Thursday, 26 September 2019

pasca simposium

Hai dan apa khabar?

2 hari sebelum berangkat, aku berjaya siapkan abstrak.
malam pertama konferens aku tak tidur malam siapkan pembentangan kerana aku tak tahu nak buat, flow tak jumpa. cuma selepas mendengar pembentangan hari pertama baru aku faham apa yang mereka mahu. REVAMP--BUAT SEMULA.

Alhamdulillah. walaupun mengantuk, aku berjaya buat persembahan yang baik.
Ramai yang berpuas hati.
Usai pembentangan aku ditemuramah oleh jurnalist.

Hari kedua, aku beranikan diri berjumpa Jennifer. Aku mohon maaf atas segala kesulitan.
Aku ingat kata-kata dia,

It is not your fault. It's a condition.

Benar.
Siapa sangka, pulang dari perjalanan ini aku berasa lebih yakin dan berani.
Tiada lagi dolak dalih.

Terima kasih Allah!

Wednesday, 11 September 2019

Masih belum

Masih belum siap.
Tinggal 5 hari lagi.
Berita baik, saya sudah mula membaca.
Doktor cakap, do the mindless things you love to do.
So I sew and eat chocolate.
I should swim too..