Tuesday, 9 January 2007

my story..

erm..
sembang2 dgn cik murni..pasal artikel yg nak dihantar ke Agromedia. BLUM BUAT. cik murni punya dah nak siap..
cuba menulis..tapi rase cam nak tulis cerpen..ala..cerita pendek.. aku dengar cerita2 ni dlm talk DXN. so aku cerita balik ikut version MIsshaQ.. aku le tu..

CERITA RAKYAT..
Jimbo, Snol, Lala dan Zargon

Berbezanya yang islam dan yang kafir ialah solat..Berbezanya manusia dan haiwan ialah dengan adanya akal..meh nak citer, kalaulah haiwan diberi akal..

ade seekor anak beruang..(Jimbo, bukan nama sebenar) mase die kecik die telah ditangkap oleh orang kampung Pisang Setandan..maka beruang ni pun dikurung di dalam kandang yg kecik..hari2 diberi makan pisang salai..
Jimbo suka pisang salai..oleh kerana telah di jaga dengan baik maka Jimbo pun membesarla bagai johan..
maka kandang Jimbo ni makin lama makin besssooooo..pada suatu hari, suatu malapetaka berlaku..gempa bumi sekuat 7 skala richter!! maka kandang si Jimbo ni terbuka la dengan sendiri..Jimbo terkejut..dan terpana seketika..dengan kehendak Allah, umur Jimbo masih panjang untuk meneruskan hidupnya sebagai seekor beruang..bukan sebagai ahli PAPITA..hahaha!! "yeay..sudah bebas.." kata penulis..tapi bukan kata hati Jimbo..Jimbo tidak mahu melangkah keluar dari kandangnya yang sudah terbuka. mengapa...??!!!

pada suatu hari yang sama..seekor ibu helang telah kehilangan sebiji telurnya..sedih bukan kepalang la si ibu helang..cari punya cari, masih tak jumpa. maka ibu helang pun pasrah sambil berdoa kepada tuhan.."Ya Allah..selamatkanla anak ku yang sebijik itu.." rupa2nye telur yg sebijik itu telah jatuh dari sarang semasa gempa buli berlaku di kampung Pisang Setandan. berkat doa ibu, telur ini telah bergolek golek dan masuk ke dalam reban ayam..
mak ayam telah mengambil telur itu sebagai telur angkatnya..
maka dieramla telur itu bersama telur2 lain dengan penuh kasih sayang.. tak lama lepas tu, lahir la 3 ekor anak ayam dan 1 ekor anak helang..mak ayam terkejut tapi dia menerima dengan seadaanya..anak helang tu diberi nama Hasnol..atau nama manjanya Snol.. (nama sebenar) Snol membesar bagai johan jugak..makan, main seperti anak2 ayam yang lain..
setahun selepas itu, ketika sedang mengais pagi untuk makan pagi..Snol telah mendongak ke langit..maka dia terlihat satu objek yang terbang dgn begitu best sekali..asyik betul Snol memerhatikan objek tu.. maka Snol pun bertanya kepada ibunya.. "mak, mak..yang terbang tu ape mak?" mak jawab, "ooo..tu helang..helang boleh terbang tinggi.." Snol bertanya lagi.. " mak, mak, agak2nye Snol boleh tak terbang cam helang tu tak..??" mak ayam pun tiba2 berpeluh dingin lalu menjawab.. " ish..ko ni Snol..ko mane boleh terbang..ko tu ayam..ayam mane boleh terbang.." maka Snol pun berlalu dari situ..dengan kefahaman bahawa ayam tak boleh terbang.. dua tiga hari pastu, Snol nampak lagi si helang terbang..dia pandang lagi.. "best nye kalo aku boleh terbang tinggi camtu huhuhu.." so, die tanya lagi sekali kat mak die betui ke die takleh terbang..mak ayam pun naik angin.. (cuak sebenarnya..), so mak ayam pun jawab.. " Snol, ko ni tak paham ke..ko tu ayam..ayam mane boleh terbang..dah!! jangan lagi tanya soklan bodoh camtu..kalo mak dengar lagi..mak anta ko g kilang KFC..ko nak jadi original recipe ke hot n spicy??" oleh kerana si Snol ni lurus bendul dan malu2 kucing untuk ke kilang KFC..maka itulah kali terakhir die bertanya soklah tersebut pada sesiapa. 2 tahun selepas itu.. Snol mati digilis kereta ketika cuba menyeberangi jalan Tun H.S. Lee untuk membuat rayuan saman had laju yg dikenakan kepadanya.. " tu la..tanak cuba terbang..kan dah kena saman.." kata penulis..

semua orang tidak menyangka bahawa gempa bumi yang berlaku di kampung Pisang Setandan adalah gara2 seekor keldai (Lala, bukan nama sebenar) yang ingin menyanyikan lagu dayang norfaizah.iaitu "dayang sayang kamu". suara Lala yang langsung tak sedap itu telah menyebabkan plat2 benua di dasar laut meronta-ronta cuba untuk menyelamatkan diri.. tu yang gempa bumi tu..huahuahua..macam2 cara yang dah dicuba untuk menyuruh Lala berhenti menyanyi..seperti menyuruh Lala main skipping..batu seremban dan sebagainya..namun masih tidah berhasil..so, pak Gusi merangkap ketua kampung telah menyuarakan usul " jom kite tanam ke si Lala idop2..abangmat2 dan abanglong2 sekalian..pegi korek lubang..korek dalam2..!! nanti aku belanja KFC.." setelah lubang tersedia, maka Lala pun ditolak beramai2..sehingga akhirnya Lala terhumban jatuh ke dalam lubang yang gelap dan dalam itu..Lala merayu2 sambil menyanyikan lagu pussy cat dolls.. penduduk kampung menajdi semakin marah mendengar alunan suara Lala..maka mereka cepat2 nak timbus lubang tu.. ditolak bahagian tanah ke dalam lubang..tiba2 Lala senyap..mereka sangka Lala dah mati lemas, jadi slow2..diorang timbus tanah..tapi separuh jalan..pemalas dorang ni..diorang kalut nak g KFC.. kat dalam lubang tadi..Lala sebenarnya terkejut mase 1st kena timbus dengan tanah.. die pun goncang2 kan badan die..pastu dia pijak2 tanah2 tu..pandai si Lala ni. jatuh lagi tanah..die goncang2 n pijak lagi..begitulah seterusnya sehingga akhirnya die sampai kat permukaan lubang. Lala yang geram kerana diperlakukan sedemikian telah berlari dengan laju dan telah menyondol belakang pak Gusi dan telah merampas kunci BMW buruk pak Gusi..lalu Lala lari meninggalkan kampung naik BMW untuk terus mengejar cita2nya sebagai penghibur..

5 tahun kemudian..kampung Pisang Setandan telah dilanda kemarau yang berpanjangan...siap dengan jerebu..pelbagai usaha telah diambil untuk mengatasi masalah ini sebagai contoh..pembenihan awan, benih jagung dan sebagainya..mereka juga telah meminta bantuan "pemanggil hujan" dari seluruh negara Mia Zara, namun tiada perubahan.. dengan takdir Allah, pada suatu hari seorang perantau telah singgah di kampung ini..lalu penduduk semua memohon bantuan daripada pemuda itu..nama die Zargon. maka Zargon itu pun membina khemah..selama 3 hari Zargon itu tidak keluar dar khemahnya.. tidak lama selepas itu hujan pun turun..penduduk kampung berasa sungguh gembira kerana akhirnya nikmat hujan yang dinanti2 selama ini akhirnya kesampaian. namun mereka juga musykil..ape yang telah dilakukan oleh Zargon di dalam khemah tersebut?? seraya mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Zargon, pak Gusi meluahkan rasa ingin tahunya kepada Zargon.. " wahai Zargon yang budiman, bagaimanakah agaknya awak boleh bantu kami dapatkan hujan sedangkan kamu hanya berada di dalam khemah selama 3 hari..tiada ritual yang dilakukan..pelik sungguh.!" Zargon tersenyum sambil berkata.. "kampung ini tandus kerana kalian juga tandus.." pak Gusi blur... "haa??". Zargon yang hensem hanya terus tersenyum lalu menjawab, "saya lihat kalian semua sudah lama tidak melakukan kewajipan seorang hamba..iaitu menunaikan solat, jadi saya hanya solat.." pak Gusi kini tidak lagi blur tapi malu pula..huhu..

erm..pengajarannya..


JIMBO tu macam kite la..bila dah biasa diberi segalanya..rasa selamat. even bila peluang datang n jalan dah terbuka..masih lagi tanak berubah..kerana takuk lama ni dah cukup selesa..

SNOL plak..seekor helang yang boleh terbang tinggi..tapi kerana tak pasti dengan kebolehan diri dan terlalu percaya n ikut persepsi orang terhadap dirinya..dan akhirnya impian ingin terbang tu terkubur begitu saje hanya kerana takut akan persepsi ayam lain terhadapnya..ape salahnya lebarkan sayap yang disangka sayap ayam tu..mane tahu mahu boleh terbang.. free to dream..free to explore..

jadilah macam LALA.. tak putus asa..mempunyai cita2 yang tinggi walaupun kebolehan diri tidak seberapa..ape salahnya mencuba..mane tahu dalam proses tu, kite akan jumpa banyak perkara lain..mungkin yang lebih baik buat kite.. biarla la orang nak kata ape.. as long as u believe in ur self, just shake it off n move on.. ade patah-patah zaman sekolah dulu.. impianku setinggi bintang..biar jatuh..masih setinggi gunung everest.. cewaahh!
haa..solat..tu yang membezakan kite dari orang kafir..
nikmat yang diberi tuhan jangan dipersiakan.. ZARGON hanya menunaikan kewajipan.. sebagai manusia kite sering lupa, tapi ingat..jangan sampai Allah 'lupa' pada kite...
cerita ini adalah rekaan semata2..chiao!
p/s: penulis memang suka pisang..


--===--
misshaq
--===--

No comments: