Entry ini lebih panjang kerana macam-macam benda nak diceritakan.
1. Mina secara umum
Mina oh Mina
Sampai di Mina---Masa untuk kemas diri. Sebab dah 2 hari tak mandi. Berdebu. Tandas ada banyak--tapi orang pun ramai. Kongsi dgn jemaah negara china dan indonesia...kena Q 30min..boleh kenal mcm2 org tgk mcm2 perangai.
Di Mina kita berehat2 berzikir dan baca Quran. Dan MAKAN. Buah, biskut, air kotak, mi segera..free flow sampai tak lalu nk tgk. Air mineral/kosong boleh tadah di luar kem..ada pitstop air sejukkkk...di padang pasir air sejukk tu nikmatnya Ya Allah..
2. Makan dan makanan
Tips penting bab mknn--jika xmahu makan---tak perlu ambil. nanti jenuh nak pikul bawa balik hotel kat mekah. Alternatif lain--boleh ambik tapi sedeqah pd org di sepanjang perjalanan melontar..
Kenapa saya pesan--sebab saya tgk ramai makcik2 nenek rebah membimbit beg pakaian yg tiba2 berat penuh biskut dan air kotak balik hotel. Bas bukan parking depan hotel..nun d jauh kita kena menapak. Ada yg beli beg extra di mina utk isi mknn..semua tu x perlu..huhu..bila ada mknn lebihan..kita boleh pulangkan pada stesen mknn di dlm kawasan kem. Sesiapa boleh ambil. Jadi x tadi tanggungjawab kita wajib ambil tiap kali diberi.
Bab makan--makanan di Mina plg tak sedap. Bukan rungutan tapi fakta. Nasi, daging rebus, sayur kacang rebus, takde kuah. Ulang2 yg sama beberapa hari. Nasihat saya, jamahlah buat sumber tenaga untuk jalan melontar nanti.
Opsyen lain---di luar kem ada kedai2 jual roti tempayan, etc..tp situasi saya masa tu x mengizinkan saya nk explore semua tu sbb saya xde mahram. Dlm perjalanan balik melontar adalah peluang singgah beli2 kalau ada..makan ais krim :)
Opsyen lain makan megi. Bawalah kole. Air panas free flow.
3. Dobi?
Jangan sibuk basuh baju---kerana takde tempat jemur pun..huhu...
4.Kebersihan
----bab tuala wanita----sampah ini akan memenuhi tandas...di sisi2 tepi dinding..menjijikkan. kenapa tinggalkan di situ? Menyedihkan bila tengok semua tu. Pembimbing haji akan beritahu---pad tu boleh buang dlm lubang jamban sbb bawah tu ada tangki...baik buang dalam lubang tu..jgn risau xde pun tandas sumbat..bila mandi sy tlg sepak2-tolak2 pad2 yg bergelimpangan masuk dlm lubang jamban.
Boleh la saling berpesan buat begitu nnt. Harapnya kuranglah masalah ni musim haji kali ini.
5. Mina tempat ujian.
Perangai sebenar akan keluar masa tu.
Benda kecik boleh bawa pada gaduh yg besar.
Kerana semua org kepenatan dalam segala kesesakan. Maka banyakkan diam kerana bila bergaduh (jidaal) hilang peluang nak dpt haji mabrur..bab ni kena hati-hati betul. Benda yg akan trigger marah kita selalunya benda yg kita tak sangka...jadi kena sentiasa hati2, bykkan diam dan zikir.
Masa kami di Mina, ada beberapa org nenek/makcik tua tidur duduk kerana ahli khemah dia xnak kongsi ruang sempit bersama..dia nak tidur mcm dia kat umah.
Nanti bila kita cuba betulkan kesalahan ada yg tanya---awak ni siapa (
6. Solat
Kes ramai nak solat jemaah dgn ustaz sedangkan benda tu tak boleh kerana saff dah putus. Bila disuruh solat jemaah ikut khemah masing2 semua tolak menolak xmahu jadi imam. Bila ada org offer jadi imam dia komplen x dgr..hehehe..
jadi kena pakat..sorang imam pastu beberapa org yg tlg kuatkan suara imam..lantik siap2 sblm solat.
7. Melontar
Melontar--jalan kaki selama lebih kurang 90min. Pengalaman melontar amatlah mengujakan. Jagalah keselamatan sepanjang masa. Melontar sebelah malam amat selesa...tapi bawalah bekal air secukupnya. Masa perjalanan pergi agak sesak tp masa pulang lebih santai..bolehlaa nk shopping..ramai org jual2 tepi jalan..hihi...
Selepas melontar yg pertama, ada jemaah yg berani balik sendiri ke mekah (atas risiko sendiri) utk tawaf supaya haji mereka lebih cepat selesai. Saya x berani komen apa2 cuma berhati2lah..jgn sampai tertinggal syarat2 haji..saya ikut TH sepenuhnya...
Jika sakit, cedera..maka upahkan shj lontaran tersebut.
Jangan sedih ok! Kita ada misi besar di Mekah iaitu Tawaf Haji dalam lautan manusia.
No comments:
Post a Comment