Wednesday 30 January 2008

Bumi ini sudah tua..

mase kecik dulu, aku selalu disajikan dengan pelbagai cerita.
teringat bile diceritakan bahawa bumi ini tuanya seperti si tua bongkok..
macam tak percaya..sampai sekarang tak dapat lihat logiknya sebab bila dilihat sekeliling, semua cam OK je kan..

sampaila suatu hari, aku disajikan dengan satu cerita.. "An Inconvenient Truth" by Al Gore. kalau sesiapa masih ingat Al Gore ni, die penah bertanding nak jadi President Amerika, tapi G.Bush yang menang..

rupenya Al Gore ni seorang environmentalist. kesedaran yang diberikan oleh Prof. semasa die di Universiti. dokumentari satu jam tu, betul2 memberi tamparan hebat..fakta yang diberi terlalu banyak..dan semuanya ade bukti saintifik..semua hipotesis telah dibuktikan oleh bumi kesayangan kita...sedih..

kalau nak ditulis di sini dalam satu posting, huisshh berjela-jela panjangnye.
jadi aku petik satu je dulu ye..

ICE AGE. ape yang korang tahu pasal ni? aku tahu cartoon tu jek..yg ade tupai dok kejo die nye buah kacang..ade mammoth..ape ntah lagi binatang primitif yang da pupus. Ice age make sense pada aku, sebagai zaman sejuk beku sebelum adanya dunia yang hijau sekarang. tapi tahukan kawan2 semua bahawa dunia ciptaan Allah ini telah mengalami lebih dari satu Ice Age?? ice age yang terbaru (tak la baru pun..terkini la kot..) adalah yang ke-6!! bagaimana semua ini dibuktikan? melalui Carbon Isotope yang terperangkap dalam pembentukan Ice. ini semua dah dibuktikan.
dan yang lebih menyedihkan ialah suhu zaman ini yang makin meningkat telah melebihi suhu yang induce pembentukan Ice Age yang seterusnya. It is complicated but it make sense..damn it..! perasaan aku berbaur takut, sedih, marah, risau..

benarlah bumi ini sudah tua..kiamat juga sudah dekat..
benarlah kata Allah bahawa tangan-tangan manusia bisa memusnahkan dunia..btul..tangan ku juga agaknya..dan tangan kawan2 semua..huhu..

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). [ar-Rum 30:41]

jadi apa signifikannya fakta ini..?? ia berkaitan dengan masalah pemanasan global/global warming sekarang ni..cuaca dah tak menentu. di saat aku menulis ni, China sedang mengalami kesejukan yang amat sangat..semua beku..terlalu beku..

kalau ada kesempatan, carilah dokumentari ni.. An Inconvenient Truth.
atau klik kat "Loving Earth" kat sebelah ni..

ade mase nanti aku citer lagi..

ready to change?

extracted from the documentary.. "an inconvenient truth"

are u ready to change the way you live? the climate crisis can be solved. here's how to start. go to www.climatecrisis.net.you can reduce your carbon emissions. in fact u can reduce it to zero.
  • buy energy efficient appliances and light bulbs.
  • change your thermostat and use clock thermostat to reduce energy for heating and cooling.
  • weatherize your house, increase insulation.
  • get an energy audit.
  • recycle.
  • if u can, buy a hybrid car. when u can, walk or ride a bicycle. when u can, use light rail and mass train.
  • tell your parents not to ruin the world you will live in. if you are a parent, join with your children to save the world they live in.
  • switch to renewable source of energy call power company to see if they offer green energy. of they don't ask them why not.
  • vote for leaders who pledge to solve thus crisis.
  • write to congress. if they don't listen, run for congress..hihi..
  • plant trees. lot's of treesssss..
  • speak up in your community
  • call radio shows and write to newspapers.
  • insist on freezing the carbon emissions.
  • join international efforts to stop global warming.
  • reduce independence on foreign oil. help farmers grow alcohol fuels.
  • raise fuel economy standards, require lower emissions from automobiles.
  • if u believe in prayer, pray that people will find strength to change
  • encourage everyone u know to see this movie (documentary).
  • learn as much as u can about climate crisis. then put your knowledge into action.
that's what i'm doing now..putting in into action.. =)

Monday 21 January 2008

hak muslim terhadap muslim

salam..selamat pagi dunia.
baru pulang menunaikan hak ke-6.benar bagai dikata..sayu dan insaf bile melihat sekujur tubuh tidak lagi bernafas..akan tiba masa, kita juga akan kembali kepadaNya.huhuhuuhu...mari muhasabah diri dengan perkara-perkara mudah. artikel dipetik dari Soleh.Net.
==========================================================
Orang yang beragama Islam itu kita panggil dia muslim. Tak kira siapa, mak bapak ker, sedara mara ker, kawan-kawan ker, tak kenal langsung ker, asal dia beragama Islam, maknanya dia tu muslim, dan kita wajib menunaikan 6 hak ke atasnya.
Hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain itu ada 6 perkara.
1. Apabila kamu menjumpainya, maka hendaklah kamu memberi salam kepadanya.
2. Apabila dia menjemput kamu, hendaklah kamu memperkenankan jemputannya.
3. Apabila dia meminta kamu memberi nasihat, hendaklah kamu menasihatinya.
4. Apabila dia bersin lalu dia mengucap Alhamdulillah, hendaklah kamu berdoa kepadanya (dengan ucapan Yarhamkallah).
5. Apabila dia sakit, hendaklah kamu lawatinya.
6. Dan apabila dia mati, hendaklah kamu iringi jenazahnya

Hadis Riwayat Muslim.

Namun begitu, muslim yang tulen dan asli, yang benar-benar muslim ialah seorang yang benar-benar menjaga dirinya sendiri, anak-anak, dan masyarakat. Sikap ini perlu kita tanamkan kepada diri sendiri agar kita menjadi seorang muslim sejati. Jangan sibuk jaga tepi kain orang lain, kain sendiri yang terlondeh. Kita yang jaga kita sendiri.Jadi untuk menjaga diri sendiri, amalkanlah 6 hak muslim sesama muslim ini dengan sebenar-benarnya.

Yang pertama bila berjumpa dengan muslim lain. Beri salam dengan perkataan ‘Assalamualaikum’, bukan bersalaman sambil selawat, seperti yang biasa diamalkan oleh masyarakat kita hari ini.
Sibuk sungguh nak berselawat, perkataan salamnya entah ke mana. Padahal perkataan salam itulah yang akan mendoakan kesejahteraan muslim yang kita salam itu.

Yang kedua, jemputan. Masyarakat kita sekarang selalu berat sebelah. Yang mana orang kenamaan, itu lebih diutamakan. Yang mana makanan lebih sedap, yang tu dia pergi.
Sebenarnya, dalam menghadiri jemputan, kita kena pergi semua sekali. Namun, bila terjadinya tak cukup masa dek kerana banyak sangat jemputan, perkiraan yang patut diamalkan adalah jarak dari rumah anda.
Ambil kira yang terdekat dahulu kemudian barulah diambil kira yang jauh, sama ada sempat atau tidak. Sekiranya dikira tak sempat, maklumkan awal-awal tentang keadaan tersebut.

Yang ketiga, bila diminta beri nasihat. Jangan sibuk nak larikan diri, tak reti, tak pandai, tak biasa, dan macam-macam alasan lagi. Cuba bagi juga nasihat kepadanya, tidak kira secetek mana pun ilmu kita di dada.

Yang keempat tentang bersin. Apabila orang yang bersin kata Alhamdulillah, tolonglah doakan kepadanya dengan ucapan Yarhamkallah. Jangan buat tak reti jer. Yang bersin pun satu, sikit-sikit ‘Excuse me’, ‘Maaf’ dan sebagainya.
Katakan Alhamdulillah, jangan berat sangat mulut tu nak sebut nama Allah. Baru bersih hati, baru murah rezeki, baru Tuhan sayang.

Yang kelima tentang ziarahi si muslim ketika dia sakit. Cari masa yang sesuai untuk melawatnya. Masa yang terbaik sebenarnya adalah sewaktu hampir masuk waktu solat. Tapi ramai antara kita yang pergi selepas solat, kononnya tak nak kacau si sakit.Sedangkan bila kita hadir waktu solat, kita boleh bantu dia menunaikan solat. Kemudian, selalukanlah melawat si sakit. Bukan sekadar sekali sahaja. Biasanya kita ni berebut-rebut nak jadi orang pertama yang ziarah si sakit.
Pastu sibuk tanya orang lain, “Engkau dah ziarah ker belum si sakit tu? Aku dah pergi semalam.” Seolah-olah tidak perlu lagi pergi. Mungkin kalau si sakit tu mati baru dia nak datang balik. Tu pun kalau datang.

Yang terakhir pasal jenazah. Haa yang ni lah masa yang sangat menghibakan, masa di mana kita lebih mudah untuk mengukur diri, muhasabah diri. Masa ni lah kita boleh nilai di manakah kita. Dah cukup amalan ke belum. Umur dah meningkat, amalan meningkat ke tidak.Jadi janganlah ambil remeh perkara ke enam ini, iringi jenazah bagi lelaki. Biarlah seratus kali pun, kalau ada peluang, jangan lepaskan. Gunakan sebaik mungkin. Ini merupakan salah satu cara untuk kita insaf di atas perkara-perkara mazmumah yang kita lakukan yang mungkin kita lupa, lagha, lalai, dan sebagainya.

Marilah sama-sama kita amalkan hak kita terhadap sesama muslim pada tahun 1429H ini. Yang belum mula, boleh cuba. Yang dah buat, boleh perbaiki. Tiada yang sempurna selain Allah.
Sekian, wallahu a’lam.

Monday 14 January 2008

anak muda yang marah...

ini surat aku nak hantar kat satu surau..sebab aku bengang.
ada pakcik nasihatkan aku jangan hantar surat ni sbb..kesan buruknya lebih dari kesan baiknya.
dengan itu aku post surat kat cni untuk puaskan hati aku yang marah dengan kejahilan dan kedegilan berpanjangan sesetengah orang...hhmmmm....
------------------------------------------------------------------------
Pengerusi Jawatankuasa Surau

Assalamualaikum wbt.

Tuan,

Surat ini ditulis untuk meluahkan rasa tidak puas hati saya terhadap tingkah laku salah seorang AJK surau ini yang telah menceroboh privasi kami (muslimat) di surau tersebut. AJK tersebut telah memperkenalan diri sebagai En. S.

Pada 13 Januari 2008, saya bersama tiga saudara perempuan serta saudara lelaki saya solat Asar di surau ini dan pada waktu yang menunggu masuk waktu maghrib. Dalam masa kami menunggu ini, kami didatangi salah seorang AJK surau ini menegur abang saya yang sedang bercakap dengan kami. Walaupun sudah dimaklumkan bahawa kami berempat sedang berada di bahagian muslimat, AJK ini tetap memasuki bahagian muslimat tanpa meminta izin atau memaklumkan kami. Kami amat terkilan dan kesal dengan tindakan AJK ini kerana memasuki bahagian muslimat tanpa izin dan tidak menghormati kami yang tidak menutup aurat ketika itu.

Telah berlaku sedikit pertelingkahan kerana kami amat marah dengan tindakan beliau. Beliau langsung tidak meminta maaf atas tindakan tersebut, malahan memberi alasan sudah menjadi tugas beliau adalah untuk membuka pintu. Kami tidak berpuas hati dan meminta beliau memohon maaf kepada kami atas tindakan gelojoh beliau.

Saya amat berharap tuan dapat mengambil perhatian terhadap sikap AJK surau ini dan saya menuntut supaya beliau meminta maaf atas tindakan tersebut. Saya juga berharap agar organisasi surau ini akan lebih menghormati dan menitikberat soal aurat muslimat dan bukan ’main redah dan belasah’ sahaja. Pintu bahagian muslimat adalah lebih baik ditutup daripada dibuka atau dinaikkan tanda ’untuk laluan muslimat sahaja’ supaya aurat muslimat akan terlindung jika ada yang melalui pintu muslimat.

Saya amat berharap perkara seperti ini tidak akan berulang di masa hadapan. Kerjasama dan perhatian tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Maya Ijau