pada suatu hari raya, seorang gadis didatangi sepasang tetamu. tetamu berkenaan teringin sangat untuk melawat air terjun berdekatan dengan rumah gadis itu. Maka gadis tersebut membawa sepasang tetamu tadi bersama adik-adiknya.
Sambil berjalan-jalan menghayati kecantikan sungai itu, tiba-tiba adik gadis masuk ke dalam sungai untuk mencelup kaki. mungkin kerana tidak tahan dengan 'godaan' sungai itu.
Maka telah berlaku dialog berikut di antara gadis itu dan salah seorang tetamu itu..
Tamu: Adik awak akan kahwin dulu.
Gadis: Kenapa pula?
Tamu: Kerana dia celup kaki dalam sungai sebelum kamu.
Gadis: Oh...gitu ke?
Tamu: Apa kata awak juga pergi celup kaki di dalam sungai
Gadis: (menggeleng sepeti tidak berminat)
Tamu: Aik?? Awak tak mahu kahwin ke? Jangan macam tu
Gadis: Saya hanya akan celup kaki kerana saya nak berbuat demikian, bukan semata-mata awak yang suruh apatah lagi kerana kerana nak kahwin dulu.
Pengajaran: Jangan gopoh. Fikir dahulu. Buatlah sesuatu dalam keadaan berfikiran waras, bukan kerana ikut-ikutan. Chill laa...hehe
*ini adalah kisah benar yang telah berlaku kepada penulis pada minggu sebelumnya.
No comments:
Post a Comment