Wednesday, 11 August 2010

Kejar mengejar..

Di suatu Subuh, sebulan yang lalu..Ummi berpesan kat aku..


"Kalau kita pilik akhirat, dunia akan kejar kita..
Tapi kalau kita pilih dunia, akhirat akan tinggalkan kita.."

Pastu aku fikir..macam mana nak kejar akhirat..? Sedih juga mengenangkan diri yang dirasakan banyak lalai..aku fikir dan terus berfikir...

Suatu malam, sekali lagi, di corong radio, aku dengar ayat-ayat ini dibacakan..ustaz tu menafsirkannya...

Dan pada masa tu aku rasa..ini rupanya jawapan kepada persoalan aku..macam mana aku tak 'nampak' sebelum ini.. Surah Al-Lail..

﴿إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّى﴾
4. sesungguhnya usahamu memang berbeda-beda.

﴿فَأَمَّا مَنْ أَعْطى‏ وَ اتَّقى‏﴾
5. Adapun orang yang memberi (menginfakkan hartanya di jalan Allah) dan bertakwa,

﴿وَ صَدَّقَ بِالْحُسْنى‏﴾
6. dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga),

﴿فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرى‏﴾
7. maka Kami kelak akan menempatkannya di jalan yang mudah (mempermudahkan urusannya)

Allah yang sayangkan aku tu..telah jawab soalan aku..
MUDAH sahaja nak pilih akhirat..

  1. Rajin memberi (bersedekah..membantu dengan tulang 4 kerat..dll)
  2. Bertaqwa (errm..ini mencabar sikit..tapi kita kena sentiasa cuba mem'baik'kan diri kan?)
  3. Membenarkan adanya perkara baik (dan percaya berbuat baik, dibalas baik..)
  4. Seterusnya dengan mudahnya Allah akan mudahkan urusan kita..(urusan kita kan pastilah di dunia dan di akhirat kan? kan?) See..'dunia akan kejar kita..' bantu kita jadi 'soleh'..wow!!

Tapi ada sambungannya..


﴿وَ أَمَّا مَنْ بَخِلَ وَ اسْتَغْنى‏﴾
8. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup,

﴿وَ كَذَّبَ بِالْحُسْنى‏﴾
9. serta mendustakan pahala yang terbaik,

﴿فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرى‏﴾
10. maka kelak Kami akan menempatkannya di jalan yang sukar.

﴿وَما يُغْني‏ عَنْهُ مالُهُ إِذا تَرَدَّى﴾
11. Dan hartanya tidak akan bermanfaat baginya ketika ia telah terjerumus (ke dalam neraka Jahanam).

﴿إِنَّ عَلَيْنا لَلْهُدى‏﴾
12. Sesungguhnya kewajiban Kami-lah memberi petunjuk,

﴿وَ إِنَّ لَنا لَلْآخِرَةَ وَ الْأُولى‏﴾
13. dan sesungguhnya kepunyaan Kami-lah akhirat dan dunia.

Haa...ingat ni..

  1. siapa yang BAKHIL aka Kedekut, Kikir, Taik Idong Masin, (tak kira la kedekut harta ke kederat ke, kedekut ilmu ke...)
  2. dan orang2 yang berpendapat dan suka cakap "buat baik, buat jahat sama je.."
  3. TUHAN dah warning, Dia dengan mudahnya (tiada yang susah buat Tuhan) akan 'susah'kan hidup kita..harta kamu tu takde maknanya mase Dia campak kamu dalam neraka..sendiri mau ingat sebab dunia dan akhirat semua adalah milik Dia.

Huhu...sungguh menyentuh hati aku...gerun rasanya..tapi aku rasa seronok bila jawapan ni aku dapat...Terima Kasih Allah!

NOTA: Sila baca sepenuhnya surah ini..sesungguhnya ia adalah surah yang indah! :)

No comments: