Ada kawan aku yang aku suka panggil dengan nama tu, teringat plak kat die.. :P
Hari ni nak citer pasal berterus-terang..
sejauh mana kemampuan aku..??
mari kita mulakan..
Disclaimer: Ini cerita benar. Jadi saya harap orang itu tidak baca..
Pada suatu malam, aku bersama ibu dan abang pergi menghadiri satu konsert amal..
Maka ada sorang Macha ni jadi MC untuk konsert tersebut..Macha ini sangat kami kenali kerana suaranya sering ke udara di corong-corong radio..dan gaya macha ini selalu menjadi bahan ketawa kami adik beradik..
(Disclaimer: Gayanya sahaja yang menjadi bahan ketawa..)
Maka kami pun 'enjoy' lah..melayan persembahan berselang-seli dengan ulasan Macha yang amat kami 'minati'...sambil mengajuk-ajuk gaya-gaya beliau..huhu...
Setelah selesai konsert, abang saya dengan jayanya mencari kesempatan untuk beramah mesra bersama Macha tersebut..(abang sanggup menunggu sehingga macha selesai bergambar..aku tak tahu apa tujuannya tapi mungkin abang teringin untuk mencatat sejarah bersama Macha)..maka kami pun tunggu sementara abang berkenalan bersama macha..tiba-tiba abang menunjuk macha ke arah kami, dan 10 saat selepas itu abang dan macha berjalan ke arah kami..alemak..aku mula rasa tak keruan..
(menurut kata abang, macha ingin bertemu dengan ibu dan adik perempuan abang--perlukah aku berasa terharu?? hahaha...)
dengan machonya macha ini bertegur sapa dengan kami..
kemudian macha ajak aku bersembang..kemudian macha bagi aku killer question yang berbunyi..
How was I just now? (as in, how did i perform as the emcee just now?)
I think my facial reaction was enough to give him the answer..(Mata terbeliak, mengelak eye-contact, sambil memandang langit gelap mencari jawapan..)
5 saat berikutnya aku jawab dengan 'bijak'nya..
Erm..OK Laaaaa....
Huhu...itu je yang dalam otak! Tak sampai hati nak cakap kata-kata yang memadamkan wajah yakin Macha ituu dengan komen-komen seperti:
- Frankly speaking..man..that was a disaster..
- Frankly speaking..I think you can do better next time.
- Frankly speaking..I think you should have stayed to read the hourly news..
Huhu...Macha..Sorry aaaaaa..sesungguhnya Macha belum cukup Machooo untuk menjadi MC... Aku tak komen lebih-lebih sebab aku tak kenal Macha ini untuk aku beri komen membina. Lain kisahnya jika yang bertanya soalan yang sama itu adalah di kalangan orang yang aku kenal..
Jadi soalan aku kepada pembaca..sejauh mana anda boleh berterus terang?? Fikir-fikirkan..hehehe
No comments:
Post a Comment