Tuesday, 16 September 2008

cita-cita..

"bila dah besar nanti nak jadik ape??"

masa umur aku 8 tahun, cita-cita aku nak jadi kerani..(ketawa la..hahaha!) tapi memang btul..aku nk jadi kerani sbb ummi seorang kerani..tunggu ummi balik keje, adalah satu perkara yang membuat kami adik beradik teruja. tempat keje umi kat petronas dagangan airport subang..tak boleh masuk sebarangan, sebab ada pengawal..kami selalu lari-lari, main2 kat luar je. ape yg seronot sangat kat ctu?? seronok sbb kalau dapat lepasi je pak guard tu, kami akan dapat lihat tangki-tangki minyak yang sangat besar (WOW!!), satu permandangan yang jarang dapat dilihat oleh kanak-kanak seusia..peluang nk masuk pejabat ummi tak datang selalu..sekali sekala je..bukan kerana tak boleh, tapi rupenya ummi nak disiplinkan kami supaya hormat bile berada di tempat orang..minta izin kalau nak masuk..jangan buat muka tembok selambee je..hehe..Pegi airport memang perkara biasa sbb ayah aku keje kat airport..jangan main2, bapakku kerja baiki kapal terbang..hehe..aku mmg suke sgtla..dpt tengok tangki minyak, kapal terbang yang enormously BIG...subhanallah..

bila da besar skit..gigi mula gugur.gigi susu daa..aku salu cabut gigi sendiri. sebab tu gigi aku elok tersusun, sbb aku tak takut cabut gigi..so gigi baru tumbuh tanpa sebarang gangguan..ape signifikannya fakta ini?? minat aku yg mendalam terhadap gigi dan biologi, umumnya sains, membuat aku berubah cita-cita hendak menjadi seorang doktor..abes gigi adik2, sepupu2 yang kecik aku cabut..cabut elok2 la.takde la pakai plier, errr...

masuk sekolah menengah, masih same..masih nak jadik doktor, jadi apabila sekolah menengah rendah aku takde offer subjek biologi untuk tingkatan 4, aku tukar sekolah..aku begitu tetap pendirian..memang begitu..maka berhijrahlah aku ke kelantan, nak belajar biologi, kenapa kelantan? sebab dah rezeki dan sememangnya ketentuan tuhan..hehe..aku mmg nk ke sana kerana aku tak mahu tinggalkan subjek Diniyyah (subjek agama).

dengan didikan dan kesedaran yang ada, aku bulatkan cita-cita nk jadik doktor, kerana niatku nak pegi bantu saudara mara kita di Bumi bergolak, contohnya Palestin..berkobar2 semangatnya..sampai sekarang jika mengenang balik cita-cita ni, ada satu perasaan dalam hati ni yg bergelodak..seolah2 terpendam..masih same seperti dulu..

namun, ketentuan tuhan, destinasi aku bukan pada bidang perubatan, tetapi bidang ilmu alam..yang tidak kurang juga cinta aku padanya..takde masalah dalam hal ni..

cuma sekarang aku terfikir, dengan cara ape aku nk boleh bantu saudara2 ku di sana..doaku sentiasa dikirimkan..tapi ada juga mase-mase kita terlupa..
aku cukup takut dan risau, kalau-kalau perasaan cinta aku ni hilang, aku takut bile aku dengar berita, lihat gambar saudara2 kita di bumi bergolak terseksa, dalam kesusahan. aku tak terasa apa2, tiada marah, tiada benci..Na'uzubillah..Aku benci Yahudi Laknatullah..Ya Allah, janganlah Kau hilangkan perasaan ini daripadaku..sesungguhnya perasaaan ini yang membuatkan aku bersyukur, yang membuat aku sedar akan nikmatMu pada ku (ketika mengenangkan kesusahan saudaraku di sana), perasaan ini juga memberi aku semangat untuk terus berjuang dalam apa yang aku lakukan, ku kira dugaan aku ini hanya sekelumit dari kesusahan mereka di sana..mungkin aku tidak berada di medan perang, tapi ia tetap satu perjuangan, perjuangan untuk melakukan yang terbaik dan mengharapkan keredhaanMu..

Wallahu Aa'lam..