Wednesday 28 September 2005

BACAAN AL-QURAN: akan sampai kepada orang mati atau tidak??

Disediakan oleh Ustaz Hussain Yee Abdullah
Pegawai Mubaligh PERKIM

assalamualaikum warahmatullah..

dah lame jugak tak menulis di blog nie. dah tiba masa kite berkongsi perkara penting yang sememangnya isu sensitif di antara kite..sama-samalah kite mengambil pengajaran..

**segala keterangan/dalil/hadith yg bakal tertera hanya dapat dikemukakan dalam bentuk 'maksud' dalam bahasa melayu kerana aku sendiri tak tahu macam mane nak masukkan tulisan arab dalam blog ni..maka rujuklah pada AlQuran/kitab yang dirujukkan kepadanya...**

Bismillahirrahmanirrahim


  • Pendapat Ulama' Tafsir

a. tafsir Ibnu Katsir

Ibnu katsir memberi ulasan mengenai firman Allah yang maksudnya:

"ataukah belum diberitakan kepadanya apa-apa yang ada di dalam kitab-kitab (shuhuf) Nabi Musa dan isi (kitab-kitab) Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji? iaitu bahawasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya, dan bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna" (An-Najm: ayat 36-41)

makna ayat ini ialah: tiap-tiap jiwa (orang) yang berbuat zalim atas dirinya berupa kufur (tidak beriman) dan berbuat sesuatu dosa maka dosanyaitu tidak akan dipikul oleh orang lain. demikian juga apabila orang itu meninggalkan sesuatu beban tidak akan menanggung beban itu walaupun keluarga sendiri.

kemudian dia berkata: adapun makna ayat "sesungguhnya seseorang tidak akan mendapat melainkan apa-apa yang telah diusahakannya," maksud ayat ini ialah bahawa bila seseorang itu tidak akan dibebankan dosa orang lain tentu dengan sendirinya dia tidak akan memperoleh melainkan juga hasil usahanya sendiri untuk dirinya...

dari ayat inilah Imam Syafi'i dan para sahabatnya meistimbatkan (=mengeluarkan/menetapkan sesuatu hukum) bahawa menghadiahkan ganjaran bacaan AlQuran untuk orang mati itu, tidak akan sampai kerana bukan hasil usahanya sendiri. berdasarkan ayat inipula Rasulullah s.a.w tidak pernah menganjurkan kepada umatnya untuk berbuat demikian, kerana tidak ada nash yang tegas atau hanya isyarat saja membolehkannya. begitu pula tidak ada riwayat yang menerangkan bahawa para Sahabat Nabi pernah melakukannya..**

**Rujukan: tafsir ibnu katsir juz: VI hal. 462 baris ke 5

kalau sekiranya perbuatan ini termasuk sesuatu yang baik, menurut pandangan agama, tentu para sahabat akan berlumba-lumba untuk mengerjakannya. perlu diingatkan bahawa masalah agama ataupun Qurbah, memerlukan Nash yang tegas dari agama, bukan hanya berpegang kepada Qias atau pendapat-pendapat yang tidak ada dasar dan dalil Qath'i.

adapun doa anak soleh yang orang tuanya telah meninggal dunia, demikian juga sedeqah Jaariyahnya sendiri yang pernah dilakukan pada masa hidupnya, hal ini telah ada Nash yang menjelaskan sebagaimana Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang ertinya: "apabila seorang telah meninggal dunia, semua amalnya terputus melainkan tiga perkara: sedeqah jaariyah atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang mendoakannya." ketiga-tiga perkara ini memang pada hakikatnya adalah usaha dan amal orang yang telah meninggal dunia itu. dia akan mendapat hasilnya dan sebaik-baik hasil adalah apa yang diusahakan sendiri sebagaimana tersebut dalam satu riwayat" sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang ialah hasil usahanya sendiri."

di dalam AlQuran Allah telah berfirman ertinya:

"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan Kami tulis amal-amal (apa) yang telah mereka kerjakan, dan (Kami) menulis bekas-bekas mereka.." ( Surah Yaasin ayat 12)

adapun ilmu yang diajarkan kepada orang lain, kemudian ilmu itu diajarkan pula sehingga berkembang luas dan dengan ilmu itu mereka banyak mendapatkan manfaat, maka ganjarannya akan sampai kepada orang mati, dengan ganjaran tidak dikurangi ganjaran mereka yang mengamalkannya kerana ganjaran yang diperolehi orang mati itu adalah hasil usahanya sendiri.

di dalam satu riwayat yang sahih dikatakan: barangsiapa yang mengajak orang lain ke jalan yang benar, maka baginya ganjaran sebagaimana ganjaran mereka yang mengikuti ajakannya dengan tidak dikurangi ganjaran mereka itu sedikitpun.

Thursday 15 September 2005

mentor mentee..mentoot takde?

"tunjuk ajarku sifu.."

meh nak citer skit senario di tempat keje baru.
masuk arini dah 46 hari aku bergelar Cik Maya Ijau--New Research Officer--kat MARDI nie.
aku lah mentee. mentorku encik J namanye..kalo kat luar kena panggil uncle J kot, dah senior, 50++ maybe..die la yg akan jaga aku selama 3 TAHUN-maximum- sebelum aku dapat confirmkan jawatan nie. bukan senang..

dalam blog nie, jom panggil die Uncle J. ewaaaaaahhhh...

1st impression aku pada UnCle J--pelik--lain skit la perangai die. always tunduk aje, sampai aku kadang2 takut nak tegur. tapi die bukan garang. cuma pelik kot.mungkin sbb aku belum biasa dengan telatah manusia. kite kena accept perbezaan. tu la pasal, lama sangat dok kat UM asyik kawan dgn yg sebaya je, jadi kurang reti nak bergaul dgn org berumor..amek mase kot. sbb sekarang dah best skit, die selalu senyum, pastu dah bleh gelak2-skit la-- dengan aku..
but thanks to him, aku dapat komputer best, dalam bilik sendirik..siap bagi printer..nasib aku kire baik la sbb org lain yg masuk awal, blum dapat lagi..

i'm going to be one doing genetic enhancement on indigenous fruit using germplasm collection in MARDI. itulah yg aku cuba fokus sepanjang 46 hari berada kat cni. dan hari ni lah segala kemusykilan/mental block aku hilang sbb hari ni aku berjaya menyiapkan MENTOR MENTEE ACTIVITIES SHEET ala-ala perancangan kerja untuk 3 tahun akan datang..rase nak lompat2 gumbira..(orang lain dah hantar 2 minggu lepas..uhuk!!)

sebab??

hari2 aku dok baca buku, journal, report dan ntah hape2 lagi, untuk mencari identiti aku kat cni..BLURR giler..UnCle J plak asyik out station, dah tak tau nak tanya sape. but i kept on reading..hopefully as time goes by, i'll find myself. alhamdulillah bile UnCle J balik die tolong aku siapkan. aku pun dah dapat skit gambaran keje skit2. sbb aku perintis kot..sehebat mane ntah la..tapi aku akan cuba sebaik mungkin..sebab setiap yg kite lakukan ini adalah KERANA ALLAH..

nampaknye 3 tahun nie, aku akan bermain dengan keluarga pisang, limau, mangga..sonot gaks. UnCle J pesan, "kalo nak wat sesuatu kena suke". luckily aku mmg suka fruits, so kire ok la kan..lagipun ade UnCle J nak bantu aku.. hehe!

pastu aku kena main dengan durian plak..lambat lagi kot..coz kena gain experience dulu. so aku kena la sambung baca buku ELEMANTARY PRINCIPLE OF PLANT BREEDING. dah baca 3 chapters, ade lagi 9.. Ya Allah,permudahkanlah urusanku.. ameen...

Monday 12 September 2005

opahku sayang...


opah ku namanya Raja'ah. ibu kepada ibuku..org selalu panggil die PanJa'ah. nie satu-satunya nenek yg aku ade.yang lain sume dah pergi menemui yg Maha Esa. umur opah dah 80 lebih.aku tatau umor yg tepat. bunga yg die pegang tu hadiah mase aku konvo baru nie..senyum nya sungguh menawan kan..?? dah takde gigi..huhuhu!!

tetapi opahku sebenarnye dah nyanyuk. orang indon bilang 'pikun'. dah 4-5 tahun jugak la opah dah nyanyuk. agaknya kalo aku tak btau, korang boleh agak tak die nyanyuk??

0650a.m
aku masuk ke biliknya untuk menggosok baju nak g keje.. alhamdulillah opah nak solat arini..dah lama sebenarnya opah tak solat..nyanyuk kan?? kak riza-penjaga opah- bagi opah pakai telekung, maka opah pun solat, kak riza pun solat. aku plak sibuk menggosok baju..

allahuakbar..bismillahirrahmanirrahim..(alfatihah), (Al-Quraisy)..selesai rakaat pertama, allahuakbar..bismillahirrahmanirrahim..(alfatihah), (Al-Ikhlas)..selesai rakaat kedua.. assalamualaikum warahmatullah..
maka opah pun berwirid kemudian berdoa..

tetiba setelah senyap seketika terdengar.."attahiyyatul mubarakatusshalawatutthoyyibatullillah..sehingga habis.
kemudia opah bagi salam. sekali lagi opah berwirid kemudian berdoa..
(aku yang sedang menggosok ketika itu, pandang opah kemudian pandang kak riza sambil bagi signal>>opah dah lupa tu..ulang tahiyyat akhir..) bila aku pandang opah sekali lagi, opah ulang lagi tahiyyat nye..berlarutan sampai 2 kali..aku pandang lagi kak riza..(aku bagi signal lagi>betul ke nie..sampai bile nak habis solat opah nie??)..
aku pulak sambung gosok tudung..by the time selesai gosok, opah pun selesai salamnye (yang ke-4). kali nie nie terus bukak telekung--dah panas kot..dengan itu, selesailah solat opah ku sayang..

terusik hati aku tengok sume tu..lucu sebenarnye tapi kesian kat die, pastu dok fikir, macam mane la kite kalo dah tua nanti..ade ke yg nak jaga..? nyanyuk ke ingat? mampukah nak berjalan? masih bolehkah nak beramal? Ya Allah, berikan kami kesudahan yang baik..dan jauhkan kami dari azab api neraka..

opah aku tu mase die OK, lain.. solatnye cukup, siap banyak yg extra..(tak mcm aku..extra seciput aje..malu..) takleh dok diam, ade je benda yg nak die buat, suka masak, pemurah, suka bersedekah, tapi tegas jugak orangnye..
sekarang..dah tanak solat-xlarat-(kate die.."aku solat dulu drpd kamu.." maksud die tu..aku dah rope ini,tuhan dah tak suruh solat la..kamu yg muda tu solat..), pastu asyik nak makan aje..sbb dia lupa..

rindunye kat opah yg dulu..tapi die takkan kembali, maka harus sayangi opah yg ini.. opah yg comel,lucu,dan tidak kurang juga banyak menduga kesabaran, especially ummi..semoga ummi dapat jadi anak solehah kepada opah, dan aku dapat jadi anak solehah kepada ummi..
semoga Allah memberkati hidup ibu kepada ibuku kerana kerana dialah aku dapat seorang ibu yang UNIK+BEST..yg tak dapat diungkap oleh kata2.. AMEEN..

selekoh tajam..

tenang btul hari nie..didendangkan dengan alunan ayat Al-Quran yg merdu, teringin plak nak mencoret sesuatu..

aku seorang pemandu..
memandu ke serdang setiap hari untuk ke tempat kerja. disebabkan aku selalu bangun lambat, aku akan memecut ke sane dgn harapan punch card hari nie tidak merah. alhamdulillah baru sekali aku'merah' bulan nie, itupun sebab hujan n tetiba jam tak tentu hala..
pecutan aku boleh tahan jugak la..menyebabkan setiap pagi aku kurang berfikir,kerana perlu menumpukan perhatian di jalan raya, dengan azam nak jadik Alonso ciplak suatu hari nanti..haha! jadi lazimnya dalam perjalanan pulang ke rumah,aku lebih menggunakan fikiran aku untuk berfikir tentang hidup..(tapi pemanduanku tetap laju..) suatu hari dalam perjalanan pulang,di selekoh yang tajam dengan kelajuan 90km/jam aku terfikir, "what if kat depan nie ade benda menghalang jalan (lori,keter rosak,batu besar,orang etc) , sure aku hemtam benda tu,hancur..!!!"

di selekoh..
kita tidak tahu apa yg bakal menanti di sebalik selekoh tu..even kite lalui selekoh itu setiap hari..begitulah juga kehidupan kite..takut juga rasenye..sbb aku pandu laju..(ikut nafsu kot). cukup bijak ke kite nak menghadapi cabaran yg mendatang. mungkin musibah, mungkin juga basyirah..selalu jugak la aku kata kat diri sendiri, "maya,slow skit.." tapi keseronokan pada kelajuan menyebabkan aku tidak menekan pedal brake, tapi terus maintain laju pada selekoh tu setiap hari..maya..bile la nak sedar..??
dalam hidup pun same, selalu juga kite rakus mengejar dunia..nak cepat aje, dah tak tengok kiri kanan, pecut..!!! biar cepat sampai..tapi alangkah baiknya kalau kite boleh menghargai setiap detik kehidupan kite..sbb kite takkan tahu apa yg bakal dihadapi disebalik selekoh kehidupan.. even kite tahu di sebalik selekoh ade jalan yg lurus,tapi kite belum tahu jika ade sesuatu yg menghalang kan?? ada baiknya slow di selekoh supaya dapat elak halangan, tapi tak salah rasenya nak memecut, tapi biarlah ade pertimbangan..jgnla laju2 sgt maya oooiiiiii...!!!

ntahle..org nak mengarang, aku pun nak mengarang.ayat belit2.ape yg aku try nak sampaikan ialah berhati2 la dijalan raya..especially di selekoh merbahaya..haha! dalam hidup perlu ade pertimbangan-sepanjang masa-kerana hidup ini penuh dengan kejutan.. wallahu a'lam