Thursday 25 July 2019

Cerita lama di naskhah baru

Assalamualaikum wbt

Post terakhir saya di blog lama saya sebelum ini adalah pada 27 Ogos 2012. Hampir 4 tahun sudah berlaku.
Bermacam-macam ingin saya kongsikan tentang pengalaman haji saya. Belum diizinkan Allah.

Di dalam post tersebut saya merintih sedih kerana mengenang nasib yang masih bersendirian. Belum sampai jodoh. PERLU lawan MAHU. Hikmah Allah itu mengatasi segalanya.

Allah jemput saya ke Tanah Suci untuk tunaikan Haji.
Pulang Haji saya bertemu dengan pasangan hidup saya.
Alhamdulillah pada 16 Ogos 2013 hajat saya Allah makbulkan.

Kini kami sudah mempunyai seorang cahayamata yang comel.
Segala puji untuk Allah.
Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.

Atas dasar syukur saya akan cuba kongsikan segala ilmu yang ada untuk perkongsian bersama.
InsyaAllah.

Tuesday 23 July 2019

I'm back!

MashaAllah
Tabaarakallah
Alhamdulillah
Allahuakbar.

Dah 7 tahun blog ni aku tak berjaya login.
Tiba-tiba hari ni boleh.
Jangan tanya macam mana.
Aku tak tahu.

Apa pun, terima kasih Allah.