Pages

Thursday, 27 October 2005

EiD mUbArAk everybody!!

dah 23 hari ramadhan berlalu..tinggal 7 hari lagi kita perlu cemerlangkan diri dan mempersiapkan diri untuk 11 bulan yang bakal menyusul..
susah juga ya nak bangun Qiam kalau tak biasa..liat betul. alarm clock tu sampai serak suaranya nak mengejut aku bangun Qiam..silap-silap boleh abis bateri huhu.berusahalah!! aku terfikir jugak kenapa susah sangat nak menghidupkan malam especially nak mencari malam lailatulQadr ni. rasa susah. patutlah kedudukan mukmin yang Qiamullail tinggi di sisi Allah. sebab bukan senang nak letak priority tidur yang lena untuk bangun di tengah malam. Ya Allah, jadikan aku di kalangan hambaMu yang rajin Qiamullail. alangkah bagusnya kalau dapat bertemu malam LailatulQadr setiap tahun..
jom pulun habis-habisan..ada 3 malam ganjil lagi nak cabar diri sendiri..insyaAllah kita cuba sedaya upaya.

di saat aku menaip ni, udah hampir jam 4 petang. pukul 6 ni aku nak pegi amek kete baru.. Savvy WLN 3148. bertambahlah tanggungjawab aku sebagai orang dewasa. kena jaga si Selvy nie..ada picture nanti aku post kat cni. tak sangka gak la, umur 22 aku dah aset sendiri. hehe..selama ni ade gigi dan gusi aje. tu yang dok sengih cam kerang busuk sepanjang masa.. hehehe..

boleh la balik kampung!! yea yea..kampungku yang indah permai. harapnya sampai la hajat kami sekeluarga nak beraya kat kampung tahun ni..ameen! moga2 kehadiran Selvy boleh memberi keselesaan & keceriaan untuk Ummi, Buya, Abang, Fiki, Muni, Adik & Opah hendaknya.

aku bercuti lama raya tahun nie. Mardi suruh habiskan cuti tahunan, so aku pulun la 28 Oktober until 13 November. maybe lambat lagi la baru aku dapat sambung celoteh aku yang tak seberapa ni..

OK, pada sesapa yang membaca blog nie, aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI 1426H. taqabbalallhu minna wa minkum. berhati-hati di jalan raya dan ketika makan kuih raya..takut tercekik nanti jadik hantu raya..hikhikhik!!!!

Maaf Zahir Batin..

1 comment:

nazgul said...

yeah, gambatte maya!!semoga bertemu dgn 'malam' yg penuh dgn ganjaran..
haha.. sbulan dua nih pasang ubat nyamuk ar bawah kete... nnt bawak ar kita pusing2 dgn selvy baru..