Pages

Friday, 21 May 2010

450ml bendalir merah

Salam..

Hari nih aku berjaya derma darah..
Cubaan sebelum ini iaitu pada bulan Januari penuh drama..
Drama: Jururawat terkial-kial, banyak masalah..darah tak keluar, tangan bengkak..aku naik hangin

Hari nih aku pergi lagi..
Kali ni aku ade strategi..cuba elakkan jururawat yang sama..(setelah melihat makcik tu ade..huhu) aku buat2 telefon bile die datang approach aku..aku tunggu sampai dia attend orang lain baru aku ambik tempat..hehehe..
Alhamdulillah, everthing went well..sebab Jururawat lain yang attend aku.. yeaaayyyyy!!
Bila selesai, aku tengok budak 'malang' yang dicucuk oleh makcik tu bengkak jugak..siap kena sapu ubat...ahah!!! tapi mungkin kebetulan..anyway aku happy OK~

Membelek-belek buku derma tu, dah SEMBILAN tahun aku berkongsi bendalir merah yang suam-suam mengalir ke dalam beg khas tu..aku tengok sekeliling..
syukur sebab ramai yang sudi menderma..tak mengira bangsa..

Biar apa pun warna kulit kita, darah kita tetap sama..merah warnanya..yang membezakan hanyalah jenisnya, A,B,AB dan O. Kalaulah kita ni kedekut, jadi kita dermalah untuk kerabat sebangsa kita sahaja..kan? kan? Buat ape derma untuk orang lain kan? Kalau dah benci bangsa lain, jangan terima darah mereka..cari la kaum kerabat sebangsa kita tu..
Tapi kita tak kisah darah kita pergi pada siapa kan..? asalkan ia bermanfaat untuk menyelamatkan nyawa mereka kan..? Pasti kita juga berharap, jika suatu hari nanti kita pula yang memerlukan bantuan yang sama..berbeg-beg bendalir merah menanti kita juga.

Jadi janganlah kita ni mudah membenci kerana hakikatnya kita sama sahaja..darah kita sama.
Jangan kedekut! Mari Menderma!!!!

2 comments:

Che Kay said...

saya masih takut jarum........

maya ijau said...

ish..ish..sape yg lagi besar ni..??heheh
tiap kali derma saya masih seram tengok jarum tu..tapi kalih pandang ke lain..tapi mengenangkan suntikan bius jarum kecik tu lebih sakit, jarum besau tu dah kurang horror :)