Saturday 15 October 2011

Musafir itu..

Musafir itu menyeksakan..sebahagian dari Azab.
Itu kata Nabi saw..
Saya setuju..
Sebab saya tahu 'seksa'nya itu..
Nak sampai ke atas kenderaan cam dalam gambar ni, penatnya Allah je yang tahu.
Bila da mula perjalanan, letih semua dikumpul sambil menanti malam tiba..
Disebabkan itu jugalah Islam banyak memberi rukhsah @ keringanan seperti solat jama' dan qasar.
Tapi hari ini saya nak berkongsi ADAB dan SUNNAH Nabi Muhammad s.a.w. ketika bermusafir. Sama-samalah kita cuba mengamalkannya kerana semua mudah sahaja, dan ia memberi nilai tambah dalam urusan safar kita..dalam kata lain, perjalanan kita, penat lelah kita jadi pahala semuanya..InsyaAllah..
ADAB dan SUNNAH Nabi Muhammad s.a.w. ketika bermusafir.

  1. Niat yang baik.Destinasi yang baik. Jalan berjalan tanpa tujuan
  2. Solat 2 rakaat sunat sebelem keluar bermusafir (solat sunat safar)
  3. Rasulullah suka bermusafir pada hari Khamis, tak suka hari Jumaat. Elak safar jumaat, sebab nanti terlepas solat jumaat
  4. Mulakan perjalanan pada waktu malam-perjalanan terasa pendek
  5. Bawa bek kecil (at least). Rasulullah saw bila musafir baginda bawa satu beg kecil yang diisi siwak (berus gigi), sikat, cermin, celak dan midra ( kayu kecil yang baginda gunakan untuk membetulkan rambutnya.)
  6. Ucap selamat tinggal. Yang tinggal doakan yang bermusafir agar selamat,sentiasa berada dalam perlindungan Allah