pagi tadi aku bangun dengan perasaan yang sungguh tenang.
syukur pada Allah, kerana masih memberi padaku nikmat ketenangan..Alhamdulillah
aku tiba-tiba terkenang perasaan semasa aku sekolah dulu, di Maahad Muhammadi..
setiap pagi kami akan beratur di luar kelas, 5 minit sebelum kelas bermula, kami (seluruh sekolah) akan berdoa beramai-ramai..meng'amin'kan doa rakan di bilik radio..jika keadaan huru-hara, bising sebelum berdoa, bila mulanya doa, keadaan akan menjadi senyap, sunyi, hening, yang kedengaran hanyalah suara sahabat yang berdoa yang bergema di segenap corong-corong pembesar suara di seluruh sekolah..yang berjalan akan berhenti..masa juga seakan-akan berhenti seketika untuk memberi tumpuan kepada doa pagi tu..huhu..bila terkenang-kenang camni..sayu plak..n rase bertuah kerana diberi peluang nak merasai suasana islamic camtu..mungkin di situlah keberkatan..ketenangan dan kecemerlangan sekolah maahad "besar" yang amat ku rindui sampai sekarang..sekolah aku bukan sekolah mewah, sederhana sahaja..maklumla bukan di bawah biayaan kerajaan..sekolah aku besar..pelajarnya lebih 3000 orang..mase tu la..huhu..ramai..i miss my school...!!!
aku juga terkenang nasyid pagi yang akan kami nyanyikan beramai-ramai semasa perhimpunan, sebenarnya ia adalah doa..aku carik nasyid pagi tu sampai sekarang aku tak jumpa..aku teringan nk berdoa pagi2 dgn doa tu..tapi belum ada rezeki nk jumpa..insyaAllah ada la tu..heheh..
tahun 2009 cukuplah 10 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan..huhu..lama dah..aku nk cakap kat cni, maahad ni banyak mencorak peribadi aku menjadikan apa yang aku ada sekarang. kekuatan, ketulusan, kebijaksanaan etc..harapnya aku bertambah matang dan tabah menghadapi kehidupan yang penuh dugaan ni..