Saturday 29 May 2010

Andai kau tahu

Sila baca dengan nada syair..hehehe...
Andai kau tahu
Kau yang ku mahu
Andai bisa lidah ini bicara
Kau yang ku mahu
Andai jari jemari ini bisa mencoret
Kau yang ku mahu
Kerana segalanya jelas di matamu
Andai kau dapat melihat
Bicara yang sama di mataku
Andai dapat ku luah perasaan hatiku
Kau yang ku mahu...

Ya, saya gilakan kereta ini..saya betul betul gilakan kereta ini. Munasabah? Pastinya..tunggu dan lihat nanti..

Korang penah tak lihat mata orang dilamun cinta? Pepatah melayu ada berkata,

"dari mata turun ke hati.."

tapi sebenarnya signal ini dua hala..sebab..

"dari hati juga boleh naik ke mata.."

Bab mata ni unik skit.maybe it's a gift..for those who know me, you will notice my eye's unique feature..>>don't have to say it, because i can sense it..i can see it in your eyes..the best was like 5 years ago..the affection in his eyes is unforgettable until now..

Sometime even when i sensed it, i always have this 'sangka baik' mode. so most of the time i just ignored it..but then..later on it will make sense..but most of the time it was too late.. I am slow, aren't I? hahahaha!!!! There are a few more recently, different pair of eyes..well, admiring is ok because i admire people too..but as i said, i can see it in your eyes..but don't worry..none taken when none was said..so if you really mean it, say it out loud..no need to juggle around~ :P

Friday 21 May 2010

450ml bendalir merah

Salam..

Hari nih aku berjaya derma darah..
Cubaan sebelum ini iaitu pada bulan Januari penuh drama..
Drama: Jururawat terkial-kial, banyak masalah..darah tak keluar, tangan bengkak..aku naik hangin

Hari nih aku pergi lagi..
Kali ni aku ade strategi..cuba elakkan jururawat yang sama..(setelah melihat makcik tu ade..huhu) aku buat2 telefon bile die datang approach aku..aku tunggu sampai dia attend orang lain baru aku ambik tempat..hehehe..
Alhamdulillah, everthing went well..sebab Jururawat lain yang attend aku.. yeaaayyyyy!!
Bila selesai, aku tengok budak 'malang' yang dicucuk oleh makcik tu bengkak jugak..siap kena sapu ubat...ahah!!! tapi mungkin kebetulan..anyway aku happy OK~

Membelek-belek buku derma tu, dah SEMBILAN tahun aku berkongsi bendalir merah yang suam-suam mengalir ke dalam beg khas tu..aku tengok sekeliling..
syukur sebab ramai yang sudi menderma..tak mengira bangsa..

Biar apa pun warna kulit kita, darah kita tetap sama..merah warnanya..yang membezakan hanyalah jenisnya, A,B,AB dan O. Kalaulah kita ni kedekut, jadi kita dermalah untuk kerabat sebangsa kita sahaja..kan? kan? Buat ape derma untuk orang lain kan? Kalau dah benci bangsa lain, jangan terima darah mereka..cari la kaum kerabat sebangsa kita tu..
Tapi kita tak kisah darah kita pergi pada siapa kan..? asalkan ia bermanfaat untuk menyelamatkan nyawa mereka kan..? Pasti kita juga berharap, jika suatu hari nanti kita pula yang memerlukan bantuan yang sama..berbeg-beg bendalir merah menanti kita juga.

Jadi janganlah kita ni mudah membenci kerana hakikatnya kita sama sahaja..darah kita sama.
Jangan kedekut! Mari Menderma!!!!

Thursday 20 May 2010

Tudung & Aurat: Bi-set @ Subset

Salam..
Terpanggil untuk berkongsi artikel ini berkenaan Tudung dan Aurat..
Aku sendiri selalu juga mati kutu bila nak beri komen bila dihadapkan dengan soalan seperti

"Pakai tudung tapi perangai buruk..."

Boleh paham gambarajah ni?? Ini bukan telor mata lembu atau telor masin.

Gambarajah bulatan ini akan dapat difahami setelah anda fahami erti sebenar tudung dan aurat dalam artikel ini. Kemudian anda buat keputusan, apakah hubungkait tudung dan aurat-- A atau B?

Monday 10 May 2010

Tuah Budak Bertuah

testing..testing from Tawau, Sabah..

Entry ini untuk Ibuku, Penawar Hatiku..

Masih anda ingat entry ini "Budak Bertuah" boleh klik jika belum baca, jadi anda akan lebih paham entry ini..

Setelah aku pulang ke Malaysia selepas merantau di Bumi Allah..
Aku suka bercerita pengalaman-pengalaman aku di sana..suatu hari aku beritahu Ummi (Ibu) tentang insiden-insiden 'wish come true' di sana..
Ummi hanya tersenyum dan menjawab..
"Maya tahu tak setiap hari doa Ummi untuk Maya tak pernah lekang..Ummi doa
urusan Maya sentiasa dipermudahkan.."

Masa tu aku rasa memang akulah manusia paling bertuah dalam dunia..siapa yang tak bertuah mempunyai ibu..yang sentiasa berdoa untuk anak-anaknya.. Doa ibu bagaikan perisai aku..tuah aku..

Tapi sejauh mana daya anak untuk sentiasa ingat pada ibu mereka..sedangkan ibu sentiasa mengingati anak-anak? Setiap hari bila aku tengok wajah Ummi..makin ketara kedut di matanya..makin banyak uban kelihatan..hati kecil aku pasti berkata..
"Ya Allah, kau berkatilah umurnya, biar berbaloi setiap kedutnya, uban di kepalanya, sakit badannya.. Ya Allah, apalah dayaku nak membalas jasanya yang pasti tidak mampu ku balas.."
Rasulullah pernah berpesan, ganjaran berbuat baik pada kedua ibu bapa sama ganjarannya seperti berjihad di medan perang". Jadi kita mesti work smart..
Aku harap 'tuah' aku berpanjangan..sentiasa dilimpahi kerahmatan..

Friday 7 May 2010

Airadiana!!

Dee soh jawab..
  1. What is your name : Maya
  2. A four letter word : Mint
  3. A boy's name : Mika
  4. A girl's name : Minah
  5. An occupation : Matador
  6. A colour : Magenta
  7. Something you wear : Mask
  8. A food : Muffin
  9. Something found in the bathroom : Mat
  10. A place : Malang, Indonesia
  11. A reason for being late : Missed the juction!
  12. Something u shout : Mangkoook!!
  13. A movie title : Maria Mariana..ngeeeeee
  14. Something u drink : Milo ais
  15. A musical group : Michael learns to rock..(this is the hardest Question)
  16. An animal : Mice
  17. A street name : Must be the other street..hehehehe
  18. A type of car : Murano!

People with M as the 1st alphabet in their name..YOU ARE TAGGED!!~

check this link for the rule

Monday 3 May 2010

frankly pranko

Pranko tu setem (Bahasa Indonesia. Bibik aku ajar..)..
Ada kawan aku yang aku suka panggil dengan nama tu, teringat plak kat die.. :P

Hari ni nak citer pasal berterus-terang..
sejauh mana kemampuan aku..??
mari kita mulakan..

Disclaimer: Ini cerita benar. Jadi saya harap orang itu tidak baca..

Pada suatu malam, aku bersama ibu dan abang pergi menghadiri satu konsert amal..

Maka ada sorang Macha ni jadi MC untuk konsert tersebut..Macha ini sangat kami kenali kerana suaranya sering ke udara di corong-corong radio..dan gaya macha ini selalu menjadi bahan ketawa kami adik beradik..
(Disclaimer: Gayanya sahaja yang menjadi bahan ketawa..)