Wednesday, 1 September 2010

Salah juga lagi??

Dulu..ada orang nak lamar aku..tapi dia bukan Islam..aku cakap kat dia..

“Cintakan Islam dahulu, baru cintakan saya..”
aku beri masa.. tetapi hidayah Allah masih belum jadi miliknya..jadi aku pun pergi meninggalkannya supaya tidak dibelenggu bersalah membiarkan orang menyimpan harapan..

Cakap pasal hidayah, aku terbaca artikel ni ‘Bintang Ramadan di Tanah Kepulangan’ di saifulislam.com. Tersentuh betul hati aku bila baca artikel ni (bacalah! Baru faham ape yang aku cuba nak sampaikan). Abu Saif telah mengIslamkan 18 orang (based on the date of the article) . Aku tanya diri aku.. Dah berapa orang, Maya? Huhu…Aku ada simpan azam, dalam kehidupan ini aku akan cuba mengIslamkan sekurang-kurangnya seorang manusia.. InsyaAllah..kena teruskan usaha..

Masih bercakap pasal hidayah..

Betapa terbukanya Islamic Centre di perantauan.. boleh dilawati oleh manusia pelbagai bangsa dan agama.. mereka boleh berada bersama orang yang solat, memerhati cara kita solat, asalkan mereka berada dalam keadaan yang bersih..

Betapa kesalnya aku dengar drama di media berkenaan orang bukan Islam tidak boleh masuk rumah agama Muslim.. siapa yang jumud sekarang? Transformasi menjadi lebih jumudkah? Dalam hal ini, aku setuju dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang menyatakan perkara ini bukan isu yang patut diperbesarkan..hanya orang yang ‘tidak tahu’ yang akan mengeluarkan tuduhan melulu sebegini..

Islam itu indah, jadi jangan jelikkan ia dengan kejahilan kita sendiri. Manusia di luar sana ramai yang ingin tahu tentang Islam, mengapa mesti kita tutup jalan itu? Biarlah mereka hanya datang untuk menyampaikan sumbangan untuk bulan Ramadhan. Tengok, even bulan ramadhan itu sendiri boleh jadi satu tarikan kepada Islam. Jadi mengapa kita mesti tutup jalan itu? Berada di dalam masjid mungkin akan memberikan satu perasaan yang tersendiri buat mereka yang mencari kebenaran, Jadi mengapa kita mesti tutup jalan itu? Dakwah itu dengan hikmah kan? Urusan hidayah itu adalah urusan Allah, tetapi kita mesti terus menyampaikan..dan bagaimana mesej ‘keamanan’ ini dapat disebarkan jika kita sentiasa menutup jalan-jalan yang ada??

Jadi apa masalah kita wahai rakyat Malaysia?


Bertanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak tahu..

Jangan buat-buat tahu, melatah, nanti malu (pada Allah)..

No comments: