Monday, 5 September 2011

kisah satu: separuh nyawa atau seluruhnya

kisahnya begini..


seorang professor telah menaiki sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. semasa di dalam bot, professor telah bersembang dengan pendayung bot yang lebih kurang begini bunyinya..



prof: incik ni memang kejenya mendayung sampan aje ke? takde ke belajar benda lain?

pakcik: ya. ini jelah keje saya. saya takde belajar benda-benda lain.

prof: owh..sungguh rugilah incik. keadaan sebegini seolah-olah incik sudah kehilangan separuh nyawa.

pakcik: hurmmm..(iyekan aje)

prof: incik, incik ni ada ke simpanan untuk masa depan. keje ni tak menjamin..

pakcik: takde..saya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

prof: owh..ini lagi satu kerugian, boleh hilang lagi separuh nyawa!

pakcik: (angguk-angguk)


tetiba sampan bocor..maka sampan pun tenggelam.

maka bertanya pula pendayung bot pada professor serba tahu itu..



pakcik: incik, incik tahu berenang tak?

prof: alamak! saya tak tahu berenang..!!

pakcik: owhh..inilah kerugian terbesar kerana incik akan kehilangan seluruh nyawa incik..!!



pengajaran: jangan berlagak. kita ni asalnya jahil menjadi tahu, tapi itu x bermakna kita tahu semuanya kerana yang Maha Tahu hanyalah Allah. kalo jumpa org tua jgn sombong, dia mungkin lemah, tapi ilmunya penuh dalam dada. kesimpulan, jgn under estimate orang, beri peluang.



*cerita ditokok tambah kasi sedap, berdasarkan pendengaran penulis di radio ikim.fm petang tadi.

1 comment:

Unknown said...

best giler..like like like..