Pages

Friday, 21 December 2007

Khutbah points to be shared

Isi khutbah EIDul Adha 1428

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid(perkara lagho).
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

[H.R Termizi]
**kalau ada kotak kat sebelah setiap point tu, nampak gaya setiap point dah boleh 'check'...huhuhu...cam da ade je semua tanda-tanda tu..Ya Allah, masukkanlah kami di dalam golongan kau lindungi..amin..