Monday, 27 August 2012

Perlu vs. Mahu

Allah yang Maha Tahu.
Sentiasa
Apa yang kita minta, tak sama dengan apa yang kita perlu

Ku minta dengan deraian air mata
Moga Allah ringankan jodohku
Moga Allah temukan aku dengan hambaNya juga mencintaiNya.
Biar cinta kami jadi cinta segi tiga
Berlumba-lumba mencari redhaNya
Kadang-kadang timbul rasa segan dan malu
Kerana terlalu meminta minta
Seperti tidak sabar
Malu sebab kita hamba
Layakkah terlalu meminta minta?

Ku pohon jika ini memang ujianku
Ku pohon dengan deraian air mata
Biar air mata ini digantidengan pohon-pohon indah di syurga
Jika ini ujianku
Moga Allah salurkan sedikit kekuatan, kesabaran dan kelapangan dada
Moga Allah angkat rasa sesak dan sebak di dada
Jika ini ujianku
Moga doaku diganti dengan keselamatan diri 
daripada keburukan yang akan menimpa
Moga senyumanku terus mekar seperti biasa
Untuk aku terus melangkah mencari RedhaNya

Aku cuma manusia biasa
Perkahwinan itu bukan kemuncak kehidupan
Cuma aku juga ingin tiket 
Tiket mudah ke syurga
Tiket keluasan pintu rezeki
Tiket pahala anak-anak soleh 
Tapi nampaknya tiket aku mahal harganya

Aku redha
Aku pasrah
Aku bersangka baik dengan Dia
Aku yakin Dialah sebaik-baik Wakil
Aku yakin sepenuh hati

17 Ramadhan 1433H
Dia hantar berita gembira
Bukan jodoh yang Dia hantar
Tapi
Tiket menjadi TetamuNya InsyaAllah
Menumpang tuah bonda 
Yang sentiasa manis mulutnya
Yang sentiasa masin doanya

Tanah Haram
Tunggu aku
Tak sabar untuk meletakkan dahiku di rumahMu
Tak sabar menanti Wukuf yang singkat itu
Berdoa
Dan terus berdoa..
Di sebaik-baik masa dan tempat berdoa

Tanah Haram
Tunggu aku
Aku kejar yang 'Perlu'
Moga Allah susuli dengan yang 'Mahu'

Amin!
Doakan kami!

sembilan amin dan qowiyy


Syawal 1433H
Ogos 2012

Ya Allah, kukuhkanlah kasih sayang antara kami. 

Berikanlah kami keberkatan umur, keberkatan masa, 
kesihatan, ketenangan hati dan rezeki yang luas.
Masukkanlah kami di dalam golongan yang kau janjikan Jannah.
AMIN

Sunday, 29 July 2012

alam seterusnya


Ditujukan kepada semua yang akan ke liang lahad. Ingatlah perkara berikut moga liang lahad kita menjadi seluas-luas tempat berehat :) Dalam perkataan lain, cara untuk elak seksa kubur.

Buatlah perkara berikut:
1. jaga solat
2. bersedeqah
3. baca quran
4. bertasbih

Jauhi perkara berikut:
1.jangan berdusta
2.jangan khianat
3.jangan mengadu domba
4.jangan kencing berdiri (kebanyakan orang lepas pandang hal ini--kebanyakan seksa kubur berpunca kerana hal yang ini.)

Thursday, 19 July 2012

Ingat vs Lupa; Kita vs Orang

Pesanan Luqman Al-Hakim

UNTUK BAHAGIA DI DUNIA

Ingatlah kebaikan orang pada kita
Ingatlah kejahatan kita pada orang

Lupakan kebaikan kita pada orang
Lupakan kejahatan orang pada kita

Tahlil

2 hari sebelum ramadhan.

Hari ini ada tahlil. Aku dah lama tidak menyertai majlis tahlil.
Hari ini aku bersama-sama rakan sepejabat ramai-ramai berzikir
LA ILAHA ILLA ALLAH
Berkali-kali...berulang-ulang.
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
Berkali-kali...berulang-ulang..

Satu perkara mendatangi minda aku.

KALAU AKU BERTUHANKAN ALLAH...mengapa aku selalu sangat menjadikan dunia sebagai 'tuhan'. Oh sesal..sesal.. 
Allah boleh tunggu. TV tak boleh.
Allah boleh tunggu. Kerja tak boleh.
Allah boleh tunggu. Makan tak boleh.
Apa nak jadi..Maya??

Allah MEMANG boleh tunggu. Tapi banyak ke lagi masa yang kita ada??

Saturday, 14 July 2012

XPDC - Sedekah

                                             


Aku tak paham sepenuhnya. Tapi pada aku ia sangat puitis. Lagu kesukaanku pada tahun 2000.

Jika malam aku pergi
Mendamaikan keluhan
Dan sejernih embun pagi
Dari hujung cahaya
Apa ada lagi sentuhan
Apa perlu aku lakukan
Gelora nasibku
Di tengah lautan
Menjunjung kasih
 Dayu angin membisik
Seolah kau berkata
Dari sebuah pandangan
Capai bahasa kita
Ada lagi yang kau tinggalkan
Ada lagi yang aku simpan
Kenangan berlalu
Mana mungkin lupakan
Aduhai saujana

Thursday, 12 July 2012

Sebiji kurma, ambillah semua!

Mesej: Jangan berkira untuk berbuat baik kerana setiap perbuatan baik itu dikira.




"Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya)." Surah Al-Isra' ayat 13.
Seorang sahabat Nabi sedang sakaratul maut.

Beliau diajar Rasulullah saw untuk bersyahadah. Beliau mengikut dengan baik. Tetapi selepas itu sahabat yang sedang sakaratulmaut ini berkata: "Sebiji kurma, ambillah semua."

Para sahabat hairan dengan tingkahlaku sahabat ini. Maka apabila telah selesai pengkebumian beliau, sahabat bertanya kepada Rasulullah, mengapa beliau berkata demikian.

Ini penjelasan Rasulullah: Sahabat ini pernah mendermakan kurma untuk berbuka puasa. Tinggal padanya sebiji kurma. Tiba-tiba datang seorang  meminta sedikit kurma. Maka sahabat itu membelah kurma itu dan memberikan padanya separuh.
Di ambang sakaratulmaut, beliau dapat melihat semua pahala yang beliau kerjakan. Maka kelihatan pahala separuh biji kurma. Dengan nada sesal dan merasa rugi maka beliau berkata: "Sebiji kurma, ambillah semua."

Friday, 6 July 2012

Aku, buah dan hidup

Nama saya Maya. Saya seorang saintis. Kerja saya berkisar tentang buah-buahan.
Maha Suci Allah yang telah menciptakan segala macam buah-buahan untuk kita nikmati.
Semakin saya mengenali buah-buahan semakin saya kagum dengan kehebatan Maha Esa.

Saya perhati dan fikir. Maka inilah inferens saya. Moga bermanfaat.

Falsafah buah No.1: Buah yang cantik luaran, tak semesti cantik isinya. Yang buruk luaran,tak mesti buruk isinya.

Falsafah buah No.2: Kalau sabar, nantikan buah masak ranum di pokok, baru dipetik. Isinya manis, benihnya boleh disemai-untuk terus menikmati buah manis. Buah dipetik awal, harus diperam. Isinya manis, tapi benihnya mungkin tumbuh, mungkin tidak.

Falsafah buah No.3: Buah yang cantik kulitnya harus waspada.
Disembur racun dari putik sehingga matang.

Falsafah buah No. 4: Buah yang masak ranum lagi harum, walaupun disorok harumnya akan menyapa orang di sekelilingnya. Buah buruk juga begitu.

Falsafah buah No.5: Jika masa menjadi taruhan--ingat durian dan jagung. Durian itu panjang umurnya, tapi satu biji cuma beberapa ulas. Jagung itu pendek umurnya. Satu tongkol banyak bijinya. 
Sama penting. Yang mana lebih banyak manfaat berbalik pada masa yang Allah pinjam pada kita di dunia.

Saturday, 16 June 2012

Saya menang RM100! Whoa...

Hari ini dalam sejarah, saya telah memenangi Hadiah Utama. Usah dilihat harganya, tapi lihat pada namanya! Teruja OK. Kali pertama..

Tapi sebelum itu, kita promo sikit siapa pengelola pertandingan ini. MORRIELAND. MORRIELAND™ : Young Learner’s Edutainment Network is an online platform that combines education and entertainment for users to hone their reading skills and further improve their proficiency in English.

At MORRIELAND™, users are exposed to self-learning method which is fun, entertaining and reliable. It encourages users to explore the storybooks and test their reading skills through various interactive games. Users are also able to enhance their understanding of the stories through the video animation provided.


----------------------------------------------------------------

Saya teruja pada suatu malam gelap gelita, sahabat saya Loy mengajak segenap marhaen di Malaysia memasuki satu pertandingan bercerita- bagaimana kucing jatuh dalam longkang. Tajuknya cukup menarik membuatkan saya terus mengarang..dan menghantarnya. Insipirasi saya ambil dari kisah-kisah yang saya lalui sebelum ini..Berikut adalah kisahnya..

Hari ini saya dapat tahu..saya menang!! Saya menang!!
Saya harap pihak Morrieland akan sediakan hasilkan satu illustrasi super menarik untuk cerita ini.
Wang kemenangan yang dijanjikan akan digunakan untuk membeli Pet Carrier kucing saya yang juga watak utama cerpen saya ini..Tahniah Boyot..kamu memang bertuah!!


Saturday, 26 May 2012

krik krik bunyi cengkerik!

Lamanya tak menulis di blog! rupanya dah 3 bulan..muahahaa

Tidak menulis di sini bermakna saya sedang hidup gembira di alam nyata. Jadi biarlah alam maya ini sunyi seketika. Biarkan cengkerik sahaja yang bersuara.

Beberapa bulan ini saya sedang sibuk menjelajah pelusuk Semenanjung Malaysia..mencari limau dan kerabatnya untuk dibuat eksperimen. Projek Master saya bergantung kepada aktiviti ini.
InsyaAllah bulan Julai akan selesai. Doakan saya!!!

Tata!!!