Friday 23 December 2011

Terdesak

Aku percaya ujian Allah adalah untuk meningkatkan iman kita. Bulan disember memberi ujian besar padaku..Apa ujiannya? Biarlah hanya Allah yang tahu.

Cuma aku nak kongsi ayat-ayat Ustaz Dr. Mahmud Al-Maghlani..yang memberi impak besar dalam mengharungi ujian Allah kali ini. Di saat aku merasa sesak dada, aku tahu, tiada seorang pun yang boleh mengeluarkan aku dari masalah dan beban perasaan ini melainkan Allah..sampai ke telingaku ayat ini...


"Pintu sepertiga malam yang terakhir.
Allah turun ke langit dunia berfirman Ada siapa yang nak minta, ada sesiapa yang berhajat, ada? ada? ada siapa?
Kita semua tanak jawab permintaan Allah ini. Kite semua tidur..atau sedang buat maksiat.Didetik itu...hadirkanlah diri kepada Allah. Allah sekali2 tidak akan menghampakan kita. Kerana kalau seseorang yang betul2 terpaksa dan terdesak meminta dalam doanya, siapa lagi yang akan menjawab kalau bukan Allah??? Kalau betul2 kita terpaksa/desperate, Allah akan menjawabnya.."


Aku bangun malam itu, meminta dengan bersungguh-sungguh. Aku yakin Dia dekat sangat masa tu..

Keesokan harinya..keajaiban Allah datang..aku sambut dengan sujud syukur..Kau benar-benar tidak menghampakan kami..Terima kasih Allah!

"Ud'uuni astajib lakum" Berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan kepadaMu..

Aku berharap aku boleh lebih FOKUS pada pelajaran selepas ini..AMIN!

1 comment:

Che Kay said...

semoga maya dipermudahkan semua urusan... =)