state of Pahang..

we stopped by at this village..Kampung Gajah Mati, sumwhere near the railway..we found this old Terap tree..most probably 100++ years old..we took some pics and data..
near by where the tree is located, there were a bunch of kids playing..main "masak-masak"
i approached them and asked.. "main ape ni??--what are u playing?"
one of them answered, "main masak-masak--we're cooking.."
and i asked.."masak ape??-whats on the menu?"
the chubby one answered, "udang galah masak lemak--shrimps with coconut milk"
i burst into laughter..WOW!! what a menu..these kids are in advance mode..hihi..
i remember when i used to play "masak-masak" we only fried fish, steam vege's..but kids nowadays..are more advance..but if they said they are having roasted chicken with BBQ sauce i might have fainted on the spot..

funny but true..
i havent finish the story..

while we are taking some data of the tree..the kids were observing us too..(obviously..hehe)
one of them ask me.."Kakak buat ape ni??--sis, what are u doing??"
so i answered "kakak nak amek gambar pokok ni, nak amek tinggi pokok ni..--i'm taking pics of the tree and also its height.." i tried to give the simplest answer.
wierd isn't it? what are you doing, looking at this useless tree..?? no one even bother about it..( i think that what playing in these kids' head.. hahaha) bcoz one of them continued...
"kakak ni keje ape??--what is your profession?"..
i smiled and said.. "kakak saintis--i'm a scientist.."
then they whispered to one another..(so loud i heard them clearly..)
"kakak ni saintis cam PEPAYA"
again, i burst into laughter...akakakaka!!!
PEPAYA is a TV series played on TV3, a superhero..with big powerful hand, he likes to help people..well..thats what superheros are for..in that program there is also a part played by this guy..A Scientist..he wears a labcoat, with a wierd hair-do.. (thats what i am..haha)
kelakar la budak2 nih...
suddenly the oldest among them shoved me with a piece of paper..and said..
"Kakak, nak autograf boleh?? ni kali pertama saya jumpa saintis...--sis, can i have your autograph?? this is the 1st time i met a scientist.."
waahhhhhhhhhhhhhhh...i was so flattered..terharu gile..appreciated in such a way...hehe..
so there i was, signing autographs..for all of them..and we took this pic..

moral of the story...cherish all the moments we have..be positive!


me and the kids..PEPAYA's fans..hahaha!!
chiao!!~~

last night..

erm..

last night..i had a dream..
about someone i don't even know..
i hugged him..so tight as if i knew him for years..as if i missed him so much..
a very short dream, with no words..just like a charlie chaplin movie.. =P

but who is he..??
my meds..maybe it caused by the meds i'm taking right now..i hate this meds..even low dose can make me dizzy..huhuu..

mase makan ubat dah sampai..pasni tido lagi la jawabnye...maboksss!~~