Thursday 29 September 2011

Three in two years

Reminders from the Vice Chancellor of UPM during Oath Taking Ceremony this afternoon:

3 things all scholars should target upon graduation:
  1. Originality of your work, findings (new/novelty)
  2. How does your work/findings contributes to body of knowledge (filling the gaps, expanding new knowledge)
  3. It must be publishable.
Last but not least, HAVE FUN along the way...ok!

turn me ON


Aku selalu teruja bila berada bersama orang bijak pandai..
Bagai disuntik semangat baru tatkala memdengar bait-bait ilmu yang keluar dari mulut mereka..
Prof. Dr. Ajmal M. Razak Al-Aidrus

Aku mudah terkesima dengan bahasa-bahasa indah ahli pujangga
Terfikir dari mana datangnya ayat-ayat cinta yang indah belaka.

Dihujung fikiran aku...

Ingin jadi di kalangan mereka yang berilmu dan ghairah berkongsi ilmu mereka.. Ya Allah, berkatilah mereka, dan jadikanlah aku salah seorang dari mereka.. Al-'Aalim yang Tawadhu' InsyaAllah.

Amin.
Amin.
Amin.

p/s: teringin nak kembali ke zaman dahulu, di mana pencari ilmu tak perlu bekerja keras mencari rezeki, boleh tumpu pada ilmu, menghadap guru..tapi mencari rezeki itu juga jihad kerana sebaik-baik manusia adalah mereka tidak meminta-minta. Semoga Allah bantu aku yg dahaga ilmu ini mudah mencari rezeki dan ilmu serentak.

Wednesday 28 September 2011

ohhoyyy there..

Saya ada satu tabiat.
Tabiat saya ialah apabila saya jengok blog, mesti mahu tengok siapa datang jenguk blog saya (walaupun tak ramai pun yang jenguk kan...hehehe)
tapi hari ni nampak ada orang rusia jenguk, sebelum tu orang australia, kadang2 amerika, tidak kurang juga indonesia..dan pastinya orang Malaysia terchenta.
Kepada anda yang sudi menjengah teratak hamba mencurah rasa ini, terima kasih saya ucapkan.



Tetiba saya terpikir, teringin jugak saya nak tahu..pembaca istimewa yang datang ziarah blog saya ni, buat apa untuk kehidupan. lagi pulak yang duduk jauh-jauh tu, di perantauan...ANDA SEDANG BUAT APA TU? so, consider yourself tagged.haha!

Jadi sudi ke memberitahu saya? Tak perlu tulis nama, misteri, hamba Allah seme saya terima. cuma tulis la lokasi terkini anda..dan apa yang sedang anda lakukan di tempat anda. semua ini boleh la anda tulis di bahagian komen...

Kenapa saya nak tahu?

Sebab saya ini seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Soalan saya selalunya bodoh2 je, tapi saya tak kira, janji ia memenuhi tuntutan naluri ingin tahu saya..tambahan, saya juga pengembara juga, cuma bila saya mengembara, saya tiada peluang untuk bercerita pengalaman saya secara detail. Akhirnya, saya bermonolog sahaja di dalam hati, menceritakan pengalaman kepada diri sendiri. What to do..?? huhu...

Jadi sudi-sudilah berkongsi. Saya tidak mempunyai apa2 agenda tersembunyi. Cuma ingin tahu. Kerana mengetahui benda baru membuatkan saya rasa hidup dan teruja..

Mekacih..!

Friday 9 September 2011

ada tapi tiada

biar tentu tiada
hilang bikin seksa..
biar tentu putus
kasih tak haus..
biar tentu kosong
boleh cari penyewa..
biar tentu habis
dosa tak ditulis..

berat sungguh ujian ini..kalau lah teriakan boleh menyelesaikan, dah lama aku berteriak. namun atmaku masih rasional..cuma rasionalku kadang-kadang hilang rakan karibnya yang namanya sabar..

Tuesday 6 September 2011

kisah tiga: to celup or not to celup

pada suatu hari raya, seorang gadis didatangi sepasang tetamu. tetamu berkenaan teringin sangat untuk melawat air terjun berdekatan dengan rumah gadis itu. Maka gadis tersebut membawa sepasang tetamu tadi bersama adik-adiknya.

Sambil berjalan-jalan menghayati kecantikan sungai itu, tiba-tiba adik gadis masuk ke dalam sungai untuk mencelup kaki. mungkin kerana tidak tahan dengan 'godaan' sungai itu.

Maka telah berlaku dialog berikut di antara gadis itu dan salah seorang tetamu itu..

Tamu: Adik awak akan kahwin dulu.
Gadis: Kenapa pula?
Tamu: Kerana dia celup kaki dalam sungai sebelum kamu.
Gadis: Oh...gitu ke?
Tamu: Apa kata awak juga pergi celup kaki di dalam sungai
Gadis: (menggeleng sepeti tidak berminat)
Tamu: Aik?? Awak tak mahu kahwin ke? Jangan macam tu
Gadis: Saya hanya akan celup kaki kerana saya nak berbuat demikian, bukan semata-mata awak yang suruh apatah lagi kerana kerana nak kahwin dulu.

Pengajaran: Jangan gopoh. Fikir dahulu. Buatlah sesuatu dalam keadaan berfikiran waras, bukan kerana ikut-ikutan. Chill laa...hehe

*ini adalah kisah benar yang telah berlaku kepada penulis pada minggu sebelumnya.

Monday 5 September 2011

kisah dua: terang tu mudah..gelap tu susah..

pada suatu malam, seorang lelaki berjalan di suatu lorong, dan beliau terjumpa dengan seorang kanak-kanak yang sedang mencari sesuatu di bawah lampu. maka lelaki itu mendekati kanak-kanak tersebut, dan bertanya:

pakcik: kenapa nak, anak cari apa ni?
budak: duit saya hilang pakcik..
pakcik: di mana duit kamu hilang?
budak: tuuuuu..kat tempat gelap tu..
pakcik: ??? (bingung) kalau duit anak hilang di sana (di tempat gelap) kenapa anak mencari duit itu di sini (di bawah lampu)
budak: sebab kat sini terang pakcik..senang nak carik..


pengajaran: kalau kita asyik guna jalan mudah untuk selesai masalah @ capai sesuatu, kemungkinan untuk berjaya tipislah. kerana kejayaan tidak datang ke zon selamat, tetapi anda harus pergi ke zon berani untuk bertemu dengannya.


*penulis berkongsi kisah yg didengar beliau di dalam radio ikim.fm petang tadi.

kisah satu: separuh nyawa atau seluruhnya

kisahnya begini..


seorang professor telah menaiki sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. semasa di dalam bot, professor telah bersembang dengan pendayung bot yang lebih kurang begini bunyinya..



prof: incik ni memang kejenya mendayung sampan aje ke? takde ke belajar benda lain?

pakcik: ya. ini jelah keje saya. saya takde belajar benda-benda lain.

prof: owh..sungguh rugilah incik. keadaan sebegini seolah-olah incik sudah kehilangan separuh nyawa.

pakcik: hurmmm..(iyekan aje)

prof: incik, incik ni ada ke simpanan untuk masa depan. keje ni tak menjamin..

pakcik: takde..saya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

prof: owh..ini lagi satu kerugian, boleh hilang lagi separuh nyawa!

pakcik: (angguk-angguk)