"Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya)." Surah Al-Isra' ayat 13.
Beliau diajar Rasulullah saw untuk bersyahadah. Beliau mengikut dengan baik. Tetapi selepas itu sahabat yang sedang sakaratulmaut ini berkata: "Sebiji kurma, ambillah semua."
Para sahabat hairan dengan tingkahlaku sahabat ini. Maka apabila telah selesai pengkebumian beliau, sahabat bertanya kepada Rasulullah, mengapa beliau berkata demikian.
Ini penjelasan Rasulullah: Sahabat ini pernah mendermakan kurma untuk berbuka puasa. Tinggal padanya sebiji kurma. Tiba-tiba datang seorang meminta sedikit kurma. Maka sahabat itu membelah kurma itu dan memberikan padanya separuh.
Di ambang sakaratulmaut, beliau dapat melihat semua pahala yang beliau kerjakan. Maka kelihatan pahala separuh biji kurma. Dengan nada sesal dan merasa rugi maka beliau berkata: "Sebiji kurma, ambillah semua."
No comments:
Post a Comment