Tuesday 20 January 2009

Ya..sepatutnya saya sedang menyiapkannya...

Sdri Maya,
E-mail Mr I di majukan dan di rujuk.
Apakah sebenarnya masalah anda?
Come and talk to me jika anda ada masalah untuk menyempurnakan Proposal tersebut. Dr. S juga saya percaya boleh membantu anda. Tetapi initiatif harus datang dari anda untuk bertanya dan berbincang. Di samping itu, anda juga harus manage your time wisely and have your priority right. Citrus, saya percaya is one genus yang banyak sekali past research on its genetic resource/diversity been done. Lapangkan sedikit masa untuk membuat literature review bagi mepertingkatkan lagi pengetahuan anda.Sila submit proposal berkenaan secepat mungkin.
Apa masalah saya...??
Adoi...ape nak jadi..?? ni dah kira kena warning..hukhukhuk!!
tadi tergesa gesa aku menelepon bos menceritakan keadaan sebenar..
mengapa aku berdiam diri adalah kerana aku dah MALU nak bagi alasan..(not that i always give excuses but i really had things in my way..) kenapa aku malu? kerana aku pemalu la..hehe..
tak lah..aku malu sebab kalo aku jadik bos pun aku takde masa nak dengar ALASAN nih.

macam2 ujian diberikan kali ni..bersambung2..takkan semua perkara nak dicerita kepada bos..macamla bos ada masa nak dengar pun kan..seperti kata muni..."tak pe Nya...PUPUK SABAR"
Laptop aku rosak sebaik sahaja aku berjanji kepada Mr. I aku akan hantar proposal secepat mungkin..
aku ingat masalah software jadi aku diamkan saja bila asik kena push, tapi rupanya masalah motherboard maka si hitam compaq kena dihantar balik ke kilang, cukup seminggu..tadi baru dapat amek..alhamdulillah masih under warranty jadi tak perlu bayar apa-apa..(harga motherboard ialah seribu ringgit tau)

jadi adakah alasan ini akan diterima selain alasan kereta ku dilanggar orang jadi aku aku da kehilangan dua hari untuk jadi produktif??

macam-macam alasan boleh diberi..
yang pasti alasan 'sibuk' menulis blog takkan diterima..kehkehkeh!

Wednesday 14 January 2009

1400 tahun lalu..

Maksud Hadith:
Rasulullah saw telah bersabda: Akan sentiasa wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.
Sahabat bertanya: Di manakah mereka itu?
Baginda menjawab: Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya.. (Hadith Riwayat Ahmad)

semasa saya mendengar hadith ini, saya menangis bersungguh-sungguh..
air mata menderu..
semasa saya menaipnya di sini, bulu roma saya meremang..bukan kerana takut tapi...

hadith ini berusia lebih 1400 tahun..
dan kini kita lihat semuanya di hadapan mata kita..
bukankah itu kebenaran??

Janji Allah dan Rasulullah saw...dan mereka berada di kawasan Baitul Maqdis dan sekitarnya..

Researcher 101

menyahut seruan keterusan hidup..saya sambung posting ini..


semalam saya bersembang-sembang bersama bos..

beliau mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat saya..

saya pula tak berapa gembira, ntahla..mungkin memikirkan tentang tanggungjawab yang perlu dihadapi bersama dengan kenaikan ini..

jadi bos saya ni bertanya..


"Ok maya, can u answer my question.. How can u be an excellent researcher??"

jadi saya pun berilah beberapa jawapan..

bos saya cakap.."saya hanya boleh beri 48 markah"..haha..48 jek? tercabar betul..tak sampai separuh..


jadi di sini saya ingin kongsikan jawapan bos saya..untuk manfaat bersama..


HOW TO BE A GOOD RESEARCHER


NUMBER ONE:

Improve your english in every aspect..kalau boleh grammatical error tu jangan ada dah..kena perrrfect.. kalau nak tahu hebat ke tidak, masa menulis in English tu flowwwww die cam tulis in Malay..plus no grammatical and spelling errors.


NUMBER TWO

Improve your skill in writing technical papers..banyakkan membaca dan menulis..belajar dari kesilapan


NUMBER THREE

Improve your statistic skills.. practice! practice! practice!!


NUMBER FOUR

Find your own niche area..don't be a jack of all trade but master in NONE..maksudnya jangan terlalu sibuk nak jadi all-rounder...we must be expert in something..


NUMBER FIVE

Build up a good research team.. Network..find people that u can work with and be working with..


NUMBER SIX

Manage your research wisely.. A good leader is a good follower..think of that!!

untuk terus 'hidup'..

assalamualaikum..

saya sedang di bilik karel perpustakaan mardi. saya sepatutnya menyiapkan proposal yang lama sudah patut disiapkan..takpela nak share skit je ni..

hujung minggu lepas, saya ada menyertai muzakarah..selepas selesai kelas.. ada yang bertanya kepada Rendra..macam mana ye orang Palestin tu boleh hidup dalam keadaan yang begitu gawat..? masih ada yang berniaga sambil menanti bom yang bakal jatuh..kanak-kanak masih boleh ke sekolah..setiap hari..dan jika rakan mereka mati, mereka masih boleh melangkah pulang, dan masih ke sekolah pada keesokan harinya..ermm..

Rendra menjawab.. hidup mesti diteruskan..dengan meneruskan rutin tersebut membolehkan mereka rasa masih lagi hidup normal..seperti manusia-manusia lain..bayangkan jika Malaysia diserang sebegitu rupa..agak2 nya la..boleh ke anak-anak kita ke sekolah dengan muka selamba..boleh ke kita terus ke tempat kerja dan meneruskan rutin seperti biasa???

sama-samalah kita fikirkan..

Rendra saya pergi berjuang..saya doakan dia berjaya.. " 'Isy azizan amut shahidan!!"

Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out

Bisilaahil haqqil battari
By the weapon of truth
Sanu harriru ardhal ahraari
We'll free the land of the free
Wanu`eedul tuhraa ilal qudsi
We'll return the pureness of Islam to Al-Quds
Min Ba`didh-dhuli wadhal `aree
After our weakness and our humiliation

Wa sanamdhi Nadukkum-Ma'aqilahum
We'll carry on bring down their fortresses
Bi dawyyin Daamin Yuqliquhum
With strong sounds that will scare them
Wa sanam hul `ara' Bi`ayy-deena
We'll erase our humiliation by our own hands
Wa biqullil quwwati Narda'uhum
With all force we'll stop them

Lan Nardha Bijuz-in Muhtallin
We'll never accept a slain part of our lands
Lan Natruka Shibral-lildh-dhulli
We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with.
Satamourul ardhu Wa tahriquhum
The Earth will burst in flames and burn them
Fil ardhi Baraakeenun Taghli
On Earth there are volcanoes that are boiling
(he's pointing to how much Muslims have in their hearts
from having their lands slain rights taken)

Tuesday 13 January 2009

sama tapi tak serupa

Keadaan blog ni agak tegang, jadi kita perlukan sedikit senyuman.. =)

Agak-agaknya la..korang boleh tau tak apa perkaitan di antara dua imej nih..??
Nenek saudara saya kata..
"Cantik nya KLCC ni, putih bersih macam periuk kukus siam.."
Agak-agaknya la.kalo kita susun periuk kukus ni tinggi-tinggi memang boleh..jadi Menara Berkembar Tiga Kuala Lumpur. Ngeh..ngeh..ngeh...

Monday 12 January 2009

lihat tangan itu..

Kelmarin Rendra tunjuk pada kami gambar-gambar dia..
kelakar btul dia nih..tunjuk gambar muka dia jek..tapi takpe la..layan..
gambar dia ada yang dok tunjuk No. 1.
so Rendra bercerita..mase dia nak pi print gambar2 tu, orang di kedai tu tanya.. "Orang lain amek gambar tunjuk 'PEACE--dua jari", apsal awak punya gambar semua tunjuk satu?"
Rendra jawab.."Tuhan tu Satu kak.."

Lihat gambar ini (banyak lagi di sini), anda fikir apa yang sedang saudara (yang mati syahid) ini hadapi ketika ajalnya sampai..?? tangannya menunjukkan "satu"..saya bersangka baik bahawa beliau sedang mengucapkan "Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah"
Mati syahid--sebaik-baik cara untuk kita kembali kepada Tuhan..semoga beliau di kalangan syuhada' yang gembira bertemu denganNya..

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang" "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " (89:27-30)

Sunday 11 January 2009

boikot 729

JIKA anda masih lagi makan di McD, anda sepatutnya
MALU pada diri sendiri..
teguklah Coke yang
dingin itu..sedapkan?? memang la sedap, sebab tu darah saudara-saudara kita di Palestin..


keadaan di Gaza masih tidak menunjukkan tanda akan reda
rejim zionis gila semakin gila
menjanjikan Holocaust terhadap rakyat palestin
lebih 900 rakyat palestin telah terkorban semasa saya menulis posting ini

saya benci Israel..
saya akan cuba sebaik mungkin untuk memulau produk2 Israel dan Amerika..

Ramadhan yang lepas, saya telah bergaduh dengan seorang kawan (bulan puasa nih..ishh..dah cuba untuk tidak bergaduh, tapi sabar ada batasnya..)

beliau bersunguh-sunguh untuk mempromosikan produk kesihatan buatan Amerika kepada saya..saya agak tertarik dengan produk yang dipromosi, saya tetap menolak untuk membeli produk tersebut kerana ia adalah buatan Amerika.

Pendirian saya ketika itu adalah untuk memulau produk-produk yang secara langsung dihasilkan di Amerika, saya agak berdiplomasi dengan produk2 Amerika yang dibuat di Malaysia, dengan menggunakan konsep lebih "kurang" mudharatnya (less severity)..kerana jika ia dibuat di Malaysia, ia adalah sumber rezeki kepada penduduk negara ini dan secara langsung menyumbang kepada pembangunan negara.

Kawan saya ini, tidak boleh menerima pendirian saya, lalu melabelkan saya sebagai HIPOKRIT. terima kasih kawan, kerana telah melabelkan saya begitu..labelkan saya apa saja, saya tetap dengan pendirian saya..
"saya tidak mahu menghantar peluru kepada saudara-saudara saya di
Palestin.."
makin menjadi-jadi marahnya pada saya..dia kata saya hina dia..bagaimana pula saya menghina dia, sedangkan saya cuma menjelaskan mengapa saya tidak mahu..

persahabatan kami terjejas kerana insiden ini..tapi saya redha kerana saya lebih sayangkan saudara-saudara saya di Palestin..

pendirian saya sedikit berubah sekarang. saya akan cuba sebaik mungkin..

tidak lagi menggunakan konsep "less severity", saya akan guna konsep "pasti ADA ALTERNATIF". jika dah kemaruk nak minum Coke, nak makan KFC klik sini. siapa kata tiada alternatif???

JADI MARI KITA BOIKOT!!

kepada 'kawan' saya..
harap2 awak dah paham maksud peluru tu..sebab peluru kiriman awak dah sampai di Gaza..

malu dan emosi

salam

saya malu dengan posting sebelum ini.
saya malu mengeluh dengan apa yang Allah uji pada saya..
saya malu kerana saya sepatutnya redha dengan ujianNya...
saya malu kerana saya sepatutnya cekal dan yakin bahawa ujian ini adalah kerana Allah masih sayang pada saya

Thursday 8 January 2009

PROMOTED and dented

today: we got our promotion~from Grade 41 to 44. Alhamdulillah (",)
today: my savvy got dented. A lousy old man in his lousy mercedes simply bumped into the driver door..and as usual, all this happened with me not in the car..my mum borrowed my car for she had an appointment with a dentist (since her car is still in the workshop, also dented-got hit by a wildboar).
tak mood ah..

nak pergi turki ni, keje pun byk nk kena setel b4 pegi..tambah plak, kete kemek, hujan air masuk kot pintu...aduh..nk parking kat mane nih..kena pinjam parking Dr. Usop la camni..ekeke..
i wish i have a companion to help me sort this thing up..dah penat urus seme benda seorang diri.. erm..tapi kalo ada lousy companion same jugak..kena buat sendiri..

sekian terima kasih..

Wednesday 7 January 2009

Manusia jahat!! Manusia ke depa ni??

Surah AL-Fath ayat 26 dan 27:
Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliah(yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegangkepada "Kalimah Takwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Takwa" itu serta menjadi ahlinya dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

DOA QUNUT NAZILAH
Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman,penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.

Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.

Dari Abu Hurairah RA :"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi
Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).

Qunut Nazilah - Doa memohon perlindungan dan menangkis balik kejahatan musuh.

"Ya Allah, kami letakkan kamu di batas leher musuh kami, dan kami
berlindung denga-Mu dari kejahatan mereka, ya Allah! leburkan kumpulan mereka, cerai beraikanlah akatan mereka, goncanglah pendirian mereka, hantarkan anjing-anjing kamu ke atas mereka, wahai Tuhan yang penuh raksaksa, wahai Tuhan yang gagah perkasa, wahai Tuhan yang bersifat murka, ya Allah, ya Allah, ya Allah, wahai Tuhan yang menurunkan kitab, wahai Tuhan yang mengerakkan awan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami keatas mereka"

Tuesday 6 January 2009

Panjang umur..

hurm..

siapa tanak umur panjang?
angkat tangan..hehee

but for me, pendek atau panjang masa yang tuhan beri, keberkatan sepanjang tempoh tersebut tidak kurang pentingnya.
umur panjang, tapi dosanya pun sama panjang..takde gunanya..huhu.

tiga minggu lepas Pak Yeop berkongsi tips panjang umur...
kata Pak Yeop...

Panjang umur ni, bukan pada berapa tahun kita hidup..
Panjang umur ni, terletak pada berapa banyak amalan yang kita boleh buat..diterjemahkan dalam bentuk umur..

mari kita amek satu contoh mudah..

Lailatul Qadar, Allah janjikan bagi hamba yang mencari malam tersebut..kebaikan lebih dari seribu bulan..

1000 bulan = 83.3 tahun (wow!!)

bayangkan jika setiap tahun kita berusaha sebaik mungkin untuk mencari malam Al-Qadar..

1000 bulan X 10 tahun = 833 tahun

bukan ke panjang umur namanya tuh??

hurm..fikir-fikirkan...

bila kromosom Y menjadi ukuran.

Mungkin aku ni terlalu banyak pikir benda yang aku tak perlu pikir..
tapi nak pikir gaks..

masyarakat kini sentiasa di'ajar' tentang kesaksamaan di antara lelaki dan perempuan. dalam erti kata, peluang dan apa saja akan diberikan secara adil, tanpa mengira gender..

tapi situasi sebaliknya tetap berlaku..berikut adalah petikannya..

Encik ABC: haa...ada pun awak..puas dah saya cari PEGAWAI LELAKI..tapi
sorang pun takde..
Cik XYZ: Kenapa Encik ABC? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
Encik ABC: Takde...ni haa..saya nak minta cop dan tandatangan 'certified
true copy'
Cik XYZ: Hah?? (Dalam hati) sambil tersenyum dan terus
menyampaikan hajat Encik ABC.

Persoalannya..kenapa isu gender timbul dalam benda kecik camnih? Cop dan signature perempuan kurang kualiti atau kurang impak ke???
(kepada lelaki2 yang membaca posting ini, persoalan di atas hanya ditujukan untuk Encik ABC. harap maklum)

amatlah terserlah selama ini aku ni memang last choice die..last resort..tak paham2 lagi..? bile dah takde orang lain, baru carik AKU ( AKU yang dinafikan hak konsessi kromosom Y sbb kuota kromosom aku dah didominasi oleh dua kromosom X...) dah lame perasan tapi aku nafikan..sebab sebelum ni aku dok pikir ape la kekurangan aku..aku nak perbetulkan la..

dah..toksah pikir lagi..TITIK!

dia yang bermasalah. bukan aku...

ibu kepada ibu saya..

24 Disember 2008--opah saya telah kembali ke Rahmatullah.sebaik2 tempat kembali.
opahku sayang..tiada kata dapat diucapkan..segalanya masih segar dalam ingatan..
rupa-rupanya opah ke Kuala Lumpur kali ini untuk ucapkan selamat tinggal pada kami..
"di mana ni?~rumah siapa ni?~ada nasik?"
bila umur opah panjang..opah banyak mengajar..masih segar dalam ingatan setiap kali sampai di tangga rumah opah, kami cuba berjalan senyap-senyap di atas lantai kayu tu..kelihatan lampu terang di dapur, opah tengah sibuk menyiapkan santapan untuk kami walaupun kami tiba jam 3 pagi.bila nk balik KL, opah hadiahkan kami pelbagai bekalan..seronok bila tolong opah kemaskan bekalan..
bila opah 'tersedar' dari nyanyuknye..muka opah pasti berubah, senyum..sambil mata memerhati dan meneliti..
bila opah terlantar hari tu, tercungap-cungap..opah haus..tapi tak boleh cakap..opah demam..aku bantu semampunya..aku masuk bilik nanges sorang2..sedih..
bila opah dah tak bergerak lagi, sayu btul..
bila mandikan opah, kafankan opah..sayu lagi..mengenangkan kita semua pasti menuju ke 'sana' juga..
bila opahku tidurnya panjang..tenang sekali..
terima kasih opah..sebab lahirkan ummi..kami rindu opah..tunggu ye opah, kite jumpa di Jannah nanti..

..opah's legacies..

~EID 1429H~kampung kota tampan ayor, lenggong, perak..