Monday 7 December 2009

Aku Emo hari ini


Perjalanan hari ini:
Hari ini aku tak berapa sehat..
Pastu kawan aku datang dari jauh datang..
Jadi aku decide untuk declare hari ini sebagai hari cuti
sebab aku mmg tak berapa nak ade mood..
Batuk terok aaarr..sakit kepala batuk kuat sangat
************
Maka..
Berrtemulah 3 sahabat yang sudah lama tidak bertemu..
sembang..
Rindu btol aku kat minah sebelah aku ni..
Perut die makin membuyung membawak anak pertama beliau
Comel..
Tapi tak puas la jumpe minah ni. Bile plak nak jumpa lagi ye..
************
Mamat depan aku ni makin sehat la..Kata minah sebelah aku la..
Aku pun same. Sihat..
Aku rindu gak kat mamat depan aku ni.
Da lama tak sembang "bodo-bodo" dengan die.
Tapi hari ni die serius la..takut aku..
Akhirnya 'terpaksa' sembang pasal keje.
Bosan btol..siang malam pikir & sembang pasal keje..
Mamat ni asik tanya aku nak g mane lagi pasni??
Maklumla aku ni salu mengembara (kununnya)
Da jadi timbalan pengarah ke? Bile aku explain,
die simpulkan aku sebagai kuli serba boleh...very smart..LOL
Jawapan yang kalau boleh aku nak jawab:
AKu kuli serba tak boleh..
Aku penat, kalau boleh aku nak semua ni berhenti kejap..
Sebab aku rasa seperti aku kehilangan sesuatu
Aku nak berhentikan mase supaya aku boleh caik apa yang hilang tu
Atau...
Boleh tak aku nak jadi suri rumah. tapi suri rumah siapa kan?? hahahaha
(tapi semua jawapan ni terbelenggu dalam kepala aja)
************
Mungkin hidup ini rasa agak kacau bilau kerana sudah tiba masa untuk dinding uterus ku gugur bulan ini..aiyakkk hormon..hormon...tolong jangan buat aku begini..
Jam menunjukkan kol5, serba salah nak balik, malas nak berasak-asak dalam kesesakan lalu lintas. ditambah pula hasutan rakan2 supaya aku pegi shopping..Aku plak takde mood..
Jadi aku masuk kereta, caik jalan keluar, dan terus buat keputusan untuk ke masjid. Dari masjid itu aku boleh lihat shopping place yang 'sepatutnya' aku pegi tadi. Aku tenang di sini. Jadi ini keputusan yang betul. Tempat terbaik untuk aku caik ketenangan dalam jiwa kacau bulan ni.
************
Masjid ini sunyi. Tiada sesiapa.
Aku solat dan baca Quran.
Hati aku merintih sedih tapi tiada sepatah pun yang terucap.
Tapi Yang Maha Mendengar pasti telah mendengar segala yang terbuku di hati.
Itu sudah cukup.
************
Sesudah maghrib berjemaah, hujan turun lebat..
Aku teruskan juga perjalanan pulang.
Di dalam kereta aku dengar lagu ini
inilah rintihan hati aku.
Beza aku yang dulu dan sekarang.
Banyak lalai..huk huk..
Oh Tuhan, jangan biar aku hanyut..
Natijah hidup hari ini mungkin kerana kelalaian aku
dari mengingatiMu
masukkan aku dalam senarai K.I.V. Mu..huhuu..
************
Sejenak ..
ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya .. Ohh

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku

Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali
Jalan ku lalui

Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi
Terasakan ... terbuka
Kunci pintu hatiku
Timbullah ketenangan
di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Membaralah cinta
Milik-Mu Yang Esa
Selamanya...
Pada-Mu selamanya .. oh...
Selamanya...

Sunday 6 December 2009

I'm not very lucky in love


Saya suka bunyi gitar
Saya selalu berangan saya pandai bermain gitar
Saya suka ayat-ayat indah
Tapi saya tidak berangan untuk jadi puitis

Tapi gadis yang seorang ini punya kedua-duanya
Gitar, ayat-ayat indah dan suara yang enak sebagai bonus.
Siapa dia, dialah Ana Raffali...

Hujan Bunga di Kuala Lumpur, lagu yang semakin diterima dan sering kedengaran di corong-corong radio (ade lagi ke radio bercorong nih :P)

Liriknya indah..saya petik dari blog Cik Ana Raffali. Boleh klik sini juga.
Meh layan..


Ramalan kaji cuaca kata
aku kan jatuh cinta
tapi tak pula beritahu dengan siapa.
Lalu hari ini ku berlari
mencari-cari
si dia yang bakal miliki hati ini.
Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.
Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.
Ikut rasa ingin sahaja
aku hampirinya
tapi ku takut apa pula kata semua.
Bukan senang untukku meluangkan masa ini
sekadar peluang mengisi
ruang kosong hati.
Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.
Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.

Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2007 anaraffali muzik ent.)