Monday, 5 September 2011

kisah dua: terang tu mudah..gelap tu susah..

pada suatu malam, seorang lelaki berjalan di suatu lorong, dan beliau terjumpa dengan seorang kanak-kanak yang sedang mencari sesuatu di bawah lampu. maka lelaki itu mendekati kanak-kanak tersebut, dan bertanya:

pakcik: kenapa nak, anak cari apa ni?
budak: duit saya hilang pakcik..
pakcik: di mana duit kamu hilang?
budak: tuuuuu..kat tempat gelap tu..
pakcik: ??? (bingung) kalau duit anak hilang di sana (di tempat gelap) kenapa anak mencari duit itu di sini (di bawah lampu)
budak: sebab kat sini terang pakcik..senang nak carik..


pengajaran: kalau kita asyik guna jalan mudah untuk selesai masalah @ capai sesuatu, kemungkinan untuk berjaya tipislah. kerana kejayaan tidak datang ke zon selamat, tetapi anda harus pergi ke zon berani untuk bertemu dengannya.


*penulis berkongsi kisah yg didengar beliau di dalam radio ikim.fm petang tadi.

No comments: