Saturday 10 August 2019

TIPS HAJI UNTUK WANITA (Bahagian 1)

Ada sahabat yang mendapat panggilan haji tahun ini (2016). Dia minta saya kongsikan tips di whatsapp group kami. Saya semadikan di sini agar lebih ramai boleh dapat manfaatnya, insyaAllah.

Tips Haji--UMUM

Kesihatan: 
1.Bawalah ubat secukupnya.
Demam, batuk, kahak, cirit birit, motion sickness, sakit tekak, antihistamine/selsema dll yg berkaitan.

Klinik TH mmg ada..tapi orgnye ramai..tiada di setiap hotel. Ada masa kena pegi ke hotel lain..perlu jalan dan tunggu giliran.
Bawaklah ubat sakit tekak (lozenges---bawaklah berpapan2, berkotak2)
Kebarangkalian akan sakit tekak sgt tinggi. Boleh beli di farmasi sana tp mahal sekali ganda. 

2. Pil tahan haid
kebanyakan ustazah bimbingan haji tak sarankan. Biar semulajadi. Raikan sahaja. Jgn risau pasal Haid...pengalaman sy haid di Mina..lama saya dalam ihram..tapi santai je..saya bawa byk buku psl mekah madinah..masa sy isi dgn baca buku. Bila bosan sy turun ke lobi layan/tlg makcik2 dan nenek2. 

3.Mobility
Haji ni honeymoon 40 hari. Cherish the moment ok! Pakat dengan suami utk sentiasa dgn dia..ke masjid terutamanya. Tak digalakkan utk ikut klik perempuan. Jika pergi bersama suami..biar dia jlnkan tanggungjawab dia jaga kita. Nampak mcm leceh..tapi itulah yg terbaik.
Saya pergi dgn ibu jadi kami yg xde mahram/suami jln sama2..jaga maslahat sesama ahli.

Never move alone. Never. 
Mood di sana lain. Masa sy pegi sana masih anak dara. Allah tunjuk dpn mata saya isteri boleh hilang pertimbangan dgn lelaki ajnabi..
The vibes is different there. Dah kawen ni baru lebih faham. Sbb tu elok gi haji dgn pasangan. Perasaan lebih aman dan selamat.

4. Shopping 
Sila berbelanja di madinah. Lebih tenang, santai dan sejuk. Orgnya lebih ramah dan lembut. Quality juga lebih baik.Ibadah haji pun dah selesai...

5. Sila berlatih berjalan kaki skrg..brisk walking. Kalau lapang cuba tingkatkan stamina sampai sejam berjalan..biar lenguh2 tu habis kat malaysia..hehe..
Ini wajib buat 

6. Amal supplement especially vitamin C. Biar badan sihat. Tp exercise tu wajib. Baru mantap kesihatan jangka panjang.

Tips di Arafah 

1. Pakaian 
bawa yg paling selesa sesuai dgn cuaca. Warna putih cuma sunat. Saya pakai jubah cotton plg selesa yg saya ada dipasangkan dgn seluar.Warna coklat. Saya pakai tudung instant. Tak pakai telekung putih. Mmg sy dgn mak sy pelik dr org..hehe. Arafah sgt panas masa tu. Mahsyar dunia. Peluh x berhenti..macam paip bocor. Jadi kami buat pilihan tepat pakai baju yg paling selesa. 
Persalinan tak perlu banyak. Bawak 2 psg dlm beg cukup. Sepasang lg di badan.
Bawa seluar dlm pakai buang jika ada.
Telekung-saya pakai masa solat shj..keadaan di arafah sehingga ke mina penuh debu. Pakai putih akan nampak comot dan akan membawa kepada keinginan utk mandi---TH x bagi mandi sbb berada di arafah tu sekejap sahaja. Tak dpt mandi..rasa stress pula..
tapi akan kelihatan ramai yg degil dan mandi juga...ketahuilah air di padang pasir walaupun mencurah2 panasnya sekitar 50-60 darjah. Saya x sanggup..hihihi...sy melompat terkejut masa pertama kali mandi di mina.
**di arafah saya cuma bersihkan muka, tangan, kaki dan ganti pakaian dlm je..hehe..

Saya tak bawa beg kecil yg TH bagi. Saya bawa bagpacker punye beg sbb masa tu sy bawa baju mak sekali. Mak saya lenggang bawa beg kecik isi bekal air dan bantal kecil. Cadangan saya bawalah beg sandang belakang. TH punyaatau beg lain..terserah..
-makanan xperlu banyak sampai berat beg. Dlm perjalanan ke arafah pun akan dpt goodie bag. Pastu makanan diberi selang 2 jam. Cuma spare food utk "camping" kat muzdalifah je..

**Di Arafah tak padat sangat. Q utk tandas x panjang...org pun masih tenang..sopan santun..jadi xperlu risau. 
**bab amalan masa wukuf sy x cover. Sure dah blaja masa kursus haji. 

Selesai wuquf, masuk maghrib..semua org pack up utk naik bas ke muzdalifah. 
Semua org akan teruja nak naik bas. Tunggu sahaja giliran. Takkan ada yg tertinggal di Arafah..


Tips di Muzdalifah 

Tiba di Muzdalifah..
Sesak dan berdebu.
Turun bas dan masuk 'kandang'. Carilah tempat yg boleh kita luruskan belakang utk tidur. Dah malam. Kalau rajin carilah batu. Kalau x dpt cukup batu boleh cari di Mina. Jangan risau. Baik tido dan rehat. Malam tu malam plg nyenyak kami tidur. Tak hirau kiri kanan. Bukan selalu dpt tidur bawah langit yg indah..beberapa jam sebelum subuh..kena Q naik bas semula utk ke Mina. Kami pilih utk tidak berebut jadi kami solat subuh di Mina. Makan sarapan pagi (bekal bawa dari hotel) sambil tunggu bas. 
Masa ni makij teruk org berebut. Nak sampai awal di mina sbb nak rebut tempat tidur ngadap aircond..hehehe..saya sampai lambat xdptlah. Tapi rezeki ahli khemah baik2 belaka...xde masalah nk tumpang2 duduk bawah blower aircond.

No comments: