Wednesday 10 November 2010

Awak bile lagi?

"Awak bile lagi..?"
Soklan yang sentiasa datang menjengah..
Al-maklum..umur dan makin banyak tapi masih belum berteman..
"Awak memilih ke?"
Jawapannya YA, memang saya pilih, dan saya pasti semua orang juga pilih, bukan 'at random' kan? Tapi saya bukan memilih.

Saya pernah bersembang dengan seseorang..saya menyampaikan pendapat..
"Kahwin ni bukan setakat 'semoga berbahagia ke anak cucu'..tetapi untuk bahagia dunia AKHIRAT.. Jadi jika saya kahwin, saya dan pasangan akan sama-sama bina jalan ke syurga..."
Respon teman saya...
"Bina jalan ke syurga? Ermmm...saya tak pernah terlintas ke situ.."

Ketahuilah hidup ini adalah perjalanan..ke kiri boleh, juga ke kanan..anda yang pilih.. (see...kena pilih kan? hehehe)..
"Awak tak marah@ sensitif ye kalau saya tanye nih.."

Itu pula ayat-ayat pembuka untuk tanya pasal jodoh..heheh..Ya, saya tak marah..sensitif mungkin, tapi tak bermakna saya tak rasional..

Macam-macam la..

Sebenarnya baru-baru ni saya ingat saya dah jumpa orangnya, dan orang itu sudah berjumpa saya.. tapi rupanya tidak..kerana dia jumpa orang lain.. saya redha kerana saya dah minta kat Allah, jika dia orangnya maka permudahkanlah..so he might not be the one.. Allah baik dengan saya, kerana bila saya bertanya, dia selalu bagi jawapan kat saya..walaupun saya ni hampeh dan selalu menjengah kawan saya yang bernama 'Subuh Gajah', tapi Allah tetap nak tolong saya..huhu..aritu ada pulak rakan lain yang menyampaikan berita..subhanallah, Allah masih menjaga 'waterface' saya..hehehe!

Jadi saya teramat-amat yakin bahawa Allah sedang mengatur yang terbaik untuk saya. Saya juga akan berusaha kekal baik dan jadi bertambah baik..cuma harapnya Sabar saya Tinggi la..kan?

Oh! Bukan senang ye nak jadi baik...banyak cubaan. Pintu-pintu syaitan banyak...teramat banyak!! Adoii..

Kadang2 pintu tu terang2 dapat dikesan, kadang2 dah depan pintu..tekap telinga kat pintu baru tahu byk syaitan kat dalam..kadang2 dah buka pintu baru terkejut beruk nampak mcm2 kat dalam..dan ada juga ketika, dah masuk..survey kawasan then baru dpt kesan 'bahaya' kemudian berlari mencari EXIT..mujur..setakat ni pintu EXIT masih boleh dikesan..yang menakutkan ialah, jika tidak dapat menjumpai pintu EXIT atau tidak mahu mencari EXIT kerana apa yang ada disebalik pintu tu..amat menyeronokkan dan dipenuhi syaitan..huhu..na'uzubillah...

Jadi saya akan cuba sebaik mungkin, menjaga Akhlaq dan maruah diri..oh Allah kurniakan aku SABAR pada dos yang tinggi...

sebentar tadi saya baca entri ini di Facebook.. yang jelas maksudnya..
(kepada penulis asal, pohon izin menampal artikel tuan hamba disini. Menurut incik google ia berasal dari website http://www.ataphijau.com/. saya cuba melawat tetapi tidak berjaya. Jika tuan hamba bukan dari ataphijau..saya tetap pohon izin..) Ohh..entri ini akan menjadi panjang..harap maklum..
----------------------------------------
Cinta.. tak seharusnya memiliki
Original Post from http://www.ataphijau.com/

Kisah 1:
Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq. Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…

Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati. Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya. Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya. Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.

Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…

Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.

Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya. Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.

“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”. Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya. “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”

Jelas sekali. Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!

Ya, memang mengejutkan dan ironi. Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman. Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.

“Allahu Akbar!!” seru Salman. “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 2:
Lelaki ini adalah sebaik-baik raja. Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…

Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta.. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri

Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.

Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu…

Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu.

Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya….

Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa…. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu…

Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”

Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.

Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW

Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 3:
Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..

Ia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.

Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.

Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.

Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….

Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.

Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.

Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.

Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”

Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!

Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.

Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….

Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 4:
Lelaki ini adalah Khalifah ke empat, setelah Usman bin Affan…

Dia memandang seorang budak perempuan. Di pelataran rumah seorang sahabatnya…

‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu…

Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu ….Thalhah..

Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..

“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabiseolah tak rela seujung bulu pun terkena.

Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.

Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya.

Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka. Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.

Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”

Maka bergetarlah langit..

“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah
pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan
hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh
menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”
(QS Al Azhab ayat 53)

Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.

Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya putri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.

‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.

Cinta memang tak harus memiliki…

Pada Salman..
Pada Mu’awiyyah
Pada Sayyid Qutb
Pada Thalhah
Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…..!!
Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita…..
Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka..
Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya. .Dibanding wanita itu…..
-----------------------------

Kemudian dalam satu karya Paulo Coelho -BRIDA- saya baca ini..

'Accept what life offers you and try to drink from every cup. All wines should
be tasted; some should only be sipped, but others drink the whole bottle'
'How will I know which is which?'
'By the taste. You can only know a good wine if you have first tasted a bad one'

Disclaimer: I have not tasted any wine..as for me, it can be anything..hehehehe

'People give flowers as presents because flowers contain the true meaning
of Love. Anyone who tries to possess a flower will have to watch its
beauty fading. But if you simply look at the flower in a field, you will
keep it forver, because the flower is part of the evening and the sunset and the
smell of damp earth and the clouds on the horizon'

'That is what the forest taught me. That you will never be mine, and that
is why I will never lose you. You were my hope during my days of loneliness, my
anxiety during moments of doubt, my certainty during moments of
faith..'

------------------------------------------

Ok sekian..

8 comments:

Che Kay said...

i like

sWeEt 'N LoVeLy said...

Masya Allah....beruntungnya orang2 yang beriman dan bersabar...
Sabar maya...saya selalu doakan Maya...yang terbaik pasti dapat yang terbaik..i.Allah...

maya ijau said...

Amin amin..
The best is yet to come..

Unknown said...

Ko doakan aku sekali ya cik maya ijau? ngehngehngeh

sWeEt 'N LoVeLy said...

maya...meh amik award kat blog saye...kite bagi ikan buntal cumel beberapa ekor tuk awak...

lieawulf said...

pergh..artikel yang hang amek kat 'ataphijau' tu memang menyentuh kalbu lah.. don't worry maya, soalan2 yang macam tu orang2 macam kita memang selalu kena dengar..tapi ingatlah satu perkara, setiap apa yang berlaku itu pasti yang terbaik untuk kita...ketetapan Allah untuk kita belum lagi bertemu jodoh yang terbaik itu adalah perkara yang terbaik untuk kita setakat hari ini dan waktu ini...kalau esok lebih baik untuk kita bertemu jodoh,nescaya Allah akan pertemukan kita dengannya..

don't worry...you are not alone. to face this, it's best to have friends to talk to and discuss such issues ;)

kita serupa hehehe.. take care maya..and may Allah bless us with the best jodoh soon, insha Allah.

-loy-

Internet Marketing said...

We need to reach millions of customers each day and internet marketing is the best way to make this happen. Internet Marketing not only drives traffic to our site and increases our revenues, but what is important, is to share to people that we have great services that they can use or tools that can help improve themselves and their lives.

Maya Ijau said...

thanks everybody.
saya doakan yg terbaik utk semua..dunia akhirat.. :)
LOy, no worries..
umor 35 kalo aku tak kawen lagi aku akan bela anak angkat..
jiwa mendidik kena dipenuhi..
kalo bela anak yatim kot dpt pencen akhirat lebih sikit..hehehe..
Doa aku, aku ditemukan dengan hambaNya yang juga mencintaiNya. Jika tiada di dunia, tidak mengapa..pencinta Agung sentiasa ada.. :)