Wednesday, 15 February 2012

A bookworm~down the memory lane.. :)


Saya sepatutnya menulis 'review paper' tapi saya rasa sentimental saya sedang memuncak, jadi saya perlu meluahkannya di sini. Saya memang sentimental orangnya. Saya tidak mahu lupa daratan, saya tahu di sini saya mendapat pelbagai ilmu dan pengalaman.

Perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Sudah beberapa hari saya berulang alik ke Universiti Malaya untuk mencari rujukan untuk menyiapkan review paper saya. Selama beberapa hari ini jugalah tiap langkah saya ditemani kenangan..

'Tempat Gembira' saya ialah Perpustakaan Universiti Malaya. Sebagai warga UM, saya bangga kerana UM ada 12 perpustakaan. Banyak kan?? Saya regular di 6 perpustakaan tapi kesukaan saya pastinya Perpustakaan Utama.

Catatan Usman Awang di laluan masuk perpustakaan..

"Perpustakaan Tercinta Ini
Pelabuhan Kebudayaan Peradaban Zaman
Gedung Akal Laut Bicara Manusia
Mutiara Pendeta Tasik Pujangga
Kota Kebenaran Penaung Kebebasan Ucapsuara
Dari Ruang Ini Bersinar Keagungan Pemikiran
Menghayati Teluk-liku Zaman Demi Zaman
Tanpa Prasangka Apa Tanpa Batas Benua
Kekal Bersama Angin Yang Mengusapi
Abadi Bersama Langit Yang Memayungi
Dikeramatkan Untuk Anda Menghirup Segala
Di Perpustakaan Tercinta Ini”                              
                                      
Usman Awang                                                                            
Januari 1970 


Saya suka perpustakaan kerana inilah tempat paling sejuk di kampus. Sesiapa yang mengenali saya tahu saya suka tidur di perpustakaan. Saya akan pilih buku untuk saya jadikan bantal. Saya pilih buku berbeza, kena ikut saiz dan tebal buku supaya masa tidur kepala tak lenguh atau terkehel..hehe..Kadang-kadang..
kamus, ensiklopedia, novel, buku..macam2 la.. Di sini juga saya kenali novel Inggeris yang saya akan pinjam untuk dibaca di kala tepu dengan nota kuliah. Di sini saya buat bising dan dimarahi ketua pustakawan. Masa tu saya senarai hitamkan dia..hahaha! Di sini saya ketagih dengan bau buku-buku lama. Tiap buku yang saya ambil, saya akan belek siapa peminjamnya. Boleh dikatakan saya akan berinteraksi dengan buku itu. Jika peminjam terakhir adalah pada tahun 2007, saya akan cakap, “mesti kamu seronok hari ini kerana ada orang jumpa kamu. Pasti kamu bosan sudah lama tidak dibelek orang kan?”. Jika buku itu mempunyai ramai peminjam (penuh cop), saya akan perhatikan apakah tarikh peminjam terawal. Saya jadi teruja apabila tarikh pinjaman pergi jauh pada tahun 60an dan 70an. Amacam? Pelik tak saya? 

Saya suka teroka ilmu-ilmu lama di gedung ilmu ini. Sekali saya ambil buku 10 buah, kadang-kadang 20 buah, baca satu persatu sehingga saya puas dengan carian saya pada hari tersebut. Di tengah-tengah proses tersebut saya tidurrr…hehehe..di spot kesukaan saya. Hari ini saya namakan: kelab lepak monograf tingkat 3.  saya kenal kebanyakan muka-muka ahli kelab, terutamanya kaki tidur perpustakaan seperti saya. Ada sorang tu genius..jadi saya tetiba rasa bangga kerana kami punyai hobi yang sama iaitu tidur di celah-celah buku.. jangan risau, saya pandai coverline kalau tido..ada la teknik-teknik menyorokkan muka..ekekeke..kalo dengkur tu tatau la..


Saya suka pinjam buku banyak-banyak. Selalu kena bawak beg pakaian..beg kecik la, bukan luggage bag ada roda tu..haha..hari-hari istimewa sebegini saya akan naik bas atau tumpang motor orang sebab tak larat nak pikul ke kolej. jauh wooo 20-30minit berjalan kaki..

Selain itu di perpustakaan jugalah saya kenal erti susah senang menuntut ilmu. Di UM terdapat ramai pelajar istimewa penglihatan. Mereka kebanyakannya mengambil kursus sastera. Tergerak hati untuk membantu mereka dengan membacakan buku, menaipkan nota, buat carian dan sebagainya. Bilangan mereka ramai, berbeza peringkat seperti ijazah muda, master dan PhD. Saya sempat membantu dua ‘abang’ yang sedang menjalankan penyelidikan master mereka. Saya bacakan buku dan mereka akan taip guna mesin Braille..bising..tang tung tang..tapi seronok! Kepala mereka akan berhayun kiri kanan sambil menaip..tangan mereka jadi besar dek kerana Braille. Kadang-kadang saya pula yang menaip dan mereka pula yang baca..ini apabila mereka nak taip tesis, kena terjemah tulisan Braille kepada softcopy dalam computer. Komputer tu bising..cursor (mouse) yang bergerak akan menyebut semua yang disentuhnya..hahah..saya suka main (masa abang takde..ehehe) Abang-abang saya ajar saya kena kuat semangat belajar, tidak mengapa meminta bantuan..kena tahu kemampuan diri..

Kat perpustakaan juga tempat saya nak jumpa sumber inspirasi saya..hahaha..Abang Mo. Dia adalah Abang Paling Manis di UM di mata saya..sampai saya graduate tiada siapa boleh challenge manis Abang Mo.. Abang Mo juga merupakan salah seorang ahli kelab lepak monograf tingkat 3. Saya tak penah la tegur-tegur Abang Mo ni..minat dari jauh je..dia super senior di fakulti.. tapi penah la satu hari tu..saya masih 1st year, 1st sem. Saya cuak untuk masuk ujian sebab itulah ujian pertama saya di UM. Subjek susah pulak tu..tiba-tiba, dalam kerut-kerut muka berjalan nak masuk perpustakaan daripada bilik penyimpanan beg, ada orang tahan saya dengan buku dia..sambil tersenyum..Abang Mo la..main-main pulak dia kat situ..sakat-sakat orang nak lalu..berbunganya hati saya tuhan sajalah yang tahu..heheheh..ujian hari tu saya dapat A..!

Siapa sangka, 10 tahun sudah saya bersama Perpustakaan Universiti Malaya.. 10 years and still counting..

6 comments:

Anonymous said...

dtg um nape x halo?ehe..

dee

Unknown said...

abang MO abang Mo..dimanakah dikau menghilang?

Unknown said...

saya ade juga berniat nk tlg bace utk pelajar istimewa..tp x kesampaian huhu..dh tua2 ni teringin pulak nk buat keje kebajikan camtu..masih ade peluang ke..?katmane ye?

Maya Ijau said...

dee, tak halo sbb bz..dok ulang main lib and zaaba..

Maya Ijau said...

tim, abg mo ade. sy berjaya jejak dia kat fb, siap kawan lagi. dia sweet cam dulu..anak dah dua org..it was just a crush for his charm. not me alone...ramaiii tau...bole bukak kelab peminat abg mo malaya yang manis..

Maya Ijau said...

hehe..kat area sana tak pasti la tim..try la usha uni kat nilai tu kalo ade.. :)
kalo tim nk wat charity sy rekemen Islamic Relief Malaysia. visit their website ok!