Pegawai Mubaligh PERKIM
assalamualaikum warahmatullah..
dah lame jugak tak menulis di blog nie. dah tiba masa kite berkongsi perkara penting yang sememangnya isu sensitif di antara kite..sama-samalah kite mengambil pengajaran..
**segala keterangan/dalil/hadith yg bakal tertera hanya dapat dikemukakan dalam bentuk 'maksud' dalam bahasa melayu kerana aku sendiri tak tahu macam mane nak masukkan tulisan arab dalam blog ni..maka rujuklah pada AlQuran/kitab yang dirujukkan kepadanya...**
Bismillahirrahmanirrahim
- Pendapat Ulama' Tafsir
a. tafsir Ibnu Katsir
Ibnu katsir memberi ulasan mengenai firman Allah yang maksudnya:
"ataukah belum diberitakan kepadanya apa-apa yang ada di dalam kitab-kitab (shuhuf) Nabi Musa dan isi (kitab-kitab) Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji? iaitu bahawasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya, dan bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna" (An-Najm: ayat 36-41)
makna ayat ini ialah: tiap-tiap jiwa (orang) yang berbuat zalim atas dirinya berupa kufur (tidak beriman) dan berbuat sesuatu dosa maka dosanyaitu tidak akan dipikul oleh orang lain. demikian juga apabila orang itu meninggalkan sesuatu beban tidak akan menanggung beban itu walaupun keluarga sendiri.
kemudian dia berkata: adapun makna ayat "sesungguhnya seseorang tidak akan mendapat melainkan apa-apa yang telah diusahakannya," maksud ayat ini ialah bahawa bila seseorang itu tidak akan dibebankan dosa orang lain tentu dengan sendirinya dia tidak akan memperoleh melainkan juga hasil usahanya sendiri untuk dirinya...
dari ayat inilah Imam Syafi'i dan para sahabatnya meistimbatkan (=mengeluarkan/menetapkan sesuatu hukum) bahawa menghadiahkan ganjaran bacaan AlQuran untuk orang mati itu, tidak akan sampai kerana bukan hasil usahanya sendiri. berdasarkan ayat inipula Rasulullah s.a.w tidak pernah menganjurkan kepada umatnya untuk berbuat demikian, kerana tidak ada nash yang tegas atau hanya isyarat saja membolehkannya. begitu pula tidak ada riwayat yang menerangkan bahawa para Sahabat Nabi pernah melakukannya..**
**Rujukan: tafsir ibnu katsir juz: VI hal. 462 baris ke 5
kalau sekiranya perbuatan ini termasuk sesuatu yang baik, menurut pandangan agama, tentu para sahabat akan berlumba-lumba untuk mengerjakannya. perlu diingatkan bahawa masalah agama ataupun Qurbah, memerlukan Nash yang tegas dari agama, bukan hanya berpegang kepada Qias atau pendapat-pendapat yang tidak ada dasar dan dalil Qath'i.
adapun doa anak soleh yang orang tuanya telah meninggal dunia, demikian juga sedeqah Jaariyahnya sendiri yang pernah dilakukan pada masa hidupnya, hal ini telah ada Nash yang menjelaskan sebagaimana Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang ertinya: "apabila seorang telah meninggal dunia, semua amalnya terputus melainkan tiga perkara: sedeqah jaariyah atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang mendoakannya." ketiga-tiga perkara ini memang pada hakikatnya adalah usaha dan amal orang yang telah meninggal dunia itu. dia akan mendapat hasilnya dan sebaik-baik hasil adalah apa yang diusahakan sendiri sebagaimana tersebut dalam satu riwayat" sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang ialah hasil usahanya sendiri."
di dalam AlQuran Allah telah berfirman ertinya:
"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan Kami tulis amal-amal (apa) yang telah mereka kerjakan, dan (Kami) menulis bekas-bekas mereka.." ( Surah Yaasin ayat 12)
adapun ilmu yang diajarkan kepada orang lain, kemudian ilmu itu diajarkan pula sehingga berkembang luas dan dengan ilmu itu mereka banyak mendapatkan manfaat, maka ganjarannya akan sampai kepada orang mati, dengan ganjaran tidak dikurangi ganjaran mereka yang mengamalkannya kerana ganjaran yang diperolehi orang mati itu adalah hasil usahanya sendiri.
di dalam satu riwayat yang sahih dikatakan: barangsiapa yang mengajak orang lain ke jalan yang benar, maka baginya ganjaran sebagaimana ganjaran mereka yang mengikuti ajakannya dengan tidak dikurangi ganjaran mereka itu sedikitpun.
No comments:
Post a Comment