Wednesday, 11 March 2009

memperkenalkan..


2 orang daripada kawan-kawan saya di sini
Cik Esin dan Pakcik Boluj..i'm still not sure with the spelling..
tapi pakcik boluj tu rupanya macam Dr. Jamil pun ada..hehehe
Pakcik Boluj rajen bawak secawan teh saya setiap hari..
Esin pula ialah rakan sebilik di Field Crop department nih..saya menumpang bilik mereka iaitu Cik Esin dan Encik Murat..
nanti saya letak gambar Encik Murat plak..

p/s: Pokcik Boluj excited btol bile orang nak amek gambar die..such a nice guy, not like Pak Ali CH...Ya Allah temukanlah daku dengan hambaMu yang bersih hatinya..amin..

Monday, 9 March 2009

pupuk sabar...

Sedap pulak album baru Sami Yusuf yang terbaru..Dr. Kamil yang bagi last week..
tak pastilah samada yang ini versi 'sah' atau 'tidak sah'..tu kena tanya muni..
Muni: akak dengar aje, tak tengok gambar pun tau..by the way, akak dah jumpa dah kembar Sami Yusuf semalam...masa akak jalan sorang-sorang layan perasaan..hihi..(saje nak bagi jeles..tapi betol, memang jumpa pun..) kat fakulti mane ntah..
macam-macam version dah aku jumpa..iras Shah Rukh Khan, Shashi Kapoor, KGB agent..erm..kenyang la..aku jumpa triplets, erm..benarlah kata pepatah jauh perjalanan, luas pengalaman..

mungkin dalam posting sebelum ni aku banyak merapu..tapi kali ini nak cerita lain sikit..
(Sami Yusuf tengah nyanyi lagu Munajat..sesuai dengan mood menulis)

Minggu lepas adalah salah satu minggu mencabar buat aku..di mana aku terpaksa melawan dengan diri sendiri..dengan erti lain, diri sendiri merupakan musuh utama..
Minggu lepas kami buat trial untuk SSR..selama tiga hari aku pulang malam..SSR adalah sebab utama aku berada di sini..untuk belajar SSR..
Jadi minggu lepas, terlintas di kepala aku..Apa kes terbang beribu-ribu KM nk belajar SSR?? kenapa la aku boleh mintak nak belajar SSR?? nape? nape? huhu.
Sebenarnya aku mula rasa tercabar apabila...
Pensyarah desak aku suruh aku betul2 tangkap, paham semua benda yang diajar, menyuruh aku bertanya sebanyak mungkin supaya aku betul-betul paham..
tapi pengajar (demonstrator) buat demo di dalam bahasa Turki..
Demo yang ku pikir hanya dijalankan untuk aku SEORANG dimeriahkan dengan kehadiran pelajar-pelajar lain..
Panas hati aku separuh hari menahan marah..cuba merasionalkan diri..aku yang sepatutnya belajar benda tu, tapi ada orang2 lain berada di situ, memeriahkan lagi bahasa tempatan, jadi sukar untuk aku menyampuk, bertanya..kerana soalan mereka pun dah banyak, ditambah pulak dengan sesi terjemahan untuk aku akan melambatkan proses demo tersebut. ada masa-masa tertentu, semua orang sebok nak tengok prosedur tu, aku pulak ditolak ke tepi..aku dah la pendek, nak intai pun tak nampak..
SABAR..itu je yang aku boleh cakap..hanya SABAR...
Kalau ikut panas hati aku, aku nak aje tinggalkan makmal tu, balik umah tido...lagi best..
serius..memang nak marah pun ada..tapi nak marah pun tak boleh, sebab aku sendiri belum cukup paham dengan etika kerja mereka..jadi aku simpan aje la...huhu..
lari dari masalah adalah satu tindakan tidak matang, tindakan yang akan memalukan diri aku khasnya dan Malezya amnya..sure mereka akan kata aku 'hampeh' di dalam bahasa turki..
jadi ku gagahkan juga, ku turutkan semua proses, walaupun aku banyak juga keciciran..mana tak nya..aku baru nk catat nota, mereka dah mulakan proses seterusnya..sehinggalah ke proses terakhir..aku duduk situ..kuatkan semangat..nak menuntut iLMU bukan mudah..

ESOK harinya..aku dikehendaki mengulang semua proses yang diajar..akan dikawalselia oleh pengajar tu..nak terbeliak biji mata..malam tu aku tak berapa lena tido mengenangkan esok aku kena buat sendiri..uuuuu...mase tu rase nk lari balik Malezya..nak nanges pun ade..rasa nak salahkan semua orang yang nyebuk pun ya, nak je cakap "soh la student lain tu buat..derang yang beriya nak tengok sangat..sampai saya sendiri tak dapat tengok betul2.." nak cakap je..tapi tak cakap pun..
Keesokan harinya..aku beranikan diri..buat muka COOL cam paham semua..(dalam hati dok doa.."permudahkanlah Ya Allah.." tak henti-henti..).
haa..hari ni takde sape plak nak nyebok..tinggal la aku terkontang kanting sorang2..hehehe..
aku pun cuba tenangkan diri..rasionalkan minda..fokus..dan MULA!! aku buat sebaik mungkin.. buat salah pun ada, tapi pengajar tu baik..tunjuk aku satu-satu, betulkan setiap satu kesalahan aku..banyak aku belajar hari tu..aku amek peluang untuk tanya benda2 yang aku tak berkesempatan nak tanya pada hari sebelumnya..ada satu prosedur tu aku kena ulang 3 kali..nak patah lutut berdiri berjam-jam sebab kena set up semua benda sekali lagi..tapi bila semua dah berjaya aku lepasi..lega betul.. buat salah tu normal, tapi belajarlah dari kesilapan...

Jadi aku rasa kali ini aku berjaya mengangani musuh ketat aku iaitu AKU..
erm..minggu ni belajar apa pula ya???

Saturday, 7 March 2009

OLTU and ME

Love at MY first sight..
erm..gile lalalala..suke nye!!!
Oltu stones are famous here~

Friday, 6 March 2009

perghh..kulit telur pun kalah..

erm..antara pengalaman menarik ialah ini..

erm..bibir pucat sikit..ape2 pun takde tu..bedak jangan la harap nak pakai..
gambar ini perlu diambil untuk memenuhi keperluan permit penempatan yang perlu disiapkan dalam tempoh sebulan dari sekarang...
jadi aku pun dibawa ke kedai gambar untuk mengambil gambar la..
aku perasan yang mereka ambil gambar "penuh gaya"..ala2 macam "yearbook photo"..
so aku pun redah je la..sengih cam biasa, pastu cameraman soh pusingkan badan sikit, kendian die telengkan kepala aku dua kali (keras sgt aku posing kot..)..aku tak kesah la..asal ade gambar..

cuma tak sangka hasil gambar tu begitu menarik sekali, siap berlatarbelakang hijau, dan semua jerawat dan parut2nya..VANISHED!!
kalau kat Malaysia jangan harap la aku nk pose camni..

hahahah..sekian terima kasih.

Tuesday, 3 March 2009

hipotesis ini belum tentu berjaya..

Sebelum aku menjejakkan kaki di sini, aku telah lakukan sedikit penyelidikan mengenai status sosial masyarakat Turki. dan yang ini adalah antara yang menarik:

Wanita turki adalah wanita yang serius. Tidak seperti masyakat Barat dan Asia Tenggara, aku pasti kita lebih banyak tersenyum dan tersengih berbanding mereka (Ya..aku juga memang selalu tersengih..biarla orang kata apa). Di dalam artikel tersebut, penulis mengingatkan pelawat-pelawat wanita seperti aku supaya jangan terlalu mudah tersenyum di tempat awam terutamanya kepada kaum lelaki yang tidak dikenali..
Aku ada berkongsi fakta ini bersama beberapa orang sahabat di tempat kerja..jadi ada yang pesan.."haa..ingat tu..hati-hati la.."

Anda tahu apa kesan daripada keseriusan ini? Kesannya ialah apabila seorang wanita itu tersenyum, ia akan memberi makna/signal kepada lelaki tersebut bahawa wanita itu "berminat" padanya.."Bring it ON.." lebey kurang gitu la..
jadi, sepanjang seminggu aku berada di sini, aku cuba semampunya untuk tidak memberi signal kepada semua jejaka di sini bahawa aku "berminat" dengan mereka...(cheit..perasan lagi..macam semua orang minat kat ko..maya..hahaha) jika aku perlu senyum aku cuba sebaiknya untuk tidak menunjukkan signal yang salah, dengan cara mengangguk sedikit ketika tersenyum (agar kelihatan seperti aku senyum dan hormat) dan sebagainya..nampak gaya ia berkesan..takdela sesapa kacau aku kecuali Pakcik Borluj..hahaha~~

tapi semalam aku buat kerja gila..
aku sedang "mengeteh" pada jam 10 pagi di bilik teh..ramai berada di situ..tetapi ada seorang di antara mereka yang agak muda berbanding yang lain..kalo aku recall, sekilas wajah dia macam Shah Rukh Khan (SRK)..matanya redup je bila memandang..idong toksah citer la mancungnya..tetapi dia tetap mempunyai ciri-ciri lelaki turki..kulitnya cerah sedikit..taklah berwarna seperti SRK..
nak tahu ape aku buat...aku bagi senyuman paling kiut kat dia...(konon..sesungguhnya aku sendiri nak tergelak..tergolek-golek haha)..aku nak tengok apa reaksi beliau..dia tersangkut..ya..dia tersangkut..udahle mamat ni asik pandang aku..macam SRK pandang Kajol tu..(hwa hwa hwa..) dia macam tak peduli da orang sekeliling..asik pandang aku je..sudah ko Maya..carik pasal lagi..aku buat tak tahu je..aku minum teh dan pastu aku chiao masuk lab untuk sambung kerja..
Jam 3 petang..aku minum teh lagi..di tempat yang sama...dan dia ada juga di situ..mula-mula dia macam takde pape reaksi bila aku masuk..macam tiada apa yang berlaku sewaktu jam 10 pagi..
aku pun mula menyangkal hipotesis teori aku yang tak seberapa itu..tiba-tiba dia pandang aku..masa tu mulut aku penuh dengan air teh, aku cepat-cepat telan teh tu, dan aku usaha untuk senyum sekali lagi..tindakbalas..?? sangkut!!..ya dia tersangkut sekali lagi...hahahaha!!! dan sekali lagi aku buat tak tahu...dan masuk ke makmal bila aku sudah selesai mengeteh..

nak tahu ape ultimatum insiden hari ini?? pada jam 5 petang "kembar SRK" make an effort untuk singgah di bilik aku dan ucap selamat tinggal sebelum dia pulang..hahaha..dia cakap bahasa turki..jadi aku pun senyum-senyum kambing gurun je la kat situ...but the thought that matters right??

amacam?? ok tak....
p/s: Darling, jangan makan hati..makanlah biskut atau nasik goreng..

aku citer pengalaman aku ni pada salah seorang sahabat, dan beliau menyarankan aku buat random sampling (dah la jadik experiment plak) kalau boleh guna RCBD..9 sampel, 4 replikasi..kiranya aku dah buat satu sampling dengan 3 replikasi..perlu satu lagi replikasi..aku akan lengkapkan esok..hihi..(8 sampling to go...buat pelan-pelan..aku ada 4 bulan nak siapkan experiment ni..) semua ini penting untuk aku buktikan hipotesis teori aku benar dengan peratusan signifikasi 90% atau lebih tepat 99%. erm..kalau dah saintis tu saintis jugak..semua nak dikaji dan dibuktikan..huhu..

sekian coretan dari Erzurum..juga lagi di lain hari..

Monday, 2 March 2009

i speak malay..

Jam baru menunjukkan waktu 10.40 malam..tapi aku dah mengantuk..
banyak benda nak dicoret di sini..tetapi mata ini makin berat..melawan mata yang mengantuk di musim sejuk ni..buat pengetahuan semua, salji turun setiap hari..

aku baru pulang dari rumah keluarga Haliloglu..keluarga ini, terdiri daripada Encik dan Puan Haliloglu, serta dua anak perempuan mereka berusia 14 dan 10 tahun..
rumah kami tidak jauh, hanya lima minit berjalan kaki, tapi suhu -8 darjah celsius di luar sana..kalau boleh, jalan kaki 5 minit nak dipendekkan kepada seminit..erm...tetiba aku terasa seperti berada di dalam peti ais En. Zulhairil di mana ia menyimpan semua menda alah PCR beliau..hahaha..nice to meet you, Mr. Taq Polimerase..hek hek!!

kenapa aku berbicara di dalam bahasa Melayu..
kerana aku kemaruk nak cakap melayu...
dok sorang-sorang kat sini, asik cakap omputih, nak cakap turki belum cukup pandai..
dan kerana En. Haliloglu tahu kewujudan blog ini, jadi aku khuatir dia datang menjengah..dan tahu apa yang aku merepek di sini..hahahaha!!

Pada asasnya, masyarakat di sini tidak fasih berbahasa Inggeris...tetapi mereka juga teruja dengan kehadiran aku di Fakulti Pertanian Universiti Ataturk ini..mereka mahu berbicara di di dalam bahasa Inggeris, tidak kurang juga yang malu-malu..jadi setiap hari aku berkenalan dengan pelajar-pelajar di sini..Mereka juga tidak sombong, rajin membantu aku yang asing di sini..
secara fizikal, mereka kelihatan cantik dan kacak semuanya..
cuci mata la teman..
eh silap..aku menghayati kecantikan makhluq Allah di bumi Turki..

Keluarga Haliloglu tidak jemu melayan aku..sampai naik segan, sudah hampir seminggu aku di sini, dan sudah beberapa malam aku berada di rumah mereka untuk makan malam dan sebagainya..seronok melayan anak bongsu mereka yang bernama Zeynep Ayse..(cara sebut adalah Zainab Aisyah). Umur budak comel ini 10 tahun..mukanya mirip En. Haliloglu.. banyak celoteh..si kecil ini juga merupakan cikgu bahasa Turki aku..dan minggu ni aku jadi cikgu Inggeris dia sebab dia ada ujian pada hari Rabu..(mengapa aku cerita semua ini? ntahla..)

ramai yang tanya, pukul berapa di sana?? erm..waktu di sini adalah kurang 6 jam dari waktu Malaysia..jadi semasa aku mencoret semua ini, kalian sedang diulit mimpi menanti siang hari..
ramai juga yang tanya, makan cane? ok? erm..makanan semua HALAL...makan la ape nak makan..aku blom sempat lapar lagi kat sini..cane nak turunkan berat badan yang sememangnya sudah berlebihan ini?? hehehe...alhamdulillah ini semua rezeki dari Allah..
jangan tak percaya, kat sini aku cepat kenyang...(ya..aku suka makan...) dan mereka makan sangat banyak dan cepat...hahaha...bukanlah nak bertanding tetapi mereka memang makan cepat..huhu..segan aku tengok derang tunggu aku yang makan terkedek2..
Bagi mereka yang tidak dapat tidak mesti makan nasik, jangan datang cni, sini nasik ada (masak sendiri la) tapi roti memang banyak..dan aku sebagai pemakan roti yang berjaya insyaAllah akan dapat bertahan di sini..(cheit..podah..perasan..)

ada satu perkara aku nak kongsi dengan korang..satu perkara yang amat terseserlah di sini..
MEREKA SANGAT SUKA MINUM TEH..gile laa...nak tergelak pun ada..risau sembelit pun ada..(ok lagi buat masa ni..tiada sembelit..ekekeke..!!!) di fakulti, jam 10 pagi dan jam 3 petang ialah waktu minum teh. tempatnya ialah bilik teh, semua lecturer, tutor berkumpul untuk minum teh..bagus juga sebenarnya sebab kita dapat bersua muka dalam keadaan tidak formal..aku tak tahu la ape yang mereka sembang, yang aku tahu..di celah-celah sembang mereka akan terselit nama aku..boleh dikatakan sejam sekali mereka minum teh kot..gitulah kekerapan "mengeteh" mereka..tapi mereka tidak minum teh tarik..teh O sahaja..bancuh sendiri.."lu nak minum, lu buat la.." mau teh nipis, teh pekat, manis, tawar, ikut suka lu...hua hua..teh dah sedia dalam heater..pandai2la..dan yang menarik buat masa ni ialah Pakcik Borluj --penghidang teh..aku rase nama die lain,tapi aku yang tak reti sebut..agaknya sebab aku ni comel atau paling menawan kat sini, dia akan hantar teh pada aku setiap 2 jam..dia akan muncul depan pintu..panggil nama aku, cakap turki sikit..(aku tak paham) kemudian dia akan suruh aku sebut nama die,bila aku sebut dia akan terkekek2 gelak dan bagi aku teh..dan ada masa2 spesel die siap bagi kentang bakar 3-4 bijik..soh aku makan...ini pakcik sangat kelakar dan baik hati...hehehe..
peristiwa teh lain yang menarik ialah bila aku pegi supermarket, aku minah sorang ni tengah menatang dulang penuh dengan cawan dan teh, dan dia mula distribute teh kat staf kedai tu.. pernahkah anda lihat makcik hidang teh kepada pekerja carrefour, giant atau Ong Tai Kim? huk huk huk..

Friday, 27 February 2009

Erzurum..

Salam..
Syukur pada Tuhan Maya telah selamat tiba di bumi Allah Turki..Erzurum to be exact..sebuah negeri di atas gunung...25 Februari 2009.

WHERE is ERZURUM??


Sneak peak through my window in the morning and night..

Monday, 16 February 2009

checklist!!

mari periksa senarai periksa ini..
advance and claim
nota serahan kerja untuk 4 bulan..gulp..blum buat..
elaun baju panas tak dapat ke? dapat..yeay!!
zakat
SM bagi gaji tak nih? tepon le tanye... gaji dapat. cuma elaun kritikal dipotong bila kursus lebih 28 hari
list kan BILLS ($$$) yang perlu buat monthly payment..
international bank in turkey..?? HSBC...yeay!!!
dokumen, original certificates
passport, visa, DUIT in EURO/USD (no..no..boycott)/Liras?
Ole-ole from malaysia
periuk belanga..se-te-ri-ka??
• telefon Malaysia Embassy, Ankara
winter clothing...
new pairs of jeans..ampon..sejuk!!
tudung? muni...akak nk bawak tudung feveret..ehehe
kamera, laptop, charger
notebook, books?
food
luggage bag
extra bag
kotak
toiletteries
medicines
Shoes??
• myself..definitely!!
malasnye nak kemas barang...!!!! nak bawak beg kecik je..

Sunday, 15 February 2009

kita memang istimewa


serba salah plak tentang posting sebelum ni..sebab kawan baik saya ramai sebenarnya..ada 4 orang kawan baik saya (4?? huhu..what about me??) mendirikan rumah tangga beberapa bulan ini, tetapi hanya yang satu itu (rozaina's) dapat saya hadiri..
jadi posting sebelum ini untuk kalian juga..yang juga saya sayangi dan ingati selalu...

*wink*

tak tahu la orang lain, tapi jika anda adalah pelajar sekolah Hira' anda pasti akan rasa kelainan.
KITA SEKOLAH BERSAMA UNTUK TEMPOH YANG LAMA...hehehe
kita membesar bersama, membuli satu sama lain..dan tidak kurang juga kita sama-sama membuli orang lain.. hahaha..mane ade buli-buli..kami budak baik..hihi..
sekolah kami boleh carry foward ke sekolah menengah, jadi ada di kalangan kami yang pernah sekolah bersama sejak darjah satu sehingga tingkatan 5 (11 tahun) kalau yang mula dari tadika Ihsan, maka genaplah 12 tahun..lame kan?? haa..tahu takpe..but as for me, i've been the for 6 years..and it was a bless.

Saturday, 14 February 2009

sempurnakan agama..hurm..

My dearest Rozaina,
My dearest Friend,
My dearest Mrs. Mohsi,

Jenuh kita layan perasaan sorang-sorang semalam..
17 tahun++ panjang juga usia persahabatan kita..dengan izin Allah, alhamdulillah..
one thing about childhood friend is that u have a friend with no condition..pureness of friendship.. syukur Allah pertemukan kita untuk sama-sama berkongsi kisah suka duka masing-masing..tidak kurang juga kisah2 kelakar and our own awkward moments..bertanya "ada ke awak rasa begini juga..??"

Gembira rasanya dapat hadir menyaksikan majlis indah awak dengan Mr. Mohsi. Cuaca juga seakan merestui majlis semalam. Sebak juga mengenangkan awak dah officially ada 'kawan baik' baru. kita harap awak tak lupa kawan baik yang ini..sob sob..

Cantik betul awak semalam (thanks to the bulu mata hehehe).
serius..lawa..adik awak dah tak kenal kakak..
Ya, Anuar Zain pun frust gak..sebab awak tak jemput dia datang kenduri..

dan betul kata awak, akhirnya hubungan kalian berdua dapat juga direalisasikan..kita sebagai jurudengar takde masalah tentang itu..segala cerita ceriti ceritu masih dalam poket kita..hehehe..what ever happens, you'll always have my back, remember that..

rozaina, kita ni suka perhati (tapi tak perasan orang perhati kita)..dan kita dapat lihat banyak benda..dan semuanya akan jadi kenangan manis kita..kita dapat lihat cara awak pandang suami awak dengan pandangan dan senyuman paling bermakna, kita nampak gugupnya suami awak nak akad nikah..hehe..kita ternampak atuk awak nanges bila ibu awak bisik kat dia 'sesuatu'..dia nanges sungguh2..sampai muaz ambik kan tisu..kita lihat sebaknya awak bila berpelukkan dengan ibu dan bapak, dengan Ira..saje kita dok jauh-jauh supaya tak join nanges same..huhu..everybody loves you...remember that..

jadi sekarang masuklah episod baru hidup awak..the journey has just begun..semoga kalian berdua sentiasa berada di bawah rahmat Allah, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat..semoga iman dan amal juga meningkat..kerana perkahwinan itu menyempurnakan agama..akhir kata..jangan lupa doakan kita yang masih lagi mencari-cari ni...ok..daa~~~

p/s: kita nak tanye, cage burung yg tergantung tu nape takde burung?? and 'bout ur mum suruh kite tgk pokok..takde hal la..ade gak sebab kite nk jenguk umah awak kan..hehehe..ni ha pokoknye...'pokok tom yam' hah??