Friday, 7 October 2005

Ramadhan..bulan cinta..

alhamdulillah..Ramadhan datang lagi dan sekali lagi aku berpeluang untuk merasai nikmatnya Ramadhan yang mulia ini..

Ramadhan bulan cinta..
cinta kan perlukan pengorbanan..

Nasyid ini boleh memberikan sedikit sebanyak gambarannya... bagaimana nak berkorban dengan 'gumbira'..

Indah Hidup Bersama Ilahi

Alangkah indah hidup ini hidup bersama Ilahi kehendak Allah difahami pandai menerima darinya Bijak menggunakan nikmatNya ia dianggap ibadah semua diberi pahala tarbiah Allah berhikmah Sabar dengan ujian tanpa hisab akan diganjari nikmat yang diberi memudahkan untuk berbakti Merasai pemberianNya itulah tanda bersyukur akan ditambah lagi nikmat yang diberi Tersiksa bermujahadah kerana ingin menempuh jalan untuk menuju Allah tarbiahnya Allah tunjukkan Tawakkal kepada Ilahi terutama mengenai rezeki tanpa ragu-ragu walaupun sedikit ada jaminan pembelaan dari-Nya Bila Taqwa pakaian kita urusan kita dimudahkan kerana kita sudah menjadi ahlillah begitu indah hidup bersama tuhan korban harta kerana Allah agar berdaulat kalimatullah setiap satu kebajikan semuanya digandakan..


erm...
kalau difikirkan dalam-dalam, bukan susah nak buat baik nie..sebab Allah dah janjikan ganjaran..sepatutnya kita berlumba-lumba kan.. ??
ala-ala macam kita masuk pertandingan, peralatan semua sudah disediakan, kita hanya perlu gunakan akal untuk hasilkan produk yang bagus.. macam tu jugak la dalam hidup nie. nikmat yang tuhan beri kita sehari-hari patut kita gunakan sebaiknya..hasilkan sesuatu, sumbangkan sesuatu..tak semestinya harta material, kudrat yang tuhan beri..kewarasan & ketajaman akal..kesihatan tubuh badan..ish..kalau nak disenaraikan nikmat Allah sampai bebila pun tak habis..but the thing is, semua nikmat tu mesti digunakan dengan BIJAK!! so, sempena Ramadhan yang mulia nie jom sama-sama kita berlumba tambah amal kebajikan kita.. ingat.. setiap satu kebajikan..semua digandakan!!!

No comments: