Pages

Saturday, 4 February 2012

Zorro needs a co-pilot


Saya terjumpa pencarian ini..

Ciri-ciri yang dicari:
Jujur, menjaga pemakaian, pandai mendidik anak dan pemaaf, bercita-cita tinggi dan pentingkan ilmu pendidikan. Bijak mengurus perbelanjaan dan ada ciri-ciri 'leadership' - pandai memberi buah fikiran.

Ciri-ciri terakhir itu agak unik. Jadi saya pun bertanya: MENGAPA?
Assalamualaikum.
Salam perkenalan saya hulurkan.
Nama saya Maya.
(Tiada Jawapan..)

Saya cuba lagi..
هَلْ جَزَآءُ الإِحْسَـنِ إِلاَّ الإِحْسَـنُ
Is there any reward for kindness other than kindness? (55:60)
At least a Salam or Hi as a reply? ;)
Salan Tuan Zorro (bukan nama sebenar).
Sebenarnya saya ingin tumpang bertanya, melihat mengapa tuan ingin mencari seseorang wanita bercirikan 'leadership'? rare but unique, jadi saya ingin tahu..(jika tuan sudi menjawab).
Berjaya, kerana beliau membalas..
Salam Maya,
Saya letak ada ciri leadership - pandai memberi buah fikiran, sebabnya agak bosan kalau si isteri mengiakan je segala sesuatu tanpa ada perbincangan dua-hala yang constructive. Basically, saya tak nak the opposite of ciri tu (tak ada leadership, follow saja). Sebab saya pun manusia biasa yang boleh membuat kesilapan, I'm looking for a co-pilot, not a backseat passenger.
Saya membalas pula..
Terima kasih kerana berterus terang. Sedih juga apabila salam saya tidak dijawab. Saya doakan semoga tuan bertemu apa yang dicari. :)
Beliau membalas:
Minta maaf sebab tak reply awal2 sebab saya agak sibuk kebelakangan ni.
Saya nak jawab salam cik, waalaikumsalam warahmatullah.
Saya harap cik tak bersedih dan saya doakan cik dapat jumpa apa yg cik cari insyaAllah.
Saya doakan dia..
May Allah bless you, with a good wife. Amin.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih. :)
Orang beginilah yang saya cari. Tetapi dia sudah jumpa yang dicari.. Saya pula belum..semoga Allah temukan saya dengan yang orang yang saya cari..Amin.

3 comments:

Che Kay said...

alalalaala! Semoga Maya berjumpa dengan pencarian selama ini~ =)

maYA IJau said...

wahai jejaka bersalut lumpur, sudahkan anda bertemu apa yang anda cari?
hikhikhik!

fatimatuzzahra said...

huhuhu tetibe sedih pula bace ni..