Pages

Sunday, 15 August 2010

Bertuah jadi Lampu Dinding

Salam..


Semasa aku pergi mesyuarat di PD minggu lepas, bos cakap kat aku..

"Haa..Maya.. saya baru perasan awak takde dlm meeting tadi.. tiba-tiba awak
muncul.. panjang umur awak.."

Aku plak jawab..

"Boss, saya tanak panjang umor... (bos buat muka konpius)..saya nak
keberkatan umur tu..pendek umur takpe, panjang umur pun takpe..janji
berkat..(bos pun angguk-angguk)

****************************

Aku bagi ole-ole kat boss aku aritu dan dia cakap ni..

"Thanks Maya..saya doakan rezeki dan umur awak diberkati.."

Erm..nampaknya boss tangkap ape yang aku cakap hari tu..alhamdulillah..

*************************************

Aku just nak berkongsi apa yang telinga aku dengar malam tadi dari corong radio..
walaupun zaman sekarang tiada lagi lampu dinding (minyak tanah) dan corong radio (sebab semua orang pakai speaker)..

HIDUP INI BAGAI LAMPU DINDING
YANG DINYALAKAN DI MALAM HARI
APABILA MINYAK SUDAH KERING
IA AKAN PASTI PADAM SENDIRI
BEGITU JUGA MANUSIA..


Ustaz yang beri tazkirah semalam cakap, untung lagi jadi lampu dinding, sebab jika minyaknya habis, boleh diisi lagi..tapi lain pula tentang manusia, tiada 'isian semula'..nyalaan 'hidup' itu hanya sekali..jika ditakdirkan minyaknya sedikit maka pendeklah tempoh nyalaannya..jika untung, maka lama la ia menyala..
betul juga..

Ustaz kemudian kaitkan tentang hidup manusia dengan amal solehnya..
Amal Soleh bukan sahaja apa saja yang kita lakukan di 'masjid'..amal soleh ni macam2...
Jadi ayat-ayat seperti..

"Mak dah tua.. toksah la bawak anak-anak engkau datang sini.. tak larat mak
nak jaga, patutnya waktu begini mak pegi masjid.."

kata ustaz, dialog di atas..tak sepatutnya berlaku..

Kerana...
Amal soleh itu pelbagai..even menggembirakan hati orang juga termasuk sebagai amal soleh..tak perlu tunggu sehingga nak ke masjid..jika menjaga cucu membuat hati anak2 dan cucu2 gembira, maka kita sudah skor!
Jadi jika muffin dan kek keju aku dah menggembirakan hati manusia sekeliling aku, kira ok la kan :) ermm..masih boleh improve.. hehehe

Ustaz kata, ketika Rasulullah sudah menghampiri ajalnya, baginda bukan sibuk menyendiri di masjid, tetapi Baginda sibuk mengelokkan hubungan Baginda dengan MANUSIA..baginda bersama isteri-isterinya, cucunya, jirannya, sahabat-sahabatnya..kerana keharmonian ini penting..jika ini amalan Rasulullah, maka siapa kita untuk mempertikaikannya..???

So, jika membuang duri di jalanan juga dikira sebagai pahala, aku pasti kita semua boleh lakukan yang lebih baik dari itu..BE SMART!

1 comment:

Che Kay said...

thank you maya~