Friday, 23 December 2011

Terdesak

Aku percaya ujian Allah adalah untuk meningkatkan iman kita. Bulan disember memberi ujian besar padaku..Apa ujiannya? Biarlah hanya Allah yang tahu.

Cuma aku nak kongsi ayat-ayat Ustaz Dr. Mahmud Al-Maghlani..yang memberi impak besar dalam mengharungi ujian Allah kali ini. Di saat aku merasa sesak dada, aku tahu, tiada seorang pun yang boleh mengeluarkan aku dari masalah dan beban perasaan ini melainkan Allah..sampai ke telingaku ayat ini...

Nil - Nothing: terima kasih tuhan.

Nicely said by my sister Murni here..
So no need for me to create a new one.

22 December 2011, 12:31am
Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur (and me in Bandar Baru Bangi)

Apa yang kami nak selama ini dimakbulkan tuhan. tapi, perit dan sedih terasa. walaupun ianya tak berpanjangan, inilah yang terbaik. itulah doa kami. menginginkan yang terbaik, dan inilah yang Allah bagi, maka inilah yang terbaik untuk semua. memang sedih. memang sangat menyedihkan, tapi memang ini yang kami minta. semoga tenang lah hati keduanya dan juga hati kami. mohon Allah mengampunkan dosa keduanya, dan juga dosa kami. tiada apa yang berubah antara kami dah mereka. semoga hidup lebih tenang dan kami kuat untuk semua ini. live life to the fullest! :')

april 1980 - december 2011

Sunday, 18 December 2011

Mahsyar Dunia

Assalamualaikum..fuuuuuuhhhhhhhhhhhhh!! tiup dulu, blog ni da berhabuk.
Hari ini hari Ahad. Sesuatu yang luar dari biasa sedang berlaku di rumah. Aku buat macam biasa..seperti tak mandi pagi, mencuci kandang kucing, meminyakkan kepala dengan Franch Oil. Sebenarnya aku menulis sekarang agar ada tempoh 20 minit sebelum aku bilas Franch Oil tersebut dan mandi...hehe..hari ni mandi lambat sebab mendung..(alasann..)

OK. Aku nak cerita pasal Padang Mahsyar..Seperti yang semua tahu, Padang Mahsyar adalah tempat berkumpul seluruh umat manusia selepas tiupan sang kekala yang kedua. Ya, kita semua akan dibangkitkan semula selepas mati..dan akan dinilai prestasi semasa di dunia. Bersedialah untuk menerima buku amalan masing-masing. Ya Allah, berilah ia pada tangan kananku Ya Allah..amin..

Minggu lepas aku menempuhi satu pengalaman yang memberi tamparan hebat kepada AKU. Ya, AKU. Aku namakan ia sebagai Mahsyar Dunia atau mungkin Mock Up Padang Mahsyar.



TEMUDUGA NAIK PANGKAT

Sebelum ini aku pernah ditemuduga. Naik pangkat juga. Tapi pengalaman dahulu cuma memberi aku gentar dan gementar..kerana tak pernah melaluinya. Seperti takut nak pergi perang. Aku ingat pengalaman kedua tiada masalah. Aku pasti boleh. Aku pernah masuk medan ini, aku pernah...