erm..
pukul 3 ptg tadi aku tiba di rumah dari Port Dickson.Penat.
Sampai je, letak beg, tukar baju dan tidur...pukul 5.30 ptg terjaga.
Bengong jap. Sebab aku tak biasa tidur petang..
Pegawai-pegawai seperti kami ini telah mengorbankan cuti panjang kami untuk sama-sama duduk dalam dewan untuk menjalani pemantauan projek penyelidikan. Baru sedar ramai juga warga SR ni..besar rupanya keluarga kami. Dalam keluarga yang besar ni, ada dua orang insan yang aku sayang sangat..mereka ialah kawan baekkkk aku..Pokcik dan Mokcik..kat PD baru ni kami berpeluang untuk duduk sebelah menyebelah..gamat!! ade je nk sembang.. :P
Mokcik dan pokcik ni aku kenal masa tahun pertama aku masuk kerja. Pokcik lagi dekat dengan aku sebab kami satu program. Pokcik ni la tempat aku mengadu kalo aku ada masalah. Mokcik plak aku kenal sejurus selepas itu..mula aku ingat mokcik ni awek pokcik..rupenye itu hanyalah gossip.hehehe..mokcik ni jugalah tempat mengadu dan bergossip hal2 pompuan..kadang2 pokcik pun join jugak..(boleh tahan!) so dah almost 5 tahun kita berkawan..actually they are older than me, but lets put the age differences aside..
ok. Pokcik ni suka bercakap (mungkin kerana asal usulnya dari satu pekan di kuala lumpur haha). macam2 dia cakap.ape2 isu pon boleh. aku pun suka bercakap. pas cakap2 dan cakap2 kami gelak sampai pecah opis..hahaha!!! Tapi lately pokcik ni manja semacam dan suke bergurau pelik2..nak guna the law of attraction ke pokcik? aiyakkk..pelik pokcik nih.ntah la..aku layan je..tapi apa pun,pokcik juga sangat baik.sangat helpful.
Mokcik plak. Mokcik ni soft spoken, boleh tahan juga suka bercerita. orangnya baik hati, rajin organize itu dan ini..very caring..tapi mokcik ni hatinye lembut, sensitif..jadi kadang2 die salu sedih sebab terasa hati dgn org yang tak pandai jaga hati. Takpe mokcik, maya ijau sentiasa ada di sisi untuk mendengar..
Sebenarnya kan..banyak lagi nak citer pasal pokcik dan mokcik ni. tapi tak boleh. kenapa? Kerana aku terima mereka seadanya..tidak cuba menambah dan mengurangkan sedikit pun keaslian mereka. sebab tu aku tatau nk senaraikan panjang2..kerana mereka ni begitu kompleks! Dan orang cakap, you will appreciate more when you loose the thing/person you love. Takkan nak tunggu mase tu baru nak hargai kan? So that's why i made this entry..
Sebab Maya Ijau sayang Pokcik dan Mokcik Unconditionally... :) to be grateful for such a beautiful friendship~Syukur aku pada Tuhan sebab temukan kami..
ermm..lepas2 ni komitmen masing-masing mungkin berubah. life is about changing. mokcik will be bz with her family, nak jaga baby Zack Effron dan yang seterusnya..hehehe..pokcik will be bz with life,get married,study..tinggal la maya ijau sowang2 kat mardi tu..tapi takpe..because i know u guys will always be there for me, and i will be there for both of you too..
Semoga persahabatan ini sentiasa dirahmati..amin.
p/s: Baru-baru ni mokcik bertemu jodoh. tapi bukan dengan pokcik ye (itu gossip!) Selamat pengantin baru..pokcik pulak baru bertambah umur..Selamat Hari Lahir..
No comments:
Post a Comment