Wednesday 29 April 2009

who dares?

"He who dares to TEACH,
must never cease to LEARN"


Richard Henry Dann


Sunday 26 April 2009

Kiz dan Er..

ada seorang budak perempuan..
namanya Kiz
dia suka sorang budak lelaki..
namanya Er..
senyumnya manis sekali..
pekertinya juga baik sekali..
tempoh hari Er menjemput Kiz datang ke rumah..
Er masak masakan istimewa dan kesukaan Kiz...
Kiz sangat terharu..dan makan banyak-banyak..
hari itu hujan..
jadi Er payungkan Kiz ke perhentian bas..
Er dan Kiz bergelak ketawa sambil menunggu bas tiba..
kasut basah..
bila Kiz naik bas, Er sempat kata.. 'semoga awak dipelihara Tuhan selalu..'
Kiz menyahut.. 'kamu juga..'
Kiz tersenyum riang dalam kesejukan dan kekenyangan..

~the end~

Friday 24 April 2009

budak bertuah!

bile cakap pasal syurga apa korang terbayang??

aku terbayang: ape yang terdetik di hati pasti akan muncul depan mata.."tadddaaaaa...!!!" (siap dengan sound effect)

tu la yang aku rasa sepanjang berada di Turki.
mungkin agak keterlaluan bunyinya..tetapi itulah yang kerap berlaku di sini..

dalam erti kata lain, aku bertuah. tak pernah aku rasa sebertuah ini, dan aku panjatkan jutaan kesyukuran (dan lebih dari itu) pada Allah..kerana selalunya perjalanan hidupku ini terasa sukar dan mencabar..terutamanya di tanah air..

even En. Haliloglu juga mengakui betapa bertuahnya aku..kerana dalam kebanyakan insiden dia ada bersama..
dan sama-sama kami mengucapkan syukur..

bayangkan berada di tempat asing, sorang-sorang, bahasanya asing, tapi masih dapat berkawan, dapat keluarga angkat, sipi-sipi nak jadi menantu jutawan..haha..dalam erti kata lain, aku yang ternganga-nganga sebab tak paham ni pun ramai yang sayang..hehehe..banyak betul perkara yang dipermudahkan.. Alhamdulillah..

kalau nak disenaraikan di sini..boleh..tapi mungkin ada yang akan berkata.."eleh..takde la bertuah mana pun, biasa je.."
jadi aku bagi contoh la..
Aku pegi jalan-jalan Kayseri..aku terdetik "best gak kalo aku dapat beli tudung dan skirt labuh sebelum aku pulang ke Erzurum.." tambah skit.."kalau dapat, alhamdulillah..tak dapat mungkin boleh cari di tempat lain.."
tak lama lepas tu, aku dapat dua tudung dan satu skirt yang dihadiahkan oleh keluarga-keluarga angkat..alhamdulillah..

tak ke bertuah namanya tu??
terfikir jugak, kalau begini eloklah aku mintak yang best2..(tamak pulak bunyinye..) tapi dalam masa yang same takut gak terlintas benda2 tak baik..dan jadi kenyataan..

erm..ntahla..

aku doa, Umat Islam yang sedang ditindas di mana sahaja, diberi kekuatan, kemudahan, kesabaran dan kemenangan. amin!

and the list goes on and on.... :P

Wednesday 22 April 2009

mixed feelings..

sejak pulang dari Kayseri (baru 24 jam..hehe) aku ada masalah emosi..
hari Ahad aku nanges..
hari Isnin aku ketawa..
hari Selasa aku marah..

Hari Ahad..
aku masih di Kayseri..enjoying myself berjalan2 di bandar besar..
dan malam tu aku nanges..semua orang panik kejap..
nanti la aku buat posting khas pasal tu...

Hari Isnin..
perjalanan pulang ke Erzurum..naik keretapi 16 jam..dah lame berzaman tak naik keretapi nih..so menarikla, permandangannya yang terungkap dek kata2..sangat cantik!!
sampai di rumah dalam kol 1p.m., solat dan terus ke Fakulti..kerja!!!
Di sana, SSR dah mula..aku sampai, DNA extraction were in progress..
ada dua warga baru.. Emre dan Esra..
Emre ialah graduate student Encik Haliloglu yang belajar di Hatay, dan Esra adalah undergrad student yang baru join the lab..so meriah la makmal dengan gelak ketawa, macam2 lawak ada semalam..
aku join la mane2 yang aku paham..maklum la mereka cakap dengan bahasa ibunda..

Hari Selasa..
Aku pegi Fakulti lambat skit, sebab bangun lambat dan aku nak selesaikan kain baju yg nak dicuci, cuba set up internet connection kat umah..dan macam2 lagi la..dalam kol 11 aku sampai fakulti, kena bebel dengan En. Murat..risau katenye..
maka kerja diteruskan..aku buat keje aku, dan yang lain sibuk dengan SSR, aku nak join tapi aku tak paham kan..so aku buat keje aku..ada sedikit upset la sbb nk jugak tahu..tapi aku fikir aku kena fokus..jangan tamak..
pastu kami pegi makan..bos belanja..makan Adana Kebab..
balik lab, sambung kerja..ambik gambar pokok..pastu bersedia untuk solat..
aku naik atas, amek wudhu', kemudian turun ke bawah untuk ke surau, selisih dengan en. Murat..dia buat muka.."ha..nak ke mana ni, apsal takde kat makmal??" mcm aku buat salah besar..aku malas nak jwab, aku teruskan langkah aku ke bawah..jadi baru die paham aku nak solat..aku pissed off gile, sebab rase macam tak dipercayai, macam la aku salu ngulor ke hape ke..die pun kejar aku dan cakap, tolong doa untuk die..aku cakap, doa sendiri la..die kejar lagi..aku kate blah la..aku pun solat..ada saki baki marah lagi..tapi aku tetap include dia dalam doa aku..
bile aku kembali ke makmal, aku pun cakap face to face kat die, jangan tinggi suara dengan saya, kalau nak tanye, tanye elok2..pastu aku cakap, kalau tak percaya pada saya, toksah kawan dengan saya...hohoh..aku cakap omputih la, ada yg tolong translate, tapi tatau la..btul ke idak terjemahan die tu..jenuh die mintak mahap..nasib la..cik maya ijau da naik angin..
sebenarnye aku terkilan dengan diorang ni, tak berapa nak solat..sedih sangat bila terkenang hal ni..lagi 5 minit kol 5, aku tengok semua rang kalut nak balik..dan baru aku dapat tahu yang Emre dah nak balik Hatay..ohoho..sangat sedih..such a nice guy, ingat boleh kerja sama2 seminggu ke..sebab bidang kami sama..sedih sebab aku baru tahu dia nak balik..jadi tak sempat nak mingle btul2..nak bertanya macam-macam...huhu...
tapi satu soalan penting yang aku berjaya tanye.. dan dia jawab..dia bujang..hahahah!!!

jadi sebab itulah aku ada masalah emosi hari ini..sekian terima kasih.
agenda seterusnya ialah mencuci stokin, tudung dan labcoat.

Tuesday 14 April 2009

have you decide?

so, what do i have to decide?

erm..tadi balik dari fakulti jalan-jalan bersama kawan saya iaitu Encik H.
perjalanan untuk sampai ke rumah selalunya akan mengambil masa setengah jam..dan seiring dengan cuaca yang makin baik, makin meningkat..memang seronot berjalan kaki..hati senang badan pun sehat..

dalam sembang punye sembang..tetiba kawan saya ni tanye.."jadi dah decide ke nak sambung belajar (M.Sc. or Ph.D) kat cni..??" well die ada offer aku tempat kat cni kalau aku nak sambung..wah..cam best je kan..aku ada bakat terpendam dalam bidang cytogenetics rupenye..not bad at all..aku pun terkedu nak jawab..susah tu..so aku jawab tak buat ape2 keputusan lagi..aku cakap nak tanak, kena sambung jugak, umor pun dah banyak, dan target aku nak dapat PhD before umur 40..

pastu die sampuk, "atau mungkin u nak kawen dulu..elok gak tu..kalau dah ade M.Sc., Ph.D makin susah.." erm..rupenye keadaan di sini sama jugak seperti di Malaysia. Bila si gadis makin tinggi kelayakan akademiknya makin sukar untuk didekati..

aku pun senyum..betul juga kata dia..sambil meneruskan langkah atas dataran realiti..

dia tambah lagi.. "dan misalan, u selesaikan M.Sc umor mungkin dah 30++, yang akan datang approach hanya tinggal yang duda atau yang sudah beranak satu..susah nak dapat yang 'fresh' " pastu die gelak...! hohoho...boleh tahan gak pokcik ni..betul juga..

oh..banyak juga perkara yang perlu dimuktamadkan..erm..pikir..pikir..

aku pun tambah, "tahun 2009, jangkaan di Malaysia, the ladies akan kawen dengan lelaki lebih muda.."
dia gelak.."the fresher the better.." katenye..sabo jela..

"kalau 5 tahun lebih muda pun ape salahnye kan..??" aku mencebik. erm..kadang2 pokcik ni betul2 boleh baca pikiran..obvious sangat ke? adoii!

titik!

Monday 13 April 2009

Laskar Pelangi

Salam..
Pertamanya aku nak ucap tahniah kepada penulis novel dan pembikin filem Laskar Pelangi ini..garapan menarik..dinamik..memberi inspirasi pada pandangan aku yang bukan expert menonton filem..hehehe...

untuk mendapat sinopsis cerita boleh lawat link ini..

cuma bila aku tengok filem ni, teringat zaman kecilku..
kami adik beradik dihantar ke sekolah 'bukan biasa'.
aku dihantar ke sekolah 'dhaif' pada pandangan mata..tetapi 'kaya' pada pandangan hati..
jadi bila aku tengok filem ni, aku rasa cam teringat kat guru-guru yang mengajar kami..tanpa jemu.diulangi tanpa jemu. Ya. jika dibandingkan dengan kelayakan yang mereka ada, mereka selayaknya adalah jurutera, akauntan dan sebagainya..kalau kepuasan material yang mereka cari sudah pasti sekolahku tidak berguru..sebaliknya mereka habiskan hidup mereka membentuk kami..tak terbalas jasamu wahai Muallim dan Muallimah..
"sekolah yang tidak mengukur segalanya dengan material, tetapi dengan hati.."
Kadang-kadang kita terlupa..bahawa material bukan penentu segalanya..filem ini menyingkap bahawa, yang membezakan 'kita' dari orang lain ialah apaabila kita kembali untuk memberi, bukan terus ditelan dengan kemewahan dunia..itu yang membezakan 'kita'..dan yang pasti.. mendidik itu bukan mudah..
"hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya..bukan hidup untuk menerima sebanyak-banyaknya"
saya setuju 200%. hiduplah untuk memberi...dalam maksudnya..pesanan yang diulang-ulang di dalam filem ini..

antara sedutan filem yang menarik (pada aku la...) ialah

1) ada seorang budak ni, Borek nama dia.. berbadan sasa berbanding yang lain. di dalam kelas, guru bercerita tentang kisah bahtera Nabi Nuh a.s. bagaimana golongan yang ingkar ditenggelami banjir besar. So, salah seorang pelajar (Ikal, watak utama) tu cakap kat Borek..
"kalau kau tak sembahyang, kau harus berenang..tak guna otot-otot kau yang besar tu kalau kau tak pandai berenang.."
2) Mahar dan kawan2 pergi ke Pulau untuk berjumpa Tok Bomoh, nak mintak tolong dapat markah tinggi dalam peperiksaan..syarat Tok Bomoh, esok pagi kena baca mentera ramai-ramai, sesiapa yang tak penuhi syarat akan bertukar jadi Kodok..hehehe..manteranya ialah..
"kalau nak pintar..belajar, kalau nak berhasil..usaha.."
tepat sekali!!!!! ekspressi budak2 dalam filem tu buat aku tergelak besar..message conveyed..

3) pesanan terakhir filem ni...
"kejar pelangimu sampai ke hujung, jangan pernah menyerah..."
aku belum nampak lagi pelangi kat Erzurum ni, so selum dapat kejar lagi..sebab hujan tak selalu..hehehe... and surely i'll send postcards to Malaysia, for myself, friends and my loved ones..sort of a memoir la..
tengok la citer ni, and you'll figure out why..it is soooo inspirational..!!

5 stars!!!

Saturday 11 April 2009

tajuk satu lagi..

hari ini saya akan buat inventory blog..
nak buat category and labelling
category terkini..saket pale..huhu..

ini adalah tajuk

aku sorang2 kat umah. jam kol 5 petang hari ni aku patut :
1) jalan2 bersama baby arif yang comel
2) pegi umah zelish, makan sedap2
3) pergi birthday party Aisyah Nur
4) pergi makmal prepare barang2 untuk kerja hari isnin

apa yang dapat aku buat ialah hanyalah No.4.

sebab..

aku sakit kepala..sejak dari bangun pagi tadi.
sakit kepala yg kalau dibiarkan boleh menyebabkan muntah..nak kate migraine tempat sakit nye bukan di tempat migraine..kesimpulannya sakit kepala lah..
makanya, aku terpaksa batlkan semua acara2 menarik hari ini..untuk mengelakkan dari menyusahkan pelbagai pihak jika aku sakit nanti..

aku pun berjalan kaki balik umah, untuk menghilangkan bosan, amek gambar macam-macam seperti:
1) pokok2 yang baru nak megeluarkan daun, menunjukkan musim bunga akan sampai tak lama lagi
2) ranting2 pokok yg masih belum berdaun..
3) sign board yang kalo dibaca cam kelakar bunyinye
4) lorong berjalan kaki yang redup diteduhi pokok2
5) pasangan cintan cintun yang berjalan kaki berpegangan tangan
6) orang ramai yang sedang berjalan kaki
7) orang ramai sedang duduk2 di kerusi
8) pasaraya yang baru merasmikan pembukaannya

kepala sakit lagi ni..layan..

kemudian pulang ke rumah rasa seperti nak buat nasik goreng..
jadi aku:
1) masak nasik
2) potong bawang besar dan bawang putih
3) tunggu nasik masak sambil makan strawberry cicah chocolate pudding
4) hiris 'sujuk' yang seakan2 sausage tetapi lebih enak
5) tetiba rasa malas nak goreng nasik
6) jadi ku campakkan semua bawang, sujuk dalam nasik yang sedang menggelak tu...
7)bukak peti ais, carik ape lg yg boleh dicampak masuk..jumpa kacang merah dan cheese..campak masuk..
8)boh garam skit..rase boleh tahan..
9) tunggu nasik kering..
10) makan

dan sekarang saya kenyang dan sakit kepala..
takpe la.., buang dosa..
malas nk makan panadol, i hate drugsss!!! it makes me dizzy..

Thursday 9 April 2009

Traktor oh traktor

aku suka gambar ni..sebab aku dok ketawa je sepanjang masa dok atas traktor..kuda, kambing seme aku dah naik, tapi ni la 1st time aku naik traktor..hahaha!!
semalam, nyibok ikut Encik Sancar, die nak kena evaluate plot die kat ladang..wee..best gile..tanah landai, angin punya la best, dan aku jadi tukang catat data..(derang kena convert nombor Turki-English..tapi aku pandai mengira dalam bahasa Turki..) pastu Encik Murat ajak gi tengok plot die plak, so tu yang naik traktor tu...

Wednesday 8 April 2009

Menyahut seruan Anak Mat Nor

Aku tak penah menyertai event2 TaG mengeTaG ni..tapi tadi baca blog Anak Mat Nor, teringin plak nak join..sebab die tag sesape yang ada masa lapang..aku plak kena baca buku PLANT CYTOGENETICS..lapangnya masa..hahaha..

Mari mulakan...

Rules: Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer.

I am :Nya
(nama manja) berasal dari dialog Wan 'Ah
yang bersunggoh-sunggoh soh aku makan bebanyak..
" Nya, makan Nya.."


I really want to go to :Tulipp...aku mahu ke Istanbul!!! huwaa...

My favourite place :
Restoran Tasik Raban

My favourite thing :
iPhone!

My favourite drink :
Vitagen..perisa epal~

My favourite food :
Ikan keli bakar..kalau dah nampak yang ini,
yang lain dah takde maknanya..haha

My favourite colour :
Warni warna

I was born in :
Universiti Hospital (PPUM) town girl..hehe

I live in :
Ataturk University~wink**

My school/college :
SRK (1) Kelana Jaya..
tapi yang goole kuar yang ni plak....haha!!


My favourite story :
warta berita..tapi TV3 kuat merepek sekarang..

My hobby :
Err...

I want to be :
SNOL
image: a cat named snol..cam boyot~my cat

AKU TAG ORANG YANG TAK BOLEH JILAT SIKU DIA SENDIRI..
OUT!!!!

flash back

one week before i depart to Turkey, someone senior said this to me..cynically..
"engkau ni asyik pergi kursus la, training la..tapi keje ape pun tak jalan.." dalam erti kata lain, hampeh sangatla aku ni kan..berdesing telingaku, walaupun mukanya seperti berseloroh..tapi tetap tajam!
jadi dengan hati yang terluka, aku pun mengadu dengan seseorang yang dipercayai..maka die pun berkata..

1. toksah peduli la kata dia tu (betul la..tapi kalo dah kena setepek atas dahi..sakit gak..)
2. len kali jawab cam ni kat orang camtu..(iaitu) FYI, saya ni belum cukup cerdik, sebab tu saya kena pergi kursus, training dan sebagainya..kalau saya dah cerdik, saya yang akan bagi kursus dan training..saya nak tahu jugak, encik ni bagi kursus/training atau MASIH lagi pergi kursus...??

sunggoh sinis..!

HAHAHA..hambik..
walaupun aku tak jawab pada empunya badan, next time kalau kena lagi, tahu la..
lurus bendul ku juga ada batasnya...

the essence of life

salam..

Ku panjatkan kesyukuran pada Allah yang masih memberikan ku umur dan kesihatan, nikmat akal dan iman, mata untuk melihat dan segala-segalanya untuk meneruskan hidup..
Tiap-tiap hari ku tersenyum..semacam pe'el baru..mestilah..berada di tempat yang cantik, udaranya segar, dikelilingi oleh orang-orang yang baik..sememangnya saya bertuah..

semasa tiba dahulu, libang libu dibuatnya..tak tahu mana nak dituju, paling cemas ialah semasa nak tiba di Istanbul, cuak..dengan tatau cakap dan sebagainya..

sekarang, musim bunga sedang menjengah...
setiap hari berjalan kaki bagaikan berada di taman..
kadang ditemani rakan-rakan, kami makan, bergelak ketawa bersama..
what more can i say..
i'm happy here..
i hope this experience will never ends..
cherishing all the moments..3 months to go~
life can be so great ifyou put in some SYUKUR essence inside..