Monday, 29 January 2007

journey to the SOUTH..

assalamualaikum!
awal2 tahun nie..banyak meeting, banyak laporan, banyak borang kena lengkapkan..semuanya banyak.plus banyak main..huhuhu
arini nak tulih pasal pengalaman ke Batu Pahat JOHOR sebagai sukarelawan Al-Nidaa' last saturday. 27/1/2007 mencatat sejarah maya dan ijan menjadi sukarelawan. dan sememangnya kami sudah jatuh cinta dengan keje nie. definitely!
semuanya bermula dengan pontengnya maya ke tempat kerja pada hari rabu kerana terlalu lambat bangun maka beliau mengambil keputusan untuk bercuti pada hari tersebut (penat memandu USJ-Cheras-Wangsa Maju, sampai kol 1230 mlm)
maka ummi tersayang mengajak beliau untuk mengikutinya ke kelas agama kira2 jam 9.30 pagi. di akhir kelas, ummi zahariah promote 'the journey to the south'..mak aku encourage soh pegi.. aku tanya pak din (penganjur) ade nak bawak ape2 ke..??dia jawab 'just bring a smile'. aku ajak ijan pegi sekali. ijan ni best fren aku yg sangat kecil orangnye, tapi tulang besi urat dawai.. hehe..
sampai di Al-Nidaa' (TTDI) jam 7.35 pagi..kami disambut dengan tugasan yg memerlukan kekuatan tangan..mengangkat lebih kurang 40 kotak sabun basuh. (setiap kotak dekat 10 kg.) pastu angkat ntah hape hape lagi..termasuk berpuluh2 rice cooker, cerek, bihun berkilo2, air mineral, beras,pakaian dan sebagainya. memang best..hehehe..menggeletar la tangan cik ijan kite lepas angkat seme benda tu..aku nye tangan dah kena conditioning mase kickboxing..so dah tak sakit mane..

kami bertolak kira2 jam 8.45 pagi..1 bas yg dipenuhi dgn jiwa yang berkobar2 nak membantu..termasuk pelajar UM n ibu2 n bapa2 yang best2..dua biji bas yg membawa pelajar UKM, UIA dan UITM join kami tak lama selepas itu menjadikan 3 bas semuanya..sepanjang perjalanan kami berkenalan antara satu sama lain..menambah jaringan ukhuwwah.. (^_^)
kami diberi penerangan tentang tugasan dan perjalanan aktiviti..
rombongan kami disertai oleh 106 orang. destinasi kami ialah BATU PAHAT ( parit yaani dan kg. seri medan)
sekitar jam 12++ tengahari kami tiba di SRJK (C) Parit Yaani. jejaka2 mula memunggah barang2 untuk diberikan kepada mangsa banjir..
lebih 200 orang ditempatkan kat sekolah nie..cina ada, melayu ada..india tak perasan plak..ade la keluarga india muslim..banyak btoi budak2..seronot tgk budak2 nie, happy always. as long as they have frens n ample space to run n play..that should do it..ada pakcik, makcik, nenek, atuk, rakan sebaya, newborn babies..n kids. dah cukup sebulan diorang ditempatkan kat ctu. bayangkan hari2 makan nasik kawah, tido atas tikar..sehari dua tahan la..kalo dah sebulan?? budak2 masih belom sekolah.. diri ini harus banyak bersyukur..kesian btol tengok keadaan diorang..
pastu kami ditugaskan untuk pegi ke kawasan tugasan, membantu mengemas surau, tadika..nasib kumpulan kami tak berapa baik sebab tak dapat jalankan tugasan kerana air masih belum surut..kata ketua kampung tu " takde maknanya bantu bersihkan rumah kalau air masih takat buku lali, lutut. mesti kering betul2 sbb air yg bertakung tu air karat..so kena tunggu kering btul2.." lima kali kami naik turun bas, tapi masih belum berhasil. jadi akhirnya ketua kampung tu ambil keputusan untuk membawa kami balik ke sekolah tadi. " kita semua balik ke sekolah.maybe boleh tolong kemas kawasan sekolah, sampah2 sarap, n yang paling penting BERAMAH MESRA dengan mangsa2..banyak yg stress sbb hilang harta benda, letih dan sebagainya" so kami pun berpecah la. aku approach la ada tiga wanita usia emas.. sorang tu terbaring, sakit kepala katanya..so aku pun picit la kepala nenek tu sambil sembang2..kata nenek tu rumah die air naik sampai pinggang..yang sorang lagi mengadu umah die habis barang2..rice cooker hanyut katenye..yang sorang lagi tu warga istimewa..diam je. bila salam dengan die, die peluk kite..peluk btul2 plak tu..tapi diam je..dah tua dah makcik tu..sempat jugak aku main2 dengan baby comel..

then aku berpindah ke kantin, bantu diorang sediakan makan malam. tiap2 hari diorang ganti2 sediakan makan. so malam tu diorang rehat kitorang tolong siang ikan, kupas bawang, potong sayur..masak nasik, proses cili..wah..bukan skit, kalo kobis tu seguni, bawang setengah guni..ikan sure berkilo..hehehe..
bila dah siap masak, ade sesi bergambar beramai2..seronok btol..gambar selit sane cni..ngan atok nenek n all those kids..mcm2 posing ade..pastu kitorang pun makan2 bersama2..lauk ikan masak asam pedas, ayam sambal, sayur kobis n coeslaw (btul ke eja ni..hantam je la hehe)

jam 7.00 malam.tiba masa untuk berpisah..kena balik la..ujan mase tu..dengar2 akan ade gelombang banjir ketiga. so, kami pun bersalam-salaman..budak2 tu pun bagus, salam semua orang..ade sorang nie (girl), mase bergambar tanak masuk..malu katanya..puas pujuk tapi tak nak..tapi mase nak balik tu aku peluk die, n tiba2 die cium aku..haha.. cair!! cair!! makcik2 pun cium aku..haha..kiut agaknya..(perasannnn..) wah..makin la hati ni rasa sayu..
kami pun bertolak pulang..alhamdulillah tiba semula di TTDI jam 1100 mlm..pengalaman manis yang tak mungkin dilupakan.n jika ada peluang pasti nak join lagi..mase muda ni la nak berbakti..kudrat yang ada jangan dipersia..dah tua nanti lain citer.. diri ini harus banyak bersyukur n kurangkan mengeluh, kerana ramai lagi yang kurang bernasib baik..ingat tu maya..!!!!
lastly, all i wanna say..."it started with a smile and ended with a kiss!"
Rebutlah peluang mendapatkan keampunan dan Rahmat Allah seperti dijanjikan :
"...maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari Kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" (Surah al-Baqarah [2]: 148

"Dan orang-orang yang beriman dan beramal saleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri
mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan."

Tuesday, 9 January 2007

resipi: roti (cara yang betul..betul ke?)

bahan-bahan:

1kg tepung berprotein tinggi
200 gm gula
10 gm garam
15 gm bread improver
40 gm tepung castard
40 gm susu tepung
40 gm serbuk yis
2 biji telur
140 gm mentega
400 ml air sejukkkk

cara membuat:
1. satukan tepung, gula, bread improver, yis kering, garam, susu tepung, tepung castard dan telur
2. tuang air sejuk
3. pukul selama 3 minit dengan kelajuan yang perlahan
4. pecahlan sebiji telur
5. putar lagi 15 minit dengan kelajuan no.2
6. bila dah licin, angkat dan bahagikan jadi 10 biji. setiap biji 200 gm
7. rehatkan doh selama 20 minit. tutup dengan plastik/kain. (tutup rapat)
8. setelah doh naik dua kali ganda, bolehla diadun dan diputar
9. kemudian direhatkan lagi selama 25 minit dalam acuan sebelum ia dibakar
10. setelah masak, bolehla ia disapu dengan gel berperisadan tabur badam bakar

adunan dibakar selama 25 minit pada 180 darjah celcius

dapat dari majalah. blum cuba lagi..tak sabar nak try!!!

my story..

erm..
sembang2 dgn cik murni..pasal artikel yg nak dihantar ke Agromedia. BLUM BUAT. cik murni punya dah nak siap..
cuba menulis..tapi rase cam nak tulis cerpen..ala..cerita pendek.. aku dengar cerita2 ni dlm talk DXN. so aku cerita balik ikut version MIsshaQ.. aku le tu..

CERITA RAKYAT..
Jimbo, Snol, Lala dan Zargon

Berbezanya yang islam dan yang kafir ialah solat..Berbezanya manusia dan haiwan ialah dengan adanya akal..meh nak citer, kalaulah haiwan diberi akal..

ade seekor anak beruang..(Jimbo, bukan nama sebenar) mase die kecik die telah ditangkap oleh orang kampung Pisang Setandan..maka beruang ni pun dikurung di dalam kandang yg kecik..hari2 diberi makan pisang salai..
Jimbo suka pisang salai..oleh kerana telah di jaga dengan baik maka Jimbo pun membesarla bagai johan..
maka kandang Jimbo ni makin lama makin besssooooo..pada suatu hari, suatu malapetaka berlaku..gempa bumi sekuat 7 skala richter!! maka kandang si Jimbo ni terbuka la dengan sendiri..Jimbo terkejut..dan terpana seketika..dengan kehendak Allah, umur Jimbo masih panjang untuk meneruskan hidupnya sebagai seekor beruang..bukan sebagai ahli PAPITA..hahaha!! "yeay..sudah bebas.." kata penulis..tapi bukan kata hati Jimbo..Jimbo tidak mahu melangkah keluar dari kandangnya yang sudah terbuka. mengapa...??!!!

pada suatu hari yang sama..seekor ibu helang telah kehilangan sebiji telurnya..sedih bukan kepalang la si ibu helang..cari punya cari, masih tak jumpa. maka ibu helang pun pasrah sambil berdoa kepada tuhan.."Ya Allah..selamatkanla anak ku yang sebijik itu.." rupa2nye telur yg sebijik itu telah jatuh dari sarang semasa gempa buli berlaku di kampung Pisang Setandan. berkat doa ibu, telur ini telah bergolek golek dan masuk ke dalam reban ayam..
mak ayam telah mengambil telur itu sebagai telur angkatnya..
maka dieramla telur itu bersama telur2 lain dengan penuh kasih sayang.. tak lama lepas tu, lahir la 3 ekor anak ayam dan 1 ekor anak helang..mak ayam terkejut tapi dia menerima dengan seadaanya..anak helang tu diberi nama Hasnol..atau nama manjanya Snol.. (nama sebenar) Snol membesar bagai johan jugak..makan, main seperti anak2 ayam yang lain..
setahun selepas itu, ketika sedang mengais pagi untuk makan pagi..Snol telah mendongak ke langit..maka dia terlihat satu objek yang terbang dgn begitu best sekali..asyik betul Snol memerhatikan objek tu.. maka Snol pun bertanya kepada ibunya.. "mak, mak..yang terbang tu ape mak?" mak jawab, "ooo..tu helang..helang boleh terbang tinggi.." Snol bertanya lagi.. " mak, mak, agak2nye Snol boleh tak terbang cam helang tu tak..??" mak ayam pun tiba2 berpeluh dingin lalu menjawab.. " ish..ko ni Snol..ko mane boleh terbang..ko tu ayam..ayam mane boleh terbang.." maka Snol pun berlalu dari situ..dengan kefahaman bahawa ayam tak boleh terbang.. dua tiga hari pastu, Snol nampak lagi si helang terbang..dia pandang lagi.. "best nye kalo aku boleh terbang tinggi camtu huhuhu.." so, die tanya lagi sekali kat mak die betui ke die takleh terbang..mak ayam pun naik angin.. (cuak sebenarnya..), so mak ayam pun jawab.. " Snol, ko ni tak paham ke..ko tu ayam..ayam mane boleh terbang..dah!! jangan lagi tanya soklan bodoh camtu..kalo mak dengar lagi..mak anta ko g kilang KFC..ko nak jadi original recipe ke hot n spicy??" oleh kerana si Snol ni lurus bendul dan malu2 kucing untuk ke kilang KFC..maka itulah kali terakhir die bertanya soklah tersebut pada sesiapa. 2 tahun selepas itu.. Snol mati digilis kereta ketika cuba menyeberangi jalan Tun H.S. Lee untuk membuat rayuan saman had laju yg dikenakan kepadanya.. " tu la..tanak cuba terbang..kan dah kena saman.." kata penulis..

semua orang tidak menyangka bahawa gempa bumi yang berlaku di kampung Pisang Setandan adalah gara2 seekor keldai (Lala, bukan nama sebenar) yang ingin menyanyikan lagu dayang norfaizah.iaitu "dayang sayang kamu". suara Lala yang langsung tak sedap itu telah menyebabkan plat2 benua di dasar laut meronta-ronta cuba untuk menyelamatkan diri.. tu yang gempa bumi tu..huahuahua..macam2 cara yang dah dicuba untuk menyuruh Lala berhenti menyanyi..seperti menyuruh Lala main skipping..batu seremban dan sebagainya..namun masih tidah berhasil..so, pak Gusi merangkap ketua kampung telah menyuarakan usul " jom kite tanam ke si Lala idop2..abangmat2 dan abanglong2 sekalian..pegi korek lubang..korek dalam2..!! nanti aku belanja KFC.." setelah lubang tersedia, maka Lala pun ditolak beramai2..sehingga akhirnya Lala terhumban jatuh ke dalam lubang yang gelap dan dalam itu..Lala merayu2 sambil menyanyikan lagu pussy cat dolls.. penduduk kampung menajdi semakin marah mendengar alunan suara Lala..maka mereka cepat2 nak timbus lubang tu.. ditolak bahagian tanah ke dalam lubang..tiba2 Lala senyap..mereka sangka Lala dah mati lemas, jadi slow2..diorang timbus tanah..tapi separuh jalan..pemalas dorang ni..diorang kalut nak g KFC.. kat dalam lubang tadi..Lala sebenarnya terkejut mase 1st kena timbus dengan tanah.. die pun goncang2 kan badan die..pastu dia pijak2 tanah2 tu..pandai si Lala ni. jatuh lagi tanah..die goncang2 n pijak lagi..begitulah seterusnya sehingga akhirnya die sampai kat permukaan lubang. Lala yang geram kerana diperlakukan sedemikian telah berlari dengan laju dan telah menyondol belakang pak Gusi dan telah merampas kunci BMW buruk pak Gusi..lalu Lala lari meninggalkan kampung naik BMW untuk terus mengejar cita2nya sebagai penghibur..

5 tahun kemudian..kampung Pisang Setandan telah dilanda kemarau yang berpanjangan...siap dengan jerebu..pelbagai usaha telah diambil untuk mengatasi masalah ini sebagai contoh..pembenihan awan, benih jagung dan sebagainya..mereka juga telah meminta bantuan "pemanggil hujan" dari seluruh negara Mia Zara, namun tiada perubahan.. dengan takdir Allah, pada suatu hari seorang perantau telah singgah di kampung ini..lalu penduduk semua memohon bantuan daripada pemuda itu..nama die Zargon. maka Zargon itu pun membina khemah..selama 3 hari Zargon itu tidak keluar dar khemahnya.. tidak lama selepas itu hujan pun turun..penduduk kampung berasa sungguh gembira kerana akhirnya nikmat hujan yang dinanti2 selama ini akhirnya kesampaian. namun mereka juga musykil..ape yang telah dilakukan oleh Zargon di dalam khemah tersebut?? seraya mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Zargon, pak Gusi meluahkan rasa ingin tahunya kepada Zargon.. " wahai Zargon yang budiman, bagaimanakah agaknya awak boleh bantu kami dapatkan hujan sedangkan kamu hanya berada di dalam khemah selama 3 hari..tiada ritual yang dilakukan..pelik sungguh.!" Zargon tersenyum sambil berkata.. "kampung ini tandus kerana kalian juga tandus.." pak Gusi blur... "haa??". Zargon yang hensem hanya terus tersenyum lalu menjawab, "saya lihat kalian semua sudah lama tidak melakukan kewajipan seorang hamba..iaitu menunaikan solat, jadi saya hanya solat.." pak Gusi kini tidak lagi blur tapi malu pula..huhu..

erm..pengajarannya..


JIMBO tu macam kite la..bila dah biasa diberi segalanya..rasa selamat. even bila peluang datang n jalan dah terbuka..masih lagi tanak berubah..kerana takuk lama ni dah cukup selesa..

SNOL plak..seekor helang yang boleh terbang tinggi..tapi kerana tak pasti dengan kebolehan diri dan terlalu percaya n ikut persepsi orang terhadap dirinya..dan akhirnya impian ingin terbang tu terkubur begitu saje hanya kerana takut akan persepsi ayam lain terhadapnya..ape salahnya lebarkan sayap yang disangka sayap ayam tu..mane tahu mahu boleh terbang.. free to dream..free to explore..

jadilah macam LALA.. tak putus asa..mempunyai cita2 yang tinggi walaupun kebolehan diri tidak seberapa..ape salahnya mencuba..mane tahu dalam proses tu, kite akan jumpa banyak perkara lain..mungkin yang lebih baik buat kite.. biarla la orang nak kata ape.. as long as u believe in ur self, just shake it off n move on.. ade patah-patah zaman sekolah dulu.. impianku setinggi bintang..biar jatuh..masih setinggi gunung everest.. cewaahh!
haa..solat..tu yang membezakan kite dari orang kafir..
nikmat yang diberi tuhan jangan dipersiakan.. ZARGON hanya menunaikan kewajipan.. sebagai manusia kite sering lupa, tapi ingat..jangan sampai Allah 'lupa' pada kite...
cerita ini adalah rekaan semata2..chiao!
p/s: penulis memang suka pisang..


--===--
misshaq
--===--