Saya sepatutnya menulis 'review
paper' tapi saya rasa sentimental saya sedang memuncak, jadi saya perlu
meluahkannya di sini. Saya memang sentimental orangnya. Saya tidak mahu lupa
daratan, saya tahu di sini saya mendapat pelbagai ilmu dan pengalaman.
Perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur |
Sudah beberapa hari saya berulang alik ke Universiti Malaya
untuk mencari rujukan untuk menyiapkan review paper saya. Selama beberapa hari
ini jugalah tiap langkah saya ditemani kenangan..
'Tempat Gembira' saya ialah Perpustakaan Universiti Malaya.
Sebagai warga UM, saya bangga kerana UM ada 12 perpustakaan. Banyak kan?? Saya regular di 6 perpustakaan tapi kesukaan saya pastinya Perpustakaan Utama.
Catatan Usman Awang di laluan masuk perpustakaan..
"Perpustakaan Tercinta Ini
Pelabuhan Kebudayaan Peradaban Zaman
Gedung Akal Laut Bicara Manusia
Mutiara Pendeta Tasik Pujangga
Kota Kebenaran Penaung Kebebasan Ucapsuara
Dari Ruang Ini Bersinar Keagungan Pemikiran
Menghayati Teluk-liku Zaman Demi Zaman
Tanpa Prasangka Apa Tanpa Batas Benua
Kekal Bersama Angin Yang Mengusapi
Abadi Bersama Langit Yang Memayungi
Dikeramatkan Untuk Anda Menghirup Segala
Di Perpustakaan Tercinta Ini”
Usman Awang
Januari 1970
Saya suka
perpustakaan kerana inilah tempat paling sejuk di kampus. Sesiapa yang
mengenali saya tahu saya suka tidur di perpustakaan. Saya akan pilih buku untuk
saya jadikan bantal. Saya pilih buku berbeza, kena ikut saiz dan tebal buku supaya masa tidur kepala tak lenguh atau terkehel..hehe..Kadang-kadang..
kamus, ensiklopedia, novel, buku..macam2 la.. Di sini juga saya kenali novel Inggeris yang saya akan pinjam untuk dibaca di kala tepu dengan nota kuliah. Di sini saya buat bising dan dimarahi ketua pustakawan. Masa tu saya senarai hitamkan dia..hahaha! Di sini saya ketagih dengan bau buku-buku lama. Tiap buku yang saya ambil, saya akan belek siapa peminjamnya. Boleh dikatakan saya akan berinteraksi dengan buku itu. Jika peminjam terakhir adalah pada tahun 2007, saya akan cakap, “mesti kamu seronok hari ini kerana ada orang jumpa kamu. Pasti kamu bosan sudah lama tidak dibelek orang kan?”. Jika buku itu mempunyai ramai peminjam (penuh cop), saya akan perhatikan apakah tarikh peminjam terawal. Saya jadi teruja apabila tarikh pinjaman pergi jauh pada tahun 60an dan 70an. Amacam? Pelik tak saya?
kamus, ensiklopedia, novel, buku..macam2 la.. Di sini juga saya kenali novel Inggeris yang saya akan pinjam untuk dibaca di kala tepu dengan nota kuliah. Di sini saya buat bising dan dimarahi ketua pustakawan. Masa tu saya senarai hitamkan dia..hahaha! Di sini saya ketagih dengan bau buku-buku lama. Tiap buku yang saya ambil, saya akan belek siapa peminjamnya. Boleh dikatakan saya akan berinteraksi dengan buku itu. Jika peminjam terakhir adalah pada tahun 2007, saya akan cakap, “mesti kamu seronok hari ini kerana ada orang jumpa kamu. Pasti kamu bosan sudah lama tidak dibelek orang kan?”. Jika buku itu mempunyai ramai peminjam (penuh cop), saya akan perhatikan apakah tarikh peminjam terawal. Saya jadi teruja apabila tarikh pinjaman pergi jauh pada tahun 60an dan 70an. Amacam? Pelik tak saya?
Saya suka teroka ilmu-ilmu lama di gedung ilmu ini. Sekali saya
ambil buku 10 buah, kadang-kadang 20 buah, baca satu persatu sehingga saya puas
dengan carian saya pada hari tersebut. Di tengah-tengah proses tersebut saya
tidurrr…hehehe..di spot kesukaan saya. Hari ini saya namakan: kelab lepak
monograf tingkat 3. saya kenal
kebanyakan muka-muka ahli kelab, terutamanya kaki tidur perpustakaan
seperti saya. Ada sorang tu genius..jadi saya tetiba rasa bangga kerana kami
punyai hobi yang sama iaitu tidur di celah-celah buku.. jangan risau, saya
pandai coverline kalau tido..ada la teknik-teknik menyorokkan
muka..ekekeke..kalo dengkur tu tatau la..
Saya suka pinjam buku banyak-banyak. Selalu kena bawak beg
pakaian..beg kecik la, bukan luggage bag ada roda tu..haha..hari-hari istimewa
sebegini saya akan naik bas atau tumpang motor orang sebab tak larat nak pikul
ke kolej. jauh wooo 20-30minit berjalan kaki..
Selain itu di perpustakaan jugalah saya kenal erti susah
senang menuntut ilmu. Di UM terdapat ramai pelajar istimewa penglihatan. Mereka
kebanyakannya mengambil kursus sastera. Tergerak hati untuk membantu mereka
dengan membacakan buku, menaipkan nota, buat carian dan sebagainya. Bilangan
mereka ramai, berbeza peringkat seperti ijazah muda, master dan PhD. Saya
sempat membantu dua ‘abang’ yang sedang menjalankan penyelidikan master mereka.
Saya bacakan buku dan mereka akan taip guna mesin Braille..bising..tang tung
tang..tapi seronok! Kepala mereka akan berhayun kiri kanan sambil
menaip..tangan mereka jadi besar dek kerana Braille. Kadang-kadang saya pula
yang menaip dan mereka pula yang baca..ini apabila mereka nak taip tesis, kena
terjemah tulisan Braille kepada softcopy dalam computer. Komputer tu
bising..cursor (mouse) yang bergerak akan menyebut semua yang
disentuhnya..hahah..saya suka main (masa abang takde..ehehe) Abang-abang saya
ajar saya kena kuat semangat belajar, tidak mengapa meminta bantuan..kena tahu
kemampuan diri..
Kat perpustakaan juga tempat saya nak jumpa sumber inspirasi
saya..hahaha..Abang Mo. Dia adalah Abang Paling Manis di UM di mata
saya..sampai saya graduate tiada siapa boleh challenge manis Abang Mo.. Abang Mo juga merupakan salah seorang ahli kelab lepak
monograf tingkat 3. Saya tak penah la tegur-tegur Abang Mo ni..minat dari jauh
je..dia super senior di fakulti.. tapi penah la satu hari tu..saya masih 1st
year, 1st sem. Saya cuak untuk masuk ujian sebab itulah ujian pertama
saya di UM. Subjek susah pulak tu..tiba-tiba, dalam kerut-kerut muka berjalan
nak masuk perpustakaan daripada bilik penyimpanan beg, ada orang tahan saya
dengan buku dia..sambil tersenyum..Abang Mo la..main-main pulak dia kat situ..sakat-sakat
orang nak lalu..berbunganya hati saya tuhan sajalah yang tahu..heheheh..ujian
hari tu saya dapat A..!
Siapa sangka, 10 tahun sudah saya bersama Perpustakaan
Universiti Malaya.. 10 years and still counting..
6 comments:
dtg um nape x halo?ehe..
dee
abang MO abang Mo..dimanakah dikau menghilang?
saya ade juga berniat nk tlg bace utk pelajar istimewa..tp x kesampaian huhu..dh tua2 ni teringin pulak nk buat keje kebajikan camtu..masih ade peluang ke..?katmane ye?
dee, tak halo sbb bz..dok ulang main lib and zaaba..
tim, abg mo ade. sy berjaya jejak dia kat fb, siap kawan lagi. dia sweet cam dulu..anak dah dua org..it was just a crush for his charm. not me alone...ramaiii tau...bole bukak kelab peminat abg mo malaya yang manis..
hehe..kat area sana tak pasti la tim..try la usha uni kat nilai tu kalo ade.. :)
kalo tim nk wat charity sy rekemen Islamic Relief Malaysia. visit their website ok!
Post a Comment