Assalamualaikum..fuuuuuuhhhhhhhhhhhhh!! tiup dulu, blog ni da berhabuk.
Hari ini hari Ahad. Sesuatu yang luar dari biasa sedang berlaku di rumah. Aku buat macam biasa..seperti tak mandi pagi, mencuci kandang kucing, meminyakkan kepala dengan Franch Oil. Sebenarnya aku menulis sekarang agar ada tempoh 20 minit sebelum aku bilas Franch Oil tersebut dan mandi...hehe..hari ni mandi lambat sebab mendung..(alasann..)
OK. Aku nak cerita pasal Padang Mahsyar..Seperti yang semua tahu, Padang Mahsyar adalah tempat berkumpul seluruh umat manusia selepas tiupan sang kekala yang kedua. Ya, kita semua akan dibangkitkan semula selepas mati..dan akan dinilai prestasi semasa di dunia. Bersedialah untuk menerima buku amalan masing-masing. Ya Allah, berilah ia pada tangan kananku Ya Allah..amin..
Minggu lepas aku menempuhi satu pengalaman yang memberi tamparan hebat kepada AKU. Ya, AKU. Aku namakan ia sebagai Mahsyar Dunia atau mungkin Mock Up Padang Mahsyar.
TEMUDUGA NAIK PANGKAT
Sebelum ini aku pernah ditemuduga. Naik pangkat juga. Tapi pengalaman dahulu cuma memberi aku gentar dan gementar..kerana tak pernah melaluinya. Seperti takut nak pergi perang. Aku ingat pengalaman kedua tiada masalah. Aku pasti boleh. Aku pernah masuk medan ini, aku pernah...
Rupanya tidak. Pengalaman kali ini berbeza. Ia seperti Mahsyar..
Aku disoal apa sumbangan setelah memegang jawatan. Aku pun ceritakan pengalaman-pengalaman yang diperolehi. Namun ia disangkal kerana tiada output yang relevan dan signifikan. Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya sistem dunia ini tak pernah sempurna sesempurna sistem pemantauanMu. Aku disoal dengan keras. Dikatakan tidak memberi sumbangan. Performance Orang Mati. Bukan orang lain, tetapi aku. Aku tahu Allah sedang pancar spotlight pada aku dan soal. Apa aku dah buat?? Maha Suci Allah yang Maha Melihat. Setiap kebaikan akan dikira. Sistem dunia tidak begitu, kerana manusia bukan Maha Melihat. Kebaikan tertentu sahaja akan dikira. Nasib aku tidak berapa baik, kerana percaturan aku salah, kerana aku bermain catur di padang bola..maka kalah laaaa. Pengalaman ini menyedarkan aku dan aku terima ia sebagai cabaran untuk memperbaiki diri.
Seperti di Padang Mahsyar, perbicaraan kita akan disaksikan oleh orang sekeliling. Di dalam bilik itu, aku disaksikan oleh calon-calon lain. Malu juga tapi aku kuatkan semangat kerana ini semua hanya satu fasa yang perlu ditempuhi. Yang menilai aku itu juga manusia. Paparan di dinding mengingatkan aku pada paparan hidup kita semua nanti akan dipertontonkan kepada semua manusia. Saat dalam temuduga, maklumat dipaparkan di layar dan aku tidak dibenarkan mempertahankan diri, sama seperti nanti dimana lidah tidak lagi boleh bicara apabila anggota lain akan memberi kesaksian di atas segala perbuatan kita. Huhuhu..Takpela..aku dah jawab sebaik dan sejujur mungkin.
Persepsi manusia berbeza bergantung kepada cara kita melihat dunia. Aku terkedu dengan komen pedas penilai pada aku hanya kerana pandangan aku yang berbeza. Berbeza tidak semestinya salah bukan? Tapi tidak mengapa. Itu cuma persepsi mereka pada aku yang juga tidak sempurna, mungkin salah aku yang tidak menguruskan kerjaya supaya memberi impression yang lebih baik.
Pernah aku terbaca frasa ini: "Jika tahu, tapi tak buat-->kita akan dipersoalkan. TAHU, DAN BUAT TAPI SAMBIL LEWA atau 'ASAL BUAT'--> juga kita akan dipersoalkan kerana setiap yang kita lakukan mestilah lakukan yang terbaik.
Itulah pengajaran terbesar untuk pengalaman Mahsyar Dunia kali ini. Tamparan hebat buat aku, memberitahu AKU BELUM BUAT YANG TERBAIK SEDANGKAN MAMPU BERBUAT DEMIKIAN.
SURAH AN-NUR (24) AYAT 37-40
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan (24:37)
Mereka mengerjakan semuanya itu supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung. (24:38)
Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya.(24:39)
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (24:40)
Ok,jom mandi dan basuh rambut.. :)
4 comments:
jika sudah tertulis rezeki, insyaallah menjadi milik yang selayaknya. =)
itulah yang saya jawab masa interview..jika sudah layak pasti dapat..jika belum, perbaiki..
Tersentuh dengan entry Maa ang ini. sesekali tertanya diri sendiri...
agaknya sebab tu kot Allah tak bagi lagi akak punya backdated gaji yang tertunggak tu... Dia YANG MAHA PEMBERI REZEKI... kalau ada, ada, takde sudah dan perbaiki diri...
itu yang meluru dalam kepala saya. betul tu kak, kita kena terus berbakti no matter what.
Ustaz Pahrol cakap, untuk luaskan rezki, luaskan definisi rezeki. Jika hanya cuma wang = rezeki, maka memang la sempit rezeki kite. jika, rezeki = wang, kesihatan, famili, sahabat, bekerja tidak mengganggur, anak soleh, suami soleh..maka luasla rezekinya.. :)
Post a Comment