Pages

Monday, 10 May 2010

Tuah Budak Bertuah

testing..testing from Tawau, Sabah..

Entry ini untuk Ibuku, Penawar Hatiku..

Masih anda ingat entry ini "Budak Bertuah" boleh klik jika belum baca, jadi anda akan lebih paham entry ini..

Setelah aku pulang ke Malaysia selepas merantau di Bumi Allah..
Aku suka bercerita pengalaman-pengalaman aku di sana..suatu hari aku beritahu Ummi (Ibu) tentang insiden-insiden 'wish come true' di sana..
Ummi hanya tersenyum dan menjawab..
"Maya tahu tak setiap hari doa Ummi untuk Maya tak pernah lekang..Ummi doa
urusan Maya sentiasa dipermudahkan.."

Masa tu aku rasa memang akulah manusia paling bertuah dalam dunia..siapa yang tak bertuah mempunyai ibu..yang sentiasa berdoa untuk anak-anaknya.. Doa ibu bagaikan perisai aku..tuah aku..

Tapi sejauh mana daya anak untuk sentiasa ingat pada ibu mereka..sedangkan ibu sentiasa mengingati anak-anak? Setiap hari bila aku tengok wajah Ummi..makin ketara kedut di matanya..makin banyak uban kelihatan..hati kecil aku pasti berkata..
"Ya Allah, kau berkatilah umurnya, biar berbaloi setiap kedutnya, uban di kepalanya, sakit badannya.. Ya Allah, apalah dayaku nak membalas jasanya yang pasti tidak mampu ku balas.."
Rasulullah pernah berpesan, ganjaran berbuat baik pada kedua ibu bapa sama ganjarannya seperti berjihad di medan perang". Jadi kita mesti work smart..
Aku harap 'tuah' aku berpanjangan..sentiasa dilimpahi kerahmatan..

3 comments:

Che Kay said...

tak datang KK ke?

maYA IJau said...

nanti bulan June g KK,Papar, Kota Belud pulak..projek lain..skrg kat Tawau attend conference je

sWeEt 'N LoVeLy said...

mmg maya bertuah..hehe...slalu jelesh ngan maya...tp sume org de 'tuah' masing2 kan?kene la sabar..