Thursday, 27 August 2009

sengal

Saya sayang blog saya TAPI...
Saya tak sempat nak kemaskini blog saya
Saya rasa entry saya sengal2 belaka sampai saya sendiri malas nak baca.

BOLEH TAK SAYA NAK DELETE JE SEMUA???

Tuesday, 25 August 2009

My wishes for you

"Canim benim", "Tatli Maya" dan banyak lagi adalah nama timangan saya di Turki..
Alhamdulilah, saya takde masalah untuk buat orang di sana sukakan saya. Saya cuma perlu senyum..memadai..15 minit selepas itu pastu ada yang akan datang hampir sambil memanggil saya dengan nama-nama timangan saya..ada yang siap memberikan rantai yang tergantung di leher supaya saya tidak melupakan dia..sungguh terharu..

Canim benim = my darling, sayang..
Tatli Maya = sweet Maya..

Jangan marah. bukan saya yang suruh, tidak juga meminta dipanggil begitu.

So for all my darlings (canim benim) in Turkey if you guys read this, these are my wishes for all of you..may Allah bless you always..


  • Comfort on difficult days
  • Smiles when sadness intrudes
  • Rainbows to follow the clouds
  • Laughter to kiss your lips
  • Sunsets to warm your heart
  • Hugs when spirits sag
  • Beauty for your eyes to see
  • Friendships to brighten your being
  • Faith so that you can believe
  • Confidence for when you doubt
  • Courage to know yourself
  • Patience to accept the truth
  • Love to complete your life

Saturday, 22 August 2009

Hati Emas

Pagi tadi lagu ini kedengaran di corong radio..
aku tersenyum sendiri kerana ia kedengaran seperti 'aku dan pengembaraanku'..

terutamanya di sini..
"Oh terdengar suara halus, Bagai dengar dan menghilang, Katanya pulanglah oh anakku, Ia tiada di sini.."

bila balik rumah, adik-adik cerita bila mereka tunjuk gambar-gambar aku di Turki, rupanya ibu akan kata.."asyik berjalan je..balik le.." hehehehe... :P

=========================================================
M. Nasir
Hati Emas

Berjalan di tanah gersang
Mentari mencekam dada
Debu-debu di jalanan
Menjadi teman setia

Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui

Oh! terdengar suara halus
Bagai dengar dan menghilang
Katanya pulanglah oh anakku
Ia tiada di sini

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Di masa kini adakah kau peduli

Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui
===============================

Mungkinkah aku telah temui hati emas, atau selamanya takkan ku temui??
Aku sendiri tiada jawapannya..

pulang ku ke sarang

Jam menunjukkan waktunya..1.40 pagi tapi mata ini masih belum mengantuk..mungkin kerana aku masih selesa dengan waktu turki yang lewat 5 jam.
Ya, aku sudah pulang ke tanahair pada 20 Ogos 2009 jam 6.10 pagi. Kepulangan kali ini agak berbeza kerana aku pulang sendirian ke rumah, kerana aku berkeras tidak mahu dijemput di lapangan terbang..khuatir virus selsema yang semakin teruk menular..khuatir menjangkiti keluarga..aku buat keputusan untuk pulang sendiri dengan menaiki teksi..pelik rasa pulang tidak terus memeluk ibu yang aku sepasti-pastinya sangat merindui aku. Mengapa tidak, kerana bila aku jengah saja pintu rumah tangan ibu sudah terbuka luas dan jelas kedengaran kata ibu, "rindunya..." tapi aku terpaksa menolak tawaran tersebut..kerana aku rasa aku perlu membersihkan diri..beribu-ribu orang aku jumpa sepanjang perjalanan..ya aku khuatir kerana perjalanan aku jauh dan panjang..
setelah membersihkan diri, aku peluk ibu..ibuku menangisssss..ntah mengapalah agaknya..pemergianku hanya selama 6 bulan..mungkinkah ibu terasa seperti 6 tahun..Aku juga rindukan ibu..aku pujuk ibu supaya tidak menangis lagi..ku cium dahi dan pipi ibu..erm..kedut di wajah ibu sudah bertambah..bisik di dalam kepalaku..

Syukur pada Dia yang telah mengizinkan aku pulang dengan selamat setelah diuji dengan pelbagai ujian..

11 July
11 August

sudah lebih dua bulan blog ini sunyi tanpa aliran-aliran idea gilaku..
bukan aku malas, tapi kerana aku punya priority lain..
jadi sudi-sudilah menjenguk lagi kerana banyak yang ingin aku ceritakan..

aku pasti pelbagai cabaran menanti di tempat kerja..takpe..kita kayuh perlahan-lahan..