Wednesday, 18 March 2009

Cultural Concert

12 March 2009 Hari Memperingati Kemerdekaan Erzurum.

selama dua minggu lebih berada di sini aku mula teringin nak bertemu dengan CROWD of Turks..yela..baru la nampak kepelbagaiannya..
jadi hari ini, ada Perasmian Pameran Lukisan, pastu ada konsert Kebudayaan kat Canselori..
Jam 5.30 petang, ku pergi dengan supervisor aku..Encik Haliloglu..kami2 berjalan2 sehingga tiba di dewan pameran, timing sampai baik punya, masuk serentak dengan VIP-Canselor..naib Canselor..hehehe..
ape yang aku perasan, formaliti di sini takde la macam kat Malaysia..agak remeh temeh la..
bila VIP tu masuk, kat tengah2 crowd tu, die bagi ucapan skit, dalam 5 minit, pastu setel la..maka terasmilah pameran tersebut..maka kami pun konon2 mcm orang pandai seni mula la usha, tetiba terusha benda lain, iaitu meja-meja bulat di tengah pameran yang terhidang snek2 yang menarik..

En. Haliloglu pun berkata, "Maya, pameran ni abes2 pun sebulan ada kat cni, boleh dtg tengok lagi, tapi makanan ni malam ni je ade..ape kate kita hayati kesenian makanan je malam ni..??" kah kah kah..lawak pakcik ni..aku pun ON je la..ape lagi, kami pun jamah la dua tiga snek kat citu..
pastu kami pun teruskan perjalanan ke Canselori, untuk konsert..mase tu aku takleh bayang konsert ape yang aku bakal tonton..tapi kami pun masuk je dalam dewan...tiba2 Puan Haliloglu tepon, dan En. Haliloglu terpaksa pulang di atas urusan keluarga..aku pun cakap takpela..dah tak jauh pun tempat tu dari umah..i can manage my way back..
dewan tu penuh..takde tempat duduk..tapi ramai je students dok kat tangga, maka aku pun selamba je join same..
muka Asia Tenggara aku memang takleh nak sorok, ada la student2 kat ctu tegor aku, jadi kami pun berkenalan..
murah sungguh rezeki aku, geng budak2 ni ada dua orang lelaki, offer their seats to me..terharu sungguh..jadi aku dengan gembira duduk di atas kerusi untuk menonton persembahan..

Persembahan malam itu terdiri daripada tarian tradisional, rock konsert dan pop konsert..aku tengok semua..hahaha..
tarian tradisional mereka memerlukan lebih 10 orang dalam setiap persembahan..pastu cara derang menari lebih kepada keserentakan kaki..menarikla sebab agak berbeza dari tarian kita kan..
konsert rock die plak, takde la rock cam Linkin Park tu..cuma rock la..penyanyi die bernama Betul (pompuan) pastu anggota kumpulan tu terdiri daripada pemain dram, gitar acoustic, gitar bese, gitar base, pemain biola dan pemain seruling..
yang menarik ialah pemain biola dan seruling ni la..satu nye uniknye muzik di sini ialah dengan adanya unsur-unsur ini..i like that too..pastu bila masuk plak konsert pop ni, bukan la muzik pop dia cam lagu rancak CT nurhaliza, tapi lebih kepada kekayaan muzik arab..jadi ahli muzik mase konsert pop ni bertambah lagi..(campur dengan ahli mase konsert rock), tambah gendang gitar tradisional ape ntah lagi..ingat2 lupa..
dan penyanyi2 pompuan di sini suaranya besar dan bergetar2..(suara dari perut kot..) kepada ABO: sila rujuk suara Kenlee..memang berbeza dari suara penyanyi Malaysia yang nyaring2..
dapat aku simpulkan semua persembahan amatlah menarik..
Turks CROWD were sooo happening...semangat cintakan negara mereka amat terserlah..diorang siap menari ramai2 bila sampai muzik2 tertentu yang pastinya memberi makna "sila goyangkan badan..." erm..aku takde la join sekali, aku just amek gambar je..memang terasa nak join la..tapi goyang kaki je la..

kalo ada masa tengok la video ni..segment putus2 sepanjang konsert..selamat menonton.. =)


1 comment:

murniizar said...

huih sore kenlee!! haiyoo