Sunday 29 July 2012

alam seterusnya


Ditujukan kepada semua yang akan ke liang lahad. Ingatlah perkara berikut moga liang lahad kita menjadi seluas-luas tempat berehat :) Dalam perkataan lain, cara untuk elak seksa kubur.

Buatlah perkara berikut:
1. jaga solat
2. bersedeqah
3. baca quran
4. bertasbih

Jauhi perkara berikut:
1.jangan berdusta
2.jangan khianat
3.jangan mengadu domba
4.jangan kencing berdiri (kebanyakan orang lepas pandang hal ini--kebanyakan seksa kubur berpunca kerana hal yang ini.)

Thursday 19 July 2012

Ingat vs Lupa; Kita vs Orang

Pesanan Luqman Al-Hakim

UNTUK BAHAGIA DI DUNIA

Ingatlah kebaikan orang pada kita
Ingatlah kejahatan kita pada orang

Lupakan kebaikan kita pada orang
Lupakan kejahatan orang pada kita

Tahlil

2 hari sebelum ramadhan.

Hari ini ada tahlil. Aku dah lama tidak menyertai majlis tahlil.
Hari ini aku bersama-sama rakan sepejabat ramai-ramai berzikir
LA ILAHA ILLA ALLAH
Berkali-kali...berulang-ulang.
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
Berkali-kali...berulang-ulang..

Satu perkara mendatangi minda aku.

KALAU AKU BERTUHANKAN ALLAH...mengapa aku selalu sangat menjadikan dunia sebagai 'tuhan'. Oh sesal..sesal.. 
Allah boleh tunggu. TV tak boleh.
Allah boleh tunggu. Kerja tak boleh.
Allah boleh tunggu. Makan tak boleh.
Apa nak jadi..Maya??

Allah MEMANG boleh tunggu. Tapi banyak ke lagi masa yang kita ada??

Saturday 14 July 2012

XPDC - Sedekah

                                             


Aku tak paham sepenuhnya. Tapi pada aku ia sangat puitis. Lagu kesukaanku pada tahun 2000.

Jika malam aku pergi
Mendamaikan keluhan
Dan sejernih embun pagi
Dari hujung cahaya
Apa ada lagi sentuhan
Apa perlu aku lakukan
Gelora nasibku
Di tengah lautan
Menjunjung kasih
 Dayu angin membisik
Seolah kau berkata
Dari sebuah pandangan
Capai bahasa kita
Ada lagi yang kau tinggalkan
Ada lagi yang aku simpan
Kenangan berlalu
Mana mungkin lupakan
Aduhai saujana

Thursday 12 July 2012

Sebiji kurma, ambillah semua!

Mesej: Jangan berkira untuk berbuat baik kerana setiap perbuatan baik itu dikira.




"Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya)." Surah Al-Isra' ayat 13.
Seorang sahabat Nabi sedang sakaratul maut.

Beliau diajar Rasulullah saw untuk bersyahadah. Beliau mengikut dengan baik. Tetapi selepas itu sahabat yang sedang sakaratulmaut ini berkata: "Sebiji kurma, ambillah semua."

Para sahabat hairan dengan tingkahlaku sahabat ini. Maka apabila telah selesai pengkebumian beliau, sahabat bertanya kepada Rasulullah, mengapa beliau berkata demikian.

Ini penjelasan Rasulullah: Sahabat ini pernah mendermakan kurma untuk berbuka puasa. Tinggal padanya sebiji kurma. Tiba-tiba datang seorang  meminta sedikit kurma. Maka sahabat itu membelah kurma itu dan memberikan padanya separuh.
Di ambang sakaratulmaut, beliau dapat melihat semua pahala yang beliau kerjakan. Maka kelihatan pahala separuh biji kurma. Dengan nada sesal dan merasa rugi maka beliau berkata: "Sebiji kurma, ambillah semua."

Friday 6 July 2012

Aku, buah dan hidup

Nama saya Maya. Saya seorang saintis. Kerja saya berkisar tentang buah-buahan.
Maha Suci Allah yang telah menciptakan segala macam buah-buahan untuk kita nikmati.
Semakin saya mengenali buah-buahan semakin saya kagum dengan kehebatan Maha Esa.

Saya perhati dan fikir. Maka inilah inferens saya. Moga bermanfaat.

Falsafah buah No.1: Buah yang cantik luaran, tak semesti cantik isinya. Yang buruk luaran,tak mesti buruk isinya.

Falsafah buah No.2: Kalau sabar, nantikan buah masak ranum di pokok, baru dipetik. Isinya manis, benihnya boleh disemai-untuk terus menikmati buah manis. Buah dipetik awal, harus diperam. Isinya manis, tapi benihnya mungkin tumbuh, mungkin tidak.

Falsafah buah No.3: Buah yang cantik kulitnya harus waspada.
Disembur racun dari putik sehingga matang.

Falsafah buah No. 4: Buah yang masak ranum lagi harum, walaupun disorok harumnya akan menyapa orang di sekelilingnya. Buah buruk juga begitu.

Falsafah buah No.5: Jika masa menjadi taruhan--ingat durian dan jagung. Durian itu panjang umurnya, tapi satu biji cuma beberapa ulas. Jagung itu pendek umurnya. Satu tongkol banyak bijinya. 
Sama penting. Yang mana lebih banyak manfaat berbalik pada masa yang Allah pinjam pada kita di dunia.