Thursday, 26 November 2009

12 for 180

Paulo Coelho-my latest favorite author.
I'm a slow reader. I think his creations suit me well, as it needs concentration to understand hiss hidden messages.
Just started with The Alchemist (orang lain dh berzaman baca, aku baru nak baca. hehe..pedulikan, better to be late than never..hehe) i'm looking forward to continue with the other books. So, I went to Bangalore, India and found this series of books at the airport.
I hold the box for 15 minutes just to make the calculation..foreign exchange conversion.. $&%@* very bad with maths..having 2nd thoughts and finally made decided to take it home..
Very Cheap meeehhh..RM15 for each book (average). I bought the 1st book-The Alchemist- for RM34.90. See the differences? If you notice, the new set also comes with The Alchemist but who cares...hahahah!!
Maybe i should initiate a book club..hmmm..

Mix and match!

October 2009
Lawa kan?
Baju kurung dengan kasut boot..(leather ok)
ni gara gara pinggang 'jam' seminggu. nasib baik tak pakai selipar jepun kan??
November 2009
Same dress, different shoe. wedges to be exact (leather still..my fave)
Ni masa pinggang dah OK!
Kesimpulannya jaga pinggang anda.
Berhati-hati ketika mengangkat pokok
yang beratnya berpuluh kilo.
Jangan perasan anda BADANG.

The So-called-Daur-Ulang-Kitar-Semula-Recycle


This morning, on my way to canteen i saw three colourful objects..
these three objects made me happy and proud..


PROPER RECYCLE BIN in MARDI..at last..!!

But i wonder if only these 3 bins are going to support the whole institute..(hahaha!!) or not.. i hope not. I will look around to find the others.. :)

Well, early this year I made an effort through our centre's Charity Club to initiate the recycle bin and activities. But it was not well received due to $$$ issues.. but since these colourful bins are already inside..maybe i can voice it out again.. as in "Saya dah nampak kat TS ada tong tu..so apa kata kita pun adakan juga..beli sendiri atau minta dari pengurusan.." People know that these recycle item will generate income. full stop. that's it. i wish they know that every effort they make will contributes to better environment & saving mother earth beside of 'generating income'. well, it is not easy to give awareness to people..environment awareness especially..but let's not give up!

Saturday, 21 November 2009

Maghrib

Semalam aku pulang lewat kerana mesyuarat tamat jam 6 petang. Kemas bilik, solat dan sebagainya...aku keluar dari pejabat jam 6.40 petang. Tetiba teringat kain baju di dobi belum diambil..YA aku hantar baju kat dobi sebab sekarang musim hujan dan aku pantang betul kain baju aku bau masam sebab tak kering, plus aku baru balik out station jadi laundry memang sudah luar biasa banyak..hehehee

Tiba di Dobi, azan berkumandang..aku teruskan niat aku nak mengambil pakaian..
sambil menunggu pekerja tu mengembalikan duit baki bayaran (7kg=RM14..not bad haa..murah la) datang seorang jejaka..berkain pelekat dan sejadah di bahu, dia juga singgah sebentar di dobi..menanti pekerja dobi itu..
aku lihat wajahnya..terus tertawan..ewah..serius..betul ni..sejuk mata memandang..wajahnya masih basah dengan wudhu'.. dia bicara bahasa Indonesia. selesai urusanku dan urusannya, kami bawa haluan masing-masing..Semoga dia dirahmati..who ever you are.. :)

Perasanggg!!

Semalam aku perasan cantik sebab ramai betul puji aku putih..
Semalam aku juga dikatakan kurus..(geli hati aarr..) mungkinkah kerana aku menggayakan
baju yang sedikit berbeza..warnanya juga kot..
Ye aku tahu selalu aku hitam sebab selalu main tengah panas..
Muka lebam aje..seminggu dua ni aku banyak 'berteduh'..
Ketahuilah sebenarnya aku putih..hahahaha..jangan tertipu..

p/s: biar muka hitam, jangan HATI HITAM..huhu

Friday, 6 November 2009

To-Die-For Muffin

MissHaq's Mocha Muffin with choc chips
January 2009

I'm not kidding. This is the original name for this recipe. Tak caye??
But i did some modification since it's originally a blueberry muffin. BUT where got fresh blueberry in Malaysia..??? (some said you can get it at cold storage but where got cold storage in Bangi??). Jadi untuk tidak menghampakan diri sendiri dan peminat muffin semua..recipe ini didatangkan dalam sukatan yang amat sesuai untuk selera semua (eg coklat, orange, coffee, etc..)

The muffin: (mixture A)
a. 1 1/2 cups all-purpose flour
b. 3/4 cup white sugar
c. 1/2 teaspoon salt
d. 2 teaspoons baking powder
e. 1/3 cup vegetable oil
f. 1 egg
g. 1/3 cup milk
h. 1 cup fresh blueberries (Note: it can also be replaced with choc chips, almond, walnut, straberries, marmalade, anything you wish~)
The crumb topping: (mixture B)
i. 1/2 cup brown/white sugar
j. 1/3 cup all-purpose flour
k. 1/4 cup butter, cubed
l. 1 1/2 teaspoons ground cinnamon

Directions
  1. Preheat oven to 400 degrees F (200 degrees C). Grease muffin cups or line with muffin liners.
  2. To Make Muffin: Combine 1 1/2 cups flour, 3/4 cup sugar, salt and baking powder. Place vegetable oil into a 1 cup measuring cup; add the egg and enough milk to fill the cup. Mix this with flour mixture. Fold in blueberries. Fill muffin cups right to the top, and sprinkle with crumb topping mixture.
  3. To Make Crumb Topping: Mix together 1/2 cup sugar, 1/3 cup flour, 1/4 cup butter, and 1 1/2 teaspoons cinnamon. Mix with fork, and sprinkle over muffins before baking.
  4. Bake for 20 to 25 minutes in the preheated oven, or until done.


SELAMAT MENCUBA-KOLAY GELSIN!!

Monday, 26 October 2009

Sedapnya ABC~!

Saje nak abadikan video clip ni dalam Sacrosanct..sebab saya sangat suke..!!!
Teringat pula masa di Erzurum..teringin nak buat aksi yang same cam VC ni tapi tak buat pun sebab berjenis-jenis kacang, kacang merah, buah pala, buah nipah, jagung..ais krim~~~SEMUA TAK ADA..

paham ke?
maksud saya...pergi tempat menarik tapi kalo takde kawan nak main bersama..mane enjoy..hihihi..

Atuk pegi Kebun (II)

Sambungan kepada entry sebelumnya..
Pagi keesokkan harinya, aku bangun lewat..aku tak sihat..batuk selsema demam skit..

Aku singgah di rumah Wanchu just to catch up with the latest news...

Sebenarnya, Pak Yeop berlanggar dengan sebuah Mercedes Benz yang dipandu laju. Arwah dikatakan cuba sedang keluar dari persimpangan simpang empat..keadaan jenazah yang rentung menyebabkan ramai yang masih tidak menerimanya..van rusa Pak Yeop dikatakan dihentam kuat dibahagian pemandu, terseret dan berguling2 kemudian terbakar..Mercedes juga terbakar tetapi semua mangsa berjaya menyelamatkan diri walaupun tercedera.


Pemergiannya secara tiba-tiba begitu terasa..Orang yang sihat juga akan dijemput pergi jika sudah tiba masanya. Sudah tersurat di Luh Mahfuz segala yang telah ditetapkan untuk kita sebelum kita dilahirkan..persoalannya ialah BILA.. banyak pengajaran tentang hidup dan mati yang aku dapat... Semoga Ruh Pak Yeop diangkat Allah di kalangan hamba-hamba yang diredhaiNya..bersemadilah dengan tenang di sana...

"Sesungguhnya orang yang paling bijak di antara kamu ialah orang yang sentiasa mengingati mati.."

Wallahu Aa'lam..

Sunday, 25 October 2009

Atok pegi Kebun (I)

22 Oktober 2009, telah mencatatkan satu tragedi hitam dalam keluarga kami.
Jam 5.15 petang, aku telah terima berita mengatakan Pak Yeop (my eldest uncle cum my mum's eldest brother) telah dijemput ke Rahmatullah. Berita pemergiannya sahaja telah mengejutkan semua kerana Arwah dikatakan terlibat di dalam kemalangan.
Aku terima kejutan tersebut dan terus terlintas bagaimana mak aku nk terima berita ni..dengan sejarah strok yang sedia ada..aku panik, aku kerah adik-adik seme jejak di mana Ummi berada. Hampir sejam kemudian baru kami dapat menjejaki ibu, risau kami dibuatnya, khuatir ibu sedang memandu dan menjadi longlai setelah menerima berita tu. Mujur Ummi bijak menangani rasa longlainya dengan memendekkan perjalanan asal ke Bangi dengan menuju ke rumah abangnya di Cheras. Kami larang dia memandu lagi..

"Dok situ Ummi, jangan pegi mana-mana..Nanti Maya or Fiki datang ambik.."

"Maya...(Ummi nanges tersedu2..) Pak Yeop meninggal dalam kebakaran..accident, van dia terbakar, dia masih dalam van...api marak.."


Terasa waktu terhenti seketika...

Sekitar 6.30pm, aku tiba di rumah, cuba menyelaras bagaimana nak handle situasi ni, aku kat Bangi, mak kat Cheras, ayah kat subang, adik kat UM..aduhh..
Dapat pula maklumat terkini, mereka sepakat nak kebumikan jenazah a.s.a.p bermakna pada malam itu juga..ini bermakna kena pulang ke kampung dengan segera!!

Jadi aku buat panggilan telefon yang sepatutnya dan akhirnya kami berkumpul di Cheras, dan kami konvoi 2 kereta (keluarga aku dan keluarga pakcik aku)..setelah azan isyak kami pun bertolak..perjalanan ke kampung terasa dekat pada malam tu..
tiba di tempat kejadian, kami dapat lihat peninggalan tragedi hitam tu..semua tergamam..
Senyap..
jam 12.45 pagi kami tiba di Tanah Perkuburan Lubok Kawah, Lenggong..
dalam suasana suram, gelap gelita kami pimpin ibu..die kelihatan tenang..
Jenazah telah selamat dikebumikan, kami tiba ketika jemaah mula membaca talqin.
Aku tarik nafas panjang, air mata turun menderu...tak dapat ditahan lagi.
"Astaghfirullah..astaghfirullah..Allahummaghfir lahu, warhamhu, wa 'afihi wa'fu anhu"
Tak sangka aku akan mengunjungi tempat ini lagi, kali terakhir pada 10 bulan yang lalu setelah pemergian opah..

"Ya Allah..sesungguhnya MATI itu pasti..ampunilah aku..Ya Allah, ampunilah aku.."

makin deras air mata ni...


Maka bersemadilah jenazah Pak Yeop di sebelah Bondanya..Selesai semuanya, kami pulang...menyampaikan rasa takziah kepada Wan Yong, balu Pak Yeop.
Banyak tangisan..banyak tangisan pada malam itu..

(bersambung...)