Jam menunjukkan waktunya..1.40 pagi tapi mata ini masih belum mengantuk..mungkin kerana aku masih selesa dengan waktu turki yang lewat 5 jam.
Ya, aku sudah pulang ke tanahair pada 20 Ogos 2009 jam 6.10 pagi. Kepulangan kali ini agak berbeza kerana aku pulang sendirian ke rumah, kerana aku berkeras tidak mahu dijemput di lapangan terbang..khuatir virus selsema yang semakin teruk menular..khuatir menjangkiti keluarga..aku buat keputusan untuk pulang sendiri dengan menaiki teksi..pelik rasa pulang tidak terus memeluk ibu yang aku sepasti-pastinya sangat merindui aku. Mengapa tidak, kerana bila aku jengah saja pintu rumah tangan ibu sudah terbuka luas dan jelas kedengaran kata ibu, "rindunya..." tapi aku terpaksa menolak tawaran tersebut..kerana aku rasa aku perlu membersihkan diri..beribu-ribu orang aku jumpa sepanjang perjalanan..ya aku khuatir kerana perjalanan aku jauh dan panjang..
setelah membersihkan diri, aku peluk ibu..ibuku menangisssss..ntah mengapalah agaknya..pemergianku hanya selama 6 bulan..mungkinkah ibu terasa seperti 6 tahun..Aku juga rindukan ibu..aku pujuk ibu supaya tidak menangis lagi..ku cium dahi dan pipi ibu..erm..kedut di wajah ibu sudah bertambah..bisik di dalam kepalaku..
Syukur pada Dia yang telah mengizinkan aku pulang dengan selamat setelah diuji dengan pelbagai ujian..
11 July
11 August
sudah lebih dua bulan blog ini sunyi tanpa aliran-aliran idea gilaku..
bukan aku malas, tapi kerana aku punya priority lain..
jadi sudi-sudilah menjenguk lagi kerana banyak yang ingin aku ceritakan..
aku pasti pelbagai cabaran menanti di tempat kerja..takpe..kita kayuh perlahan-lahan..
No comments:
Post a Comment