Monday, 27 August 2012

Perlu vs. Mahu

Allah yang Maha Tahu.
Sentiasa
Apa yang kita minta, tak sama dengan apa yang kita perlu

Ku minta dengan deraian air mata
Moga Allah ringankan jodohku
Moga Allah temukan aku dengan hambaNya juga mencintaiNya.
Biar cinta kami jadi cinta segi tiga
Berlumba-lumba mencari redhaNya
Kadang-kadang timbul rasa segan dan malu
Kerana terlalu meminta minta
Seperti tidak sabar
Malu sebab kita hamba
Layakkah terlalu meminta minta?

Ku pohon jika ini memang ujianku
Ku pohon dengan deraian air mata
Biar air mata ini digantidengan pohon-pohon indah di syurga
Jika ini ujianku
Moga Allah salurkan sedikit kekuatan, kesabaran dan kelapangan dada
Moga Allah angkat rasa sesak dan sebak di dada
Jika ini ujianku
Moga doaku diganti dengan keselamatan diri 
daripada keburukan yang akan menimpa
Moga senyumanku terus mekar seperti biasa
Untuk aku terus melangkah mencari RedhaNya

Aku cuma manusia biasa
Perkahwinan itu bukan kemuncak kehidupan
Cuma aku juga ingin tiket 
Tiket mudah ke syurga
Tiket keluasan pintu rezeki
Tiket pahala anak-anak soleh 
Tapi nampaknya tiket aku mahal harganya

Aku redha
Aku pasrah
Aku bersangka baik dengan Dia
Aku yakin Dialah sebaik-baik Wakil
Aku yakin sepenuh hati

17 Ramadhan 1433H
Dia hantar berita gembira
Bukan jodoh yang Dia hantar
Tapi
Tiket menjadi TetamuNya InsyaAllah
Menumpang tuah bonda 
Yang sentiasa manis mulutnya
Yang sentiasa masin doanya

Tanah Haram
Tunggu aku
Tak sabar untuk meletakkan dahiku di rumahMu
Tak sabar menanti Wukuf yang singkat itu
Berdoa
Dan terus berdoa..
Di sebaik-baik masa dan tempat berdoa

Tanah Haram
Tunggu aku
Aku kejar yang 'Perlu'
Moga Allah susuli dengan yang 'Mahu'

Amin!
Doakan kami!

3 comments:

hafiz said...

amin! amin! amin! Allah akan makbulkan! :')

Norlela said...

bila nak pergi ni? moga dimakbulkkan doamu...

murniizar said...

T_T i love u, kak maya