Pages

Friday, 6 July 2012

Aku, buah dan hidup

Nama saya Maya. Saya seorang saintis. Kerja saya berkisar tentang buah-buahan.
Maha Suci Allah yang telah menciptakan segala macam buah-buahan untuk kita nikmati.
Semakin saya mengenali buah-buahan semakin saya kagum dengan kehebatan Maha Esa.

Saya perhati dan fikir. Maka inilah inferens saya. Moga bermanfaat.

Falsafah buah No.1: Buah yang cantik luaran, tak semesti cantik isinya. Yang buruk luaran,tak mesti buruk isinya.

Falsafah buah No.2: Kalau sabar, nantikan buah masak ranum di pokok, baru dipetik. Isinya manis, benihnya boleh disemai-untuk terus menikmati buah manis. Buah dipetik awal, harus diperam. Isinya manis, tapi benihnya mungkin tumbuh, mungkin tidak.

Falsafah buah No.3: Buah yang cantik kulitnya harus waspada.
Disembur racun dari putik sehingga matang.

Falsafah buah No. 4: Buah yang masak ranum lagi harum, walaupun disorok harumnya akan menyapa orang di sekelilingnya. Buah buruk juga begitu.

Falsafah buah No.5: Jika masa menjadi taruhan--ingat durian dan jagung. Durian itu panjang umurnya, tapi satu biji cuma beberapa ulas. Jagung itu pendek umurnya. Satu tongkol banyak bijinya. 
Sama penting. Yang mana lebih banyak manfaat berbalik pada masa yang Allah pinjam pada kita di dunia.

No comments: